Tanam apa pun kalau masih tak berputik dan menunjukkan hasil nak berbuah memang buat kita rasa stress. Mungkin kita akan terfikir adalah salah cara kita menanamnya atau tersalah memilih baja. Semua ini pasti ligat bermain di fikiran kita.
Pening kepala guna macam-macam petua untuk buat pokok limau kita berputik tetapi masih tak nampakkan hasilnya? Petua yang dikongsikan oleh Aisyah Othaman dari #abuNummuulfahminikebun ini pasti sangat-sangat membantu. Paling menarik langsung tak gunakan kos!
Hanya menggunakan daun-daun kering? Hebatnya! Hasilnya pula boleh dilihat dalam masa hanya dua minggu.
“Pokok limau dari #abuNummuulfahminikebun sedang membesar dan mengeluarkan hasil dengan banyaknya selepas setahun lebih ditanam…Alhamdulillah..
Ads
Sepanjang setahun lebih ni ada sekali letak baja masa awal-awal ditanam…Selepas itu tak letak apa-apa.
Dalam bulan Februari baru-baru ni, baru teringat satu petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan yang ditanam.
Ads
Caranya:
Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.
2. Selepas dua minggu dengan izinNya, pokok limau mula berputik dengan banyaknya.
Ads
22 Februari 2017 iaitu selepas 2 minggu cubaan petua iaitu dengan meletakkan daun kering, pokok limau mula keluarkan banyak putik.
15 Mac 2017 iaitu selepas bunga gugur, pokok limau mula berbuah.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Amanat seorang ayah di majlis akad nikah anak perempuannya ini cukup terkesan bukan sahaja buat kedua mempelai malah seluruh tetamu yang hadir. Setiap baris ucapan yang dilontarkan, nyata terkandung begitu banyak pesanan.
Apa yang pasti, ianya boleh dijadikan panduan dalam memikul tanggungjawab dalam perkahwinan agar apabila semua tanggungjawab dilaksanakan akan berbahagialah hidup suami isteri.
“Saya mengharapkan perkahwinan kamu berdua dalam barakah Allah, Saya telah menjaga Afaf selama 26 tahun, daripada kecilnya sampai dewasa. Maka pada malam ini dengan izin Allah, saya serahkan Afaf isteri kepada awak Shahaid bin Mansor dengan harapan dan doa mudah-mudahan perkahwinan kamu berdua dalam barakah daripada Allah. Perkahwinan amanah daripada Allah. Satu amanah yang besar yang dipikul kamu berdua.
Afaf, sebagai seorang anak kepada Baba, malam ni Baba sempurnakan, sebagai ayah sebagai Baba, dan baba serahkan Afaf kepada Shahaid sebagai suami sah kepada Afaf. dengan harapan kamu berdua, jagalah hidup kamu berdua dengan penuh keimanan, penuh dengan ilmu, rumah tangga bukan kecil maknanya kepada kamu berdua. Ayahanda mengharapkan anakanda berdua dalam redo Allah.
Bukan sahaja saya Ustaz Roslan Muhamed sebagai ayah kepada Afaf tapi juga En Mansor ayah kepada Shahaid mengharapkan kamu berdua berada di dalam rahmat Allah. Jaga kehidupan, tambahkan iman, jaga solat, jaga sembahyang, cari rezeki halal dalam hidup, banyakkan berdoa, berdoa untuk ibu ayah selama-lamanya, hormatkan orang tua jangan pinggirkan mereka kerana pintu keberkatan ada di tangan mereka.
Ingat ini pesanan untuk semua termasuklah pasangan yang dinikahkan malam ini dengan doa harapan mudah-mudahan kau berdua Shahaid dan Afaf berada rahmat Allah berpanjangan. Ingat ia amanah daripada Allah. Ingat kalau kita kenal Allah, Allah kenal kita.
Baba mengharapkan sebagai seorang ayah, moga Allah rahmati kamu berdua dan Baba dangan Mama telah berkahwin 30 tahun dan kami telah sambut ulang tahun pada Selasa yang lepas, alhamdulillah dan Encik Mansor pun saya ingat dah puluhan tahun berkahwin. jadi mudah-mudahan Allah rahmati kesemuanya termasuklah kita-kita yang hadir malam ini.
Dan khas pada Shahaid maka dengan rasminya Baba serahkan Afaf sebagai isteri kepada kamu dan amanah daripada Allah dan inilah amanah yang paling besar yang telah Baba lakukan pada malam ini kerana Allah, kerana Allah dan bukan kerana yang lain….”
Amanat seorang ayahanda kepada suami anak perempuannya setelah majlis akad nikah.Diserahkan dengan sepenuh jiwa dan raga setelah dijaga sebaiknya selama 26 tahun.
Posted by Ammar Roslan on Friday, 14 September 2018
sumber : Ammar Roslan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bahagia itu bukan hanya wang ringgit dan harta benda. Tetapi bahagia itu hidup dengan memberikan kegembiraan kepada pasangan dan anak-anak.
Lebih indah lagi, pasangan saling melengkapi dan menerima seadanya. Inilah kebahagiaan ikhlas yang membawa kepada keharmonian rumahtangga.
Begitulah indahnya juga buat keluarga bahagia pelakon, Datin Almy Nadia atau nama sebenar Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah dan pasangannya, pelakon Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenar Mohd. Fairuz bin Zainal Abidin.
Terbaru, mereka ada memuatnaik gambar percutian keluarga yang kelihatan sangat menggembirakan.
Apa yang membuatkan peminat teruja, gaya pemakaian Datin Almy yang cukup santai dan bersahaja.
Tampil ringkas dengan pakaian T-Shirt putih yang dipadankan dengan seluar palazo serta bersahaja memakai selipar. Kagum!
Tidak mengendahkan apa orang kata, dia dan suami kekal dengan gaya hidup sederhana. Inilah yang dikatakan hidup bahagia dengan cara sendiri.
Tampil ringkas membawa keluarga berjalan-jalan di taman tema
Untuk rekod, pasangan bahagia ini mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 ini dikurniakan empat cahaya perempuan iaitu, Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 5, , Nur Afrina Ayra, 3 dan Nur Afrina Aisyah, yang baru berusia dua bulan serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 12.
Menantikan detik kelahiran cahaya mata pastinya momen yang dinantikan oleh setiap suami isgeri.
Tak sabar menantikan si kecil menjengah dunia. Waktu inilah sokongan suami sangat diperlukan dalam membantu isteri dalam proses kelahiran.
Bagi suami yang berpeluang masuk menemani isteri bersalin, inilah masanya untuk anda menyaksikan sendiri pengorbanan isteri melahirkan cahaya mata anda.
Perkongsian seorang doktor bernama Nur Hanisah akan gelaagat seorang suami yang patut dijadikan contoh oleh para suami lain.
ANUGERAH SUAMI CONTOH
Asyik bercerita tentang perangai mak-mak je dalam labour room kan. Apa kata sekali ni kita cerita pasal bapak pulak?
Kalau haritu ada cerita tentang doktor dan misi sebagai pasukan sorak ibu bersalin. Bila sebut pasal ayah ni, boleh kata mewakili coach agaknya.
Teringat satu kenangan menyambut kelahiran bayi pertama sepasang suami isteri.
Sang suami begitu proaktif sekali dalam membantu si isteri. Apa yang kami sebut, itulah yang dia ikut.
“Teran kuat, ayang! Panjang! Panjang!”
Terharu saya dibuatnya. Sungguh, suami seperti dia benar-benar membantu kerja doktor dan misi semua.
Bila isterinya tak teran kuat mana, dia ikut menegur kesalahan isteri pula.
“Eh, jangan bunyi gitu! Ketap gigi! Kuat lagi! Lagi!”
Tersenyum saya dibuatnya. Teruja dengan kesungguhannya.
Apabila doktor memanggil sang suami,
“Encik, cuba tengok sini kepala anak dah sampai mana. Suruh isteri encik teran kuat lagi.”
Maka, dia encourage lagi dengan bersungguh-sungguh.
“Sambung! Sambung!”
Hampir tergelak saya dibuatnya.
Semangat betul dia!
Di saat kepala bayi kelihatan sudah mula mahu keluar, dia membuka kaki luas bagi tujuan merendahkan badan. Memastikan bisikan benar-benar sampai ke telinga isteri. Macam nak bersilat dah gaya dia waktu ni!
“Ok sayang! Last shoot! Last shoot!”
Allahu! Masa ni memang saya tak boleh tahan nak tergelak! Dia ingat agaknya dalam perlawanan bola sepak?
Akhirnya, si bayi selamat lahir.
Apabila doktor mengangkat bayi sambil bertanya, “Puan, sebut anak lelaki ke perempuan?”
Sang suami terlebih dahulu memberi respon teruja. Dia menekup muka dengan mata terbeliak. Antara terharu dan gembira.
“Doktor, saya dah boleh keluar, kan?”
Saya sangka, pasti dia mahu sujud syukur atas kegembiraan dikurniakan anak pertama mereka.
Memanglah dia boleh dapat Anugerah Suami Paling Proaktif dalam labor room ni!
So, nak share sikit tips untuk para suami yang teman isteri bersalin.
1. Pastikan isteri ikut arahan doktor/misi.
Maksudnya kat sini, para suami kena peka! Dengar apa yang doktor/misi sebut. Ikut je ulang semula kepada isteri. Macam contoh suami dalam cerita tadi. Sampai doktor dan misi pun puji sebab dia telah membantu memudahkan urusan kami. Terbaik!
2. Jaga aurat isteri
Ini boleh dilakukan semampunya. Di ambang masa kemuncak isteri untuk mula bersalin, selalunya si isteri akan tak senang duduk melawan sakit kontraksi. Bergolek ke kanan. Bergolek ke kiri.
Tak kena cara, boleh terdedah aurat mereka. Begitu juga tentang tudung. Selagi tidak memudaratkan isteri, jagalah bab ini. Si isteri memang tak mampu nak jaga aurat sendiri dah waktu ni. Kesakitan menguasai diri. Maka, tolonglah ‘jaga’ mereka ya, para suami mithali.
3. Baca zikir ke telinga isteri
Terharu bila tengok ramai suami berbuat begini. Teruskan ya! Semoga isteri sentiasa dalam keadaan mengingati Tuhan Yang Esa. Dia jua yang Maha Memudahkan Segalanya.
4. Jaga solat isteri
Tolonglah para suami. Cakna hal yang satu ini. Ikut mazhab Syafie, selagi tak keluar bayi, selagi itu wajib solat. Maka perlu cakna waktu solat dan arah kiblat ya. Belajar juga cara ambil wudhu guna spray.
Boleh dalami lagi ilmu tentang ni daripada ustaz ustazah. Islam itu mudah. Tetapi bukan untuk diambil mudah.
5. Berterima kasih kepada isteri
Fuh! Sendiri tengok orang bersalin pun dah dapat rasa penat dia macam mana. Struggle tahap tinggi punya!
Para suami, ringankan mulut. Ucapkan terima kasih kepada isteri. Kucup dahi isteri tanda penuh menghargai. Ada saya tengok, suami lebih excited tengok bayi yang baru dilahirkan daripada isteri yang baru habis menang ‘berlawan’.
Memanglah si isteri dah tak kisah pun sebab lebih nak berasa lega daripada penat yang amat sangat. Tetapi alangkah sejuknya hati bila dapat lihat suami yang sudi layan isteri macam bidadari.
Oh ya! Apa salahnya berterima kasih juga kepada pasukan sorak (doktor dan misi) yang turut menyumbang jasa. Hormatilah mereka dengan tutur kata yang baik dan riak wajah yang manis. In syaa Allah, semua gembira!
Sekian sahaja.
Selamat menjadi seorang bapa yang penyayang kepada ibu dan anaknya!
.
.
Nur Hanisah
Yang Memerhati
.
P/s: Kongsikan tips ini kepada pasangan sendiri, adik-beradik, mahupun rakan-rakan yang bakal melalui perjalanan yang sama nanti!
Jemput Follow dan set See First Nur Hanisah supaya dapat selalu baca post santai dan bermanfaat tentang dunia #HospitalTarbiah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di