Ayam percik antara sajian yang sering dicari di bazar Ramadan. Seakan menjadi menu wajib yang perlu ada di atas meja hidangan ketika berbuka puasa, ayam percik semangnya menjadi kegemaran seisi keluarga.

Sebenarnya taklah sesudah mana pun hendak memasak ayam percik. Lagi puas hati bila buat sendiri. Nak lagi sedap ayam percik ini diperap lama. Penyediaan kuah dengan ramuan yang terpilih juga membuatkan rasa ayam percik cukup padu rasanya.

Resipi Ayam Percik Paling Mudah

Resipi Ayam Percik Paling Mudah, Rasa Sama Macam Beli Di Bazar Ramadan

Bahan-bahan:

Bahan perapan:

1 ekor ayam dipotong 4 (guna bahagian dada saja)
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
halia sebesar ibu jari*
Garam secukupnya

Bahan untuk kuah:

1 cawan santan cair*
4 batang serai*
halia besar ibu jari*
lengkuas besar ibu jari*
20tangkai cili kering* (rendam air panas dulu)
1 cawan air*
5 sudu makan gula
Sedikit garam
1 sudu makan bahan perasa (optional, boleh guna Maggi Cukup Rasa untuk rasa manis-manis)
2-3 butir asam keping
Santan pekat (masukkan kemudian)

Resipi Ayam Percik Paling Mudah, Rasa Sama Macam Beli Di Bazar Ramadan

IKLAN

Rasa Sama Macam Beli Di Bazar Ramadan

Cara memasak:

1.Tumbuk semua bahan perapan bertanda* seperti yang disenaraikan di atas. Tumbuk kasar semua bahan tersebut dan perasakan dengan sedikit garam.

Resipi Ayam Percik Paling Mudah, Rasa Sama Macam Beli Di Bazar Ramadan

2.Kelar sedikit ayam supaya ia dapat menyerap bahan perapan. Lumur dan perapkan lebih kurang 1 jam atau lebih. Kalau lebih lama, lebih sedaplah rasanya.

Resipi Ayam Percik Paling Mudah, Rasa Sama Macam Beli Di Bazar Ramadan

 

IKLAN

Resipi Ayam Percik Paling Mudah, Rasa Sama Macam Beli Di Bazar Ramadan

3.Sementara itu, kita boleh sediakan kuah. Ambil semua bahan yang bertanda *dan kisar dengan blender. Selepas siap dikisar, didihkan di atas pemanggang, kuali atau periuk masakan anda.

Tambahkan 2-3 butir asam keping dan perasakan dengan gula, garam, dan perasa.

4.Seterusnya, ambil ayam yang diperap tadi dan masukkan ke dalam didihan kuah sehingga separuh masak.

Resipi Ayam Percik Paling Mudah, Rasa Sama Macam Beli Di Bazar Ramadan

IKLAN

5.Selepas ayam agak-agak kecut sedikit/separuh masak, keluarkannya dan perapkan lagi sekali dengan sedikit kuah ini selama 1 jam atau lebih.

Sementara itu, lebihan kuah yang di atas kuali kita tambahkan dengan 1 cawan santan pekat. Masakkan semua biar mesra dan bila teksturnya sudah cukup pekat, bolehlah tutup api.

6.Akhir sekali, bolehlah dimasak ayam tadi mengikut cara yang anda suka. Boleh bakar dalam oven, panggang atas api atau dimasak atas kuali leper asalkan ia masak sepenuhnya.

7.Apabila ayam sudah masak sepenuhnya, hidangkan bersama kuah yang dibuat tadi. Nampak menyelerakan. Kalau sudah tahu resepi ayam percik ini, tak perlulah membeli lagi.

Kredit: Juliana Jue

Artikel berkaitan: Resipi Ayam Goreng Ala McD, Rangup Sampai Ke Petang

Resipi Ayam Sambal Bali, Tak Perlu Lauk Lain, Ini Pun Dah Cukup

Resipi Ayam Sos Senang Dan Sedap Untuk Juadah Si Kecil Buka Puasa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI