Beli buah banyak-banyak, dengan harapan anak-anak nak makan lah! Ni tak, selagi kita yang beli ni yang tak kupas, selagi tu la tak di pandangnya buah tu. Kan tak pasal kecut buahnya, tinggal nak busuk je tidak diusik!
Dari buang je membazir, cuaca pula sekejap panas ni, jom lah kita olah sikit bagi menarik time nak makan nanti jadikan bingsu resipi dari Bella Shabudin ni! Anak dari yang jeling je buah tu tadi terus berebut nak makan! Jom cuba!
RESEPI BINGSU MANGGA PENYEJUK TEKAK
Selain dari ais kacang, kini bingsu juga menjadi pilihan warga Malaysia sebagai pencuci mulut. Hari ni bella nak kongsi resepi mudah untuk menyediakan bingsu mangga.
Dadih antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai orang. Teksturnya yang lembut dan mudah cair juga sesuai jika mahu diberikan kepada anak kecil. Apatah lagi, jika ia disajikan dalam pelbagai perisa, pasti menambat hati anak-anak kan.
Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri hujung minggu nanti. Boleh ajak anak-anak untuk bantu sama di dapur. Pasti lebih meriah kan. Admin kongsikan resepi daripada Afieyza Isahak cara buat dadih dengan menggunakan susu full cream. Memang sedap dan berkhasiat!
Dengan kata-kata : Dah lama viral, baru nak cuba ?? Sungguh, sangat-sangat sedap! ? Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang! ?
Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! ❤️
Dadih Full Cream
Bahan-bahan
Cara membuat:
••Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut. ••Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api. ••Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais. ••Siap untuk ditelan!!
Jika anda sekeluarga peminat menu pasta, tentu tidak akan kecewa bila menyediakan menu yang dikongsikan oleh Eka di salah satu group masakan di Facebook. Ini memandangkan perkongsian resipi Spaghetti Carbonara ini telah tular dan ramai teruja untuk mencubanya.
Jadi apa kata anda juga bolehlah mencuba resipi ini dan rasai keenakan rasanya sendiri. Selamat mencuba.
Resepi Spaghetti Carbonara cara saya untuk 2-3 orang makan;
Bahan-bahan:
– Spaghetti secukupnya (saya pakai angel hair punya. Jenama Prego)- BELI di sini
– Olive oil secukupnya
– Bawang putih (potong dadu)
– Bawang holland (potong dadu)
– Udang (buang kulit)
– Cendawan butang dalam tin (buang air dalam tin tu) / cendawan shiitake (tak kisah yang mana, potong hiris)
– 1 kotak kecil whipping cream (Tak kisah apa jenama, saya pakai anchor) -Boleh BELI di sini
– 1/2 kotak kecik susu full cream (Tak kisah apa jenama, saya pakai dutchlady) – Boleh BELI di sini
– Mozarella cheese parut (ikut suka nak letak berapa banyak)
– Blackpepper Aji-Shio
Bahan-bahan hiasan;
– Chilli Flakes McCormick
– Parsley leaves / Oregano leaves / Ketumbar (hiris halus. Boleh je pilih mana 1 nak pakai)
Cara-caranya;
1. Rebus spaghetti sampai lembut, toskan. Letak tepi dulu.
2. Tuang olive oil, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan holland sampai naik bau.
3. Masukkan udang dan cendawan yang dah dihiris.
4. Apabila udang dah masak, masukkan whipping cream dan susu full cream.
5. Perasakan garam dan secukup rasa.
6. Letak blackpepper.
7. Masukkan cheese. Bila kuah agak pekat, masukkan spaghetti dan gaul bersama.
8. Hidang dalam pinggan, dan hiaskan dengan chilli flakes & parsley leaves
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.