Setiap hari masuk dapur, perkara pertama yang ibu-ibu fikirkan mesti menu kan. Kadang-kadang buntu juga apa yang nak dimasak.
Nasi Beriani memang sedap tapi ada yang anggap cara buat agak leceh. Sebenarnya ada je resipi yang ringkas tapi cukup membuka selera.
Seperti resipi yang dikongsikan oleh puan Nuryusra Ibrahim Kutty ini cukup ringkas cara menyediakannya tapi sedap. Nasi Briyani Ayam Sorok
Bahan untuk perapan
1ekor ayam
2sb serbuk kunyit
2sb serbuk cili
2sb serbuk kari ayam
4sb yogurt
Perap sebentar ke semua bahan di atas
Cara-cara
Masukkan minyak sapi dan butter, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing. Masukkan tiga sekawan, daun salam, daun pandan dan gajus kismis.
Kacau seketika. Kemudian masukkan tomato,cili hijau,cili padi dan garam secukupnya. Masukkan rempah briyani dan ayam yang diperap tadi dan kacau rata. Setelah siap tutup api dan masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa. Tabur daun ketumbar dan daun pudina di atas.
Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman.
Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari.
.
Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah pula berbeza.
.
Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.
.
Gas yang dihasilkan ialah biasen, nitrogen dan ada kalanya methana. Ada beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Namun yang lebih utama ialah kesediaan kita untuk menukar jenis makanan yang dinikmati setiap hari terutama mengelakkan makanan berangin dan bergas, ambil ubat-ubatan dan cuba menahan diri daripada menelan udara terlalu banyak.
.
Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin :
.
1. Menukar jenis makanan
.
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman masing-masing. Bagi sesetengah orang, makanan seperti keledek, nangka, cendawan dan teh menyebabkan angin, tetapi tidak pada orang lain. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.
.
Salah satu cara untuk membuang angin dalam badan ialah dengan pengambilan minuman halia. Halia merupakan petua yang paling mudah dan juga berkesan yang telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Minuman halia telah pun dipelbagaikan pada waktu kini dan anda boleh menemui minuman halia yang berbentuk bikarbonat dan juga teh. Namun, ia adalah lebih baik sekiranya anda meminum minuman halia asli kerana ia lebih berkesan untuk membuang angin di dalam badan. Anda boleh meminum air halia yang dicampur bersama lemon dan madu untuk membantu masalah penghadaman anda.
.
2. Ubat-ubatan
.
Ubat-ubatan seperti antacid dan simethicone yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.
.
3. Kurangkan menelan udara
.
Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.
.
4. Hindari makanan yang menghasilkan angin
.
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.
.
Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos pula banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
.
5. Urutan
.
Selain pengambilan ubatan yang sesuai bagi memberikan kelegaan, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu rawatan masalah angin. Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia pastinya memberikan kelegaan kepada orang yang mengalami masalah ini.
.
Teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan. Ada pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi, antaranya ialah angin di badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan. Masalah angin sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu.
.
PENCEGAHAN DAN RAWATAN SAMPINGAN
.
Pengambilan makanan yang betul antara perkara yang perlu diberikan perhatian bagi masalah angin ini. Apa yang penting adalah kurangkan makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin selain perlu pastikan minum air masak secukupnya.
.
Selain itu, amalkan makan buah terlebih dulu sebelum nasi dan minum air masak sebaik bangun tidur. Ini adalah antara petua untuk membantu pengambilan buah sebelum mula makan nasi selain minum air masak sebaik bangun daripada tidur juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan masalah angin.
Jodoh yang tidak kesampaian, bila ajal mendahului. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mahligai indah yang direncanakan tidak menjadi kenyataan.
Majlis perkahwinan yang Muhammad Adib dan Nurul Najihah yang sepatutnya bakal berlangsung sabtu ini kini tinggal kenangan. Pejuang wira merah ini sudah kembali ke alam fana malam tadi setelah tiga minggu bertarung nyawa.
Usai berita kematian Adib diwar-warkan, tular kad undangan kahwin arwah bersama tunangnya mengundang sebak dikalangan netizen.
“Adib pernah bergurau, kalau berlaku kemalangan ketika majlis bertandang ke rumah bakal isterinya nanti, dia sendiri akan bantu memotong kenderaan untuk menyelamatkan kami sebab dia anggota bomba.
“Persiapan untuk majlis perkahwinan Muhammad Adib yang dijadual berlangsung Ahad ini sudah dilakukan hampir 80 peratus namun segala-galanya bertukar menjadi kenduri tahlil.
“Arwah juga baru membeli sebuah Perodua Myvi dua bulan lalu yang ditinggalkan di sini untuk memudahkan mereka bertandang ke rumah bakal isterinya ketika majlis perkahwinannya nanti,” ujar Mohd Shukur Othman, 53 yang merupakan atuk saudara kepada Muhammad Adib.
Tambahnya lagi, arwah yang sebelum ini ada memberi tindak balas dengan menulis di papan hitam ketika di IJN.
“Arwah tulis yang dia hendak balik ke kampung dan tulis tanya mana mak? Sebab waktu itu dia tidak dapat bercakap disebabkan banyak wayar di badannya selain keadaannya yang agak lemah.
Siapa sangka arwah keluar ke balai, bekerja seperti biasa. Panggilan kecemasan kebakaran kenderaan di sambut sebagai tugasan terakhir beliau.
Dia yang pergi ke situ sebagai penyelamat..
Menaiki van EMRS dengan harapan untuk menyelamatkan biarlah 1 nyawa pun malam itu. Tapi siapa sangka..itulah tugasan terakhirnya.
Al-Fatihah buat Muhammad Adib. Semoga keluarga arwah tabah dengan dugaan ini.
Sumber: Harian Metro
Gambar: Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di