Orang dulu-dulu kalau hendak berubat mesti ada pantang larang dalam pemakanan, ada makanan disarankan untuk dimakan malah ada makanan yang dilarang sama sekali.
Begitu juga dalam dalam meredakan penyakit lelah. Bab makan kena pantau dan jaga bagi mengelakkan penyakit lelah yang dihidap oleh seseorang menjadi lebih serius.
Antara petua yang dikongsikan oleh wanita ini adalah dengan mengamalkan telur dadar yang dicampur halia di dalamnya. Menurut Mulianis Ahmad, petua tersebut diperoleh dari seorang wanita Cina.
Mase kecik dulu saya sakit asma teruk.. Kebetulan kat klinik ada duduk sebelah aunty cina.. Dia bagi resepi petua.. Dia cakap orang Cina jarang sakit asma.. Halia tua tumbuk masukkan telur dan garam. Kemudian goreng.
Walau pun asma masih ada.. Tapi resepi ni sedap.. Hari-hari makan pun tak jemu..
Dah lama saya tak buat .. Semalam saya try buat bagi anak-anak makan .. Mereka pun suka .. Berebut.. Hari ni masak yang same lagi.. Tak yah lauk lain.. Lagi pun suami outstation layan ni saja.
Bahan-bahan
Ads
2 biji telur
2 inci halia di tumbuk lumat
sedikit garam
Cara membuat:
Tumbuk halia sehingga lumat.
Ads
Masukkan ke dalam telur dan sedikit garam.
Kacau sehingga sebati bahan-bahan tersebut.
Kemudian, goreng telur dadar hingga garing.
Ads
Ini antara petua yang boleh diamalkan bagi pesakit asma. Namun semuanya bergantung kepada tubuh seseorang individu tersebut. Tidak salah untuk mencuba kan. Lagipun halia memang diketahui sangat bagus sebagai agen membuang angin dalam badan.
Jika anak-anak suka makan sushi tentu terlintas juga difikiran kita untuk dapat menyediakan menu tersebut dari air tangan sendiri. Apatah lagi dikatakan untuk membuat menu sushi ini tidaklah sukar malah menggunakan bahan-bahan yang kini begitu mudah untuk didapati di pasaraya terpilih.
Umpamanya apabila ingin menyediakan Kani Maki atau Sushi Gulung Jejari Ketam. Hanya dengan 4 bahan sahaja menu istimewa ini sudah dapat disediakan dan dinikmati bersama seisi keluarga.
Jadi apa kata hari ini anda sediakan menu mudah ini dengan langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Puan Zurina Zulkefli. Selamat mencuba.
Kani Maki/ Sushi Gulung Jejari Ketam
Cuma perlu empat bahan sahaja untuk buat Kani Maki ni.
1. Beras – tanak beras 1 cawan sahaja, sukat guna jari macam biasa untuk dapatkan tekstu nasi yang empuk. Kemudian, nasi yang dah siap ditabur sedikit garan dan gaul sebati.
2. Jejari ketam – rebus selama 1 minit dalam air mendidih. Kemudian toskan dan rendam seketika dalam air sejuk supaya jejari ketam kekal kenyal.
3. Rumpai laut – lipat 4 dan gunting mengikut garisan.
4. Mayonis picit sedikit sahaja
Cara buat gulungan sushi.
Ambil sekeping rumpai laut dan letak satu sudu makan nasi, ratakan. Kemudian sapu sedikit mayonis.
Letakkan jejari ketam ditengah-tengah nasi, kemudian gulung dengan rapi.
Mesti ibu-ibu pening kan nak sediakan apa untuk sarapan, minum pagi dan juga minum petang. Lagi-lagi yang tengah situasi PKPB, anak-anak cuti dan bila kat rumah asyik lapar jer.
Jom admin kongsikan resipi mudah tapi boleh tambat selera anak-anak. Kita cuba Roti Telur Sardin yang dikongsikan oleh Zur Ain Salim.
Petang ni akak buat roti telur sardin viral tu .. Awak semua dah buat belum .. rugi tak cuba ..
Bahan bahan :
👉1 tin kecil sardin
👉½biji bwg holland*
👉3biji cili padi*
👉Sedikit daun sup & daun bawang*
👉Garam
👉lada hitam ( akak tukar lada sulah )
👉3-4biji telur
👉roti keping
Cara cara :
👍Lenyek ikan sardin(sos dia amik sikit)
👍Cincang bahan yang bertanda*
👍Gaul kan dgn ikan sardin tadi dengan telur , garam , lada kecil , lada sulah , bawang holland , daun bawang & daun sup sampai sebati
👍celup roti dalam sardin yang telah dicampur tadi
Lepas tu goreng mcm roti telur biasa tu ..
Goreng macam ni, balik-balikkan supaya masak sekata.
Ni versi anak-anak yang tak ada lada. Potong kecil-kecil mudah anak nak makan.
Ni versi mak ayah
Siaapp !
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menikmati ikan bakar yang dimasak dengan menggunakan arang, diakui mempunyai rasa yang tersendiri. Pun begitu tidak semua antara kita dapat menyediakan ikan bakar seperti itu. Apatah lagi jika rumah tiada laman. Tentu sukar untuk sediakan ikan bakar ini.
Pun begitu andai sekali sekala teringin untuk menyediakan menu ikan bakar untuk keluarga, apa kata buat je seperti Dr Kamarul Ariffin kongsikan ini.
Menurutnya, dengan teknik membakar di dalam kuali pun boleh dapatkan rasa dan aroma ikan bakar seperti dibakar di atas bara. Nak tahu bagaimana cara dan resipinya. Ini perkongsiannya.
Ikan Bakar Rica Manado
OK, kali ni saya cuma nak kongsi cara saya bakar ikan besar atas kuali leper, dan dapatkan hasil yang menarik rupanya, dan ada aroma macam ikan bakar atas bara. Semua orang boleh buat.
Ikan Bakar Rica Manado by Kamarul Ariffin Nor Sadan. Ikan Bakar Sambal Rica ni berasal dari Manado, Sulawesi. Biasanya bakar atas bara api. Kemudian sambalnya di sapu atas ikan setelah ikan siap dibakar. Hari ni kita akan bakar atas kuali sahaja.
Bahan-bahan: 3 orang makan
1 ekor ikan siakap
5 biji bawang merah
2 ulas bawamh putih
2 batang serai
2 inci kunyit
1 inci halia
2 sudu besar cili kisar
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Cara masak:
1.Ikan ni kita belah perutnya. Belah isi ikan di kanan dan kiri tulang tengah, kemudian keluarkan tulang tu macam ni. Saya paling suka belah ikan siakap macam ni. Cantik dan cepat masak.
2. Bawang merah, bawamg putih, halia, kunyit, serai dan cili kisar dikisar halus. Kenapa saya kisar lagi cili kisar ni bersama bahan lain? Sebab, kalau sikit sangat bahan nak dikisar, sukar nak dapat kisaran halus.
3. Tumis bahan kisar. Berbeza dengan ikan bakar sambal yang biasanya warna merah. Ikan bakar ni akan warna kuning atau jingga. Tapi sejujurnya, rasa dia tak berapa beza dari ikan bakar sambal.
4. Masukkan asam gelugor, garam dan gula. Daun limau purut, sekali! Jika nak letak belacan pun boleh. Tumis sampai bahan-bahan ni betul-betul masak. Bila dah masak sejukkan sekejap bumbu(perencah) ni.
5. Lumurkan bumbu pada ikan mentah. Oleh kerana kita bakar atas kuali, susah nak sapu ikan bila ikan dah masak. Ia akan hancur kalau kita balik-balikkan dia banyak kali. Ni saya lumur dalam ikan dulu.
6. Kemudian terbalikkan dan lumurkan bumbu pada bahagian luar pula. Boleh alas ikan ni dengam daun pisang atau daun kunyit agar ikan tak melekat pada kuali. Saya guna kuali non-stick.
7. Kita tidak akan terbalikkan ikan ni nanti. Kita akan masak belah bawah sahaja. Untuk pastikan ikan ni masak sekata tanpa hangus. Kita kena bakar dengan api kecil atau sederhana.
8. Kemudian tutup! Kalau ada tanda-tanda nak hangit, jangan panik. Buka penutup, masukkan 1 senduk air, gerak-gerakkan kuali agar air tu turun ke bawah daun. Tutup semula, dan masak sampai air tadi kering.
Inilah hasilnya jika kalian tenang dan sabar. Tak hangus, tak lekat, dan masak sempurna. Saya hias dengan hirisan limau dan bawang jeruk. Ikan bakar ni memang sedap makan dengan benda masam. Peh!
Close up! Ikan bakar ni tak berapa pedas. Bau daun pisang membangkitkan selera. Daun pisang yang hangus di tepi-tepi tu menyumbang kepada aroma smokiness (bau bakar). Itu penting!
Tengok, isi masak sempurna. Malah, daun pisang dibawah tu tak hangus sangat pun. Oklah!