Petang-petang ni luang masa dengan keluarga sambil borak-borak, terasa nak mengunyah sesuatu. Masuk dapur jumpa sebuku roti tak terusik. Dari biar je tak di makan, boleh la cuba buat menu mudah ini, jejari roti bersalut tepung!

Sekali pandang nampak macam kentang, tapi guna roti buku je! Teksturnya yang rangup memang enak betul untuk dijadikan minum petang bersama anak-anak.

Nak buat jadi sarapan pun tiada masalah sebab hanya guna dua bahan sahaja kemudian digoreng rangup. Cicah sos, gu dengan air panas waktu cuaca sejuk hujan ni memang ngam lah! Nak tahu buat macam mana, ikuti resipi dari perkongsian Yusreena Said Yusz.

RESIPI JEJARI ROTI BERSALUT TEPUNG

Bahan-bahan:

Roti Buku (nak guna roti apa pun boleh)
Tepung bestari (nak guna spicy atau original pun boleh)

Patutlah Viral, Sedap Rupanya! Jejari Roti Bersalut Tepung Guna Dua Bahan Je Untuk Minum Petang

IKLAN

Cara-caranya:

1. Mula-mula sekali, potong roti kepada bentuk jejari. Ikut kita nak saiz Panjang mana. Buat sedang-sedang supaya mudah anak-anak nak makan.

2.Seterusnya, masukkan sedikit tepung bestari ke dalam mangkuk. Tuang sedikit air dan bancuh sampai sebati. Jangan terlalu likat dan jangan terlalu cair.

3. Ambil pinggan dan tuang sedikit tepung bestari yang kering.

Patutlah Viral, Sedap Rupanya! Jejari Roti Bersalut Tepung Guna Dua Bahan Je Untuk Minum Petang

IKLAN

4. Panaskan minyak dalam kuali. Ambil roti, celupkan dalam bancuhan tepung kemudian golekkan ke dalam pinggang. Pastikan setiap sudut bersalut.

Patutlah Viral, Sedap Rupanya! Jejari Roti Bersalut Tepung Guna Dua Bahan Je Untuk Minum Petang

5. Masukkan dalam kuali dan goreng sampai kekuningan. Buat sampai habis roti .
Dah nampak bertukar warna gold tu, angkat dan toskan.

IKLAN

6. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis jika suka.

Patutlah Viral, Sedap Rupanya! Jejari Roti Bersalut Tepung Guna Dua Bahan Je Untuk Minum Petang

Sesekali nak buat untuk berkelah, atau kumpul dengan family makan ramai-ramai boleh lah jimat sikit. Buat jejari roti bersalut tepung ni je bagi menggantikan kentang goreng. Apa yang penting semua orang suka.

Sumber : Yusreena Said Yusz

https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI