Sebelum ini, kita dikejutkan dengan penahanan sepasang suami isteri yang didakwa memukul anak mereka kerana enggan solat. Susulan daripada itu, anak-anak dipisahkan daripada pasangan ini dan diletakkan di bawah jagaan pihak lain. Malah, kes ini turut  mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Terbaru, sepasang suami isteri menerima nasib yang sama selepas anak mereka mengadu keletihan berpuasa kepada guru dan akhirnya pasangan ini ditahan manakala anak-anak diletakkan di bawah jagaan keluarga lain.

“Boleh Jumpa Sebulan Sekali, Tiga Jam Sahaja.”  Gara-Gara Anak Mengadu Penat Puasa, Pasangan Malaysia Ditahan Di Norway

Kisah pasangan ini turut mendapat liputan seperti yang disiarkan menerusi Harian Metro yang berkesempatan mendapatkan maklum balas dari keluarga pasangan ini.

“ALONG hanya boleh jumpa anak-anaknya sebulan sekali. Itu pun hanya tiga jam sekali jumpa. Sudah pasti Along sangat rindukan mereka. Anak-anak Along pun dah minta maaf, mereka mahu kembali kepada Along dan Kak Long,” kata Hasrol Muhamad, 33.

Hasrol merupakan adik kepada Hairi Muhamad, 42, yang menetap di Stord, Norway sejak 10 tahun lalu bersama isterinya, Norliha Khamis, 42, dan lima anak.

Hasrol berkata, awal Ramadan lalu, seorang anak Hairi yang mungkin letih kerana berpuasa ditegur gurunya dan dia memaklumkan tertekan kerana berpuasa pada waktu yang lama (melebihi 12 jam).

IKLAN

Mungkin gurunya fikir dia didera dan membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan kanak-kanak dan siasatan dijalankan.

“Seorang lagi anak Along beritahu dia pernah dipukul, namun polis yang memeriksa kediamannya langsung tidak menemui rotan atau sebarang bukti yang boleh mendakwanya.

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan dan sepanjang tempoh itu, semua anak-anak Along dipisahkan daripadanya dan kini di bawah jagaan tiga keluarga bukan Islam di sana,” katanya ketika ditemui semalam.

“Boleh Jumpa Sebulan Sekali, Tiga Jam Sahaja.”  Gara-Gara Anak Mengadu Penat Puasa, Pasangan Malaysia Ditahan Di Norway

Menurut Hasrol, abang sulung yang dipanggil Along ada memberitahu mereka sukar untuk menang dalam kes itu menyebabkan mereka sekeluarga bertambah risau.

IKLAN

Lebih risau adalah ibu bapa mereka, Muhamad Ero, 66, dan Hasnah Sulong, 61, yang tinggal di Chaah, Segamat.

“Mak dan ayah rindukan cucu-cucu mereka,” katanya.

Menurut Hasrol, memang keluarga abangnya ada peguam mewakilinya ketika perbicaraan namun abangnya bimbang kerana dakwaan memukul anak cukup berat di sana.

“Kami sangat kenal Along dan Kak Long, mereka orang yang lembut. Cuma mereka memang tekankan soal agama pada anak-anak.

IKLAN

“Katanya, setiap kali bertemu, anak-anaknya akan memeluk mereka dan menangis memberitahu mahu pulang tinggal semula dengan mereka. Mereka sudah faham apa rasanya berjauhan dengan ibu bapa,” katanya.

Perbicaraan kes terhadap Hairi dan Norliha diteruskan pada 4, 5 dan 6 November ini dan dijangka keputusan terhadap kes itu juga akan dibuat dalam masa terdekat.

“Boleh Jumpa Sebulan Sekali, Tiga Jam Sahaja.”  Gara-Gara Anak Mengadu Penat Puasa, Pasangan Malaysia Ditahan Di Norway

Kisah keluarga ini dimuat naik sebelum ini menerusi laman facebook MunieAsrol Muhamad yang berkongsi kisah suami isteri ini yang dipisahkan daripada anak-anak sejak Mei lalu.

Dia yang merupakan adik kepada Hairi yang bertugas sebagai pakar kimpalan memberitahu, abangnya dan isteri, Norliha hilang hak penjagaan lima anaknya berusia antara empat dan 16 tahun selepas berdepan siasatan pihak berkuasa susulan aduan dibuat seorang daripada anaknya.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI