Memasuki minggu kedua, ibu-ibu pasti dah mula rasa bosan dan buntu untuk menyediakan menu buat anak-anak.
Menu Rendang Ikan Tongkol ni memang ‘rare’ tapi kalau cuba dan rasanya memang lain daripada yang lain. Sedap tak ingat!
Wajib cuba resipi yang dikongsikan oleh Laila Safiah di facebooknya ni. Wajib cuba!
Makanan feveret kami sekeluarga .. kalau beli ikan kayu atau ikan tongkol, mesti mak buat rendang pedas ikan kayu ni. Sedap ni buat berbuka puasa.
Idea berbuka resepi mak saya
Ads
Rendang Pedas Ikan Kayu
Bahan-bahan:
Ikan kayu seekor (anggaran 600gm)
4 ulas bawang kecil – hiris nipis
2 btg serai besar (hiris dan tumbuk)
8 biji cili kering + 5 biji cilipadi merah – kisar
Sehelai daun kunyit saiz besar – hiris mayang
3 keping asam keping
250ml santan
1sk gula
1/2 sk serbuk kunyit
Garam secukup
Perkhabaran duka. Hilang satu lagi permata yang mendidik kita tentang agama. Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Perkara itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan.
“Dukacita dimaklumkan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah,” menurut kenyataan di Facebook itu.
Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.
Ia turut memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman di Ampang, dekat sini, pada jam 12.30 tengah malam tadi.
“Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham di tempat yang mulia di sisi Allah SWT,” katanya.
Menurut EXCO Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaan kesihatan yang agak lemah.
Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal pada 1999 hingga 2004 dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Pendakwah itu kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama dan didapati terdapat jangkitan di bahagian paru-paru.
Pada 9 Mei tahun lalu, Allahyarham yang juga Pengasas dan Penasihat Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dilaporkan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Allahyarham dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening , Ulu Selangor.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batang Kali sebelum meneruskan pengajian ke Ma’ahad Hisyamuddin, Klang di mana beliau berguru dengan seorang ulama tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.
Allahyarham kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapat ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada 1976.
Allahyarham juga pernah menuntut di Beaver College Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Allahyarham pernah bertugas sebagai guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai Dakwah selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Islam.
Jawatan terakhir Allahyarham ialah sebagai Pakar Rujuk di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.
Allahyarham juga adalah seorang perunding motivasi dan pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh dunia seperti Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan negara Asia Barat.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan anak murid Allahyarham.
“Semoga sabar dan reda dengan ujian ini.
“Rasa sedih menyelubungi suasana tengah malam ini di bulan Ramadan al-Mubarak, tatkala mendapat perkhabaran pemergian ustaz Datuk Ismail Kamus ke rahmatullah.
“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin,” katanya.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ismail.
Di akaun Twitternya, Azmin mendoakan agar Allahyarham dikurniakan husnul khatimah dan diberikan ganjaran syurga Allah SWT.
Difahamkan, jenazah akan disolatkan di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan As-Sobirin, pagi ini.
Sumber: Berita Harian Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya bukan mudah untuk ibu-ibu nak pastikan sayur-sayuran dan ramuan masakan seperti daun sup, serai, kunyit dan sebagainya untuk kekal tahan lama dan tetap segar untuk tempoh masa yang lama. Lazimnya, walaupun disimpan elok di dalam peti sejuk, namun tidak sampai 3 atau 4 hari pasti keadaannya menjadi layu atau kering.
Namun berbeza jika menggunakan teknik atau petua merendam di dalam botol dan kemudian disimpan di dalam peti sejuk. Keadaan bahan masakan berdaun seperti daun sup, serai, hatta lengkuas atau kunyit sekali pun jika disimpan dengan teknik ini boleh menjadikan ianya lebih tahan lama dan kekal elok untuk tempoh yang panjang.
Petua ini telah dipraktikkan oleh Puan Amy Rosina dan melihat manfaat daripada petua ini, ianya telah dikongsi di laman sosial untuk info bersama. Menurutnya, walaupun sudah 6 hari, keadaan daun sup, kunyit, serai, dan sebagainya kekal elok, semua masih segar dan tak ada satu pun layu.
Antara bahan-bahan yang telah disimpan menggunakan petua rendaman ini. ?daun kesum ?ulam selom ?daun sup ?serai ?bunga kantan ?ibu kunyit ?daun bawang ?lengkuas
Menurutnya, “syukur sangat kalau tak setengah dah terpaksa buang…”-Amy Rosina.
Dan ini pula antara komen daripada beberapa orang kepada Amy tentang petua ini.
Semoga perkongsian ini memberi kita semua manfaat dan paling penting bila kita buat petua ini, bolehlah elakkan berlakunya pembaziran.
sumber : Amy Rosina via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perasan tak jika kita menggoreng nugget, udang celup tepung, ayam goreng berempah atau sebagainya, lebihan minyak yang digunakan akan terlihat ‘kotor’ dengan cebisan tepung, rempah dan sebagainya.
Ini sekali gus kita merasakan minyak tersebut tidak boleh digunakan dan perlu dibuang sahaja walau pun di dalam hati terasa sayang. Maklumlah minyak tersebut baru sekali digunakan.
Pun begitu tahukah anda, rupanya ada cara mudah untuk anda dapat membersihkan minyak tersebut dan sekali gus boleh lah digunakan untuk menggoreng menu lain.
Ini sebagaimana perkongsian Chef Richad di aplikasi TikTok. Menerusi perkongsian video tersebut, memang nampak berhasil cara yang digunakan dan memang mudah!
Jadi buat anda yang ingin mencuba, bolehlah ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya.
Cara Mudah Bersihkan Minyak Goreng
Sediakan bahan utamanya iaitu 100gm tepung jagung dan 150ml air
Langkah 1 :
Campurkan tepung jagung dan air, adun sebati.
Langkah 2 :
Panaskan minyak goreng tadi dan kemudian masukkan bancuhan tepung ke dalam kuali.
Langkah 3 :
Kemudian tutup api dan biarkan 15 minit.
Langkah 4 :
Kemudian angkat adunan tepung beras tadi dan secara automatik sisa masakan akan diserap sepenuhnya.
Langkah 5 :
Hasilnya minyak masakan tadi kembali bersih dan boleh digunakan untuk gorengan berikutnya.
Jadi selepas ini jangan terus buang minyak tersebut ya. Lakukan cara ini, ternyata lebih jimat. Apatah lagi masa ini bukan mudah untuk mendapatkan bekalan minyak masak peket. Selamat mencuba!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.