Kecewanya bila setiap kali kita mengisar cili kering, bijinya masih lagi ada. Akibatnya semua masakan kita seperti rendang, sambal, asam pedas dan sebagainya akan terlihat biji cili yang besar ini.
Bukan sahaja pandangan mata kurang elok, malah kurang sihat untuk dimakan.
Bagi suri rumah atau ibu – ibu diluar sana yang bimbang dan buntu memikirkan cara untuk membuang biji lada kering, jom cuba tip yang dikongsikan ini.
Pertama sekali, cili kering yang telah siap dibasuh hendaklah direbus di dalam sebuah periuk besar sehingga cili betul-betul lembut.
Setelah cili lembut, ambil gunting besar contohnya gunting pokok untuk memotong cili bagi mengeluarkan biji cili. Proses ini amat mudah dilakukan kerana cili sudah lembut dan ringan.
Ads
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Ads
Ambil satu besen air dan satu penapis lubang besar untuk menapis cili. Lubang penapis haruslah besar agar biji cili mudah jatuh.
Goyangkan penapis di dalam besen dalam pergerakan bulatan dan gerakkan penapis dari atas ke bawah. Pada masa ini anda dapat lihat betapa banyak biji cili jatuh ke dalam besen dan ulang langkah ini beberapa kali.
Jika di rumah anda tiada penapis, anda boleh gunakan bakul kecil yang mempunyai lubang besar seperti di dalam gambar.
Akhirnya, inilah hasilnya! Usah risau jika masih terdapat biji cili melekat dengan cili kering yang telah ditapis tadi kerana ia tidak terlalu banyak seperti sebelumnya.
tip: Jika mahu menghancurkan biji cili ketika mengisar, boleh tambahkan sedikit minyak masak.
Pelakon, Lisdawati berkongsi kegembiraan dan menitipkan rasa syukur selepas anak ketiganya yang juga merupakan model muslimah, Hanna Faresha telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya pada tanggal 12 Disember lalu.
Memuatnaik berita tersebut di laman Instagramnya, isteri kesayangan Fauzi Nawawi ini turut mendoakan semoga bahtera perkahwinan anaknya itu bersama pasangannya yang dikenali sebagai Afiq akan kekal hingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah selesai sudah acara majlis pernikahan dan sanding anak ke 3. Semoga Allah swt merahmati korang berdua. Bahagia hingga akhir hayat.
“Terima kasih kepada semua pihak yg terlibat menjayakan majlis ini. Maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung.
Lisdawati dalam pada itu turut memohon maaf kepada mereka yang tidak mendapat undangan memandangkan majlis tersebut diadakan secara patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengelak covid-19.
“Maaf juga kepada Mereka yg tak dpt kami jemput atas sbb2 SOP yg terhad. Terima kasih juga kepada pihak besan dan seluruh ahli keluarga yg dtg dr jauh. ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Pasangan dua merpati sejoli ini dilihat sama cantik sama padan mengenakan persalinan rona putih beserta songket hasil sentuhan pereka Shanell Harun.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut pelakon ini menitipkan ucapan tahniah buat pengantin baru. Tak kurang yang kagum dengan Lisdawati yang tetap awet muda dan wajah tak dimamah usia.
Ustazah Asma’ Harun Dedah Gelaran Yang Buat Dirinya Hampir Nak Tinggalkan Dunia Dakwah, Kisah Yang Meruntun Jiwa.
Jadilah wanita hebat seperti Ustazah Asma Harun.
Walau di kecam tidak pula memburukan orang lain. Tidak pernah melontar kata-kata buruk untuk raih perhatian.
Tidak menyalahkan sesiapa apabila dirinya dikecam. Bagaikan lilin yang membakar diri, tetap mendoakan yang terbaik.
Lontaran kata-kata penuh inspirasi, figura berwajah redup ini pernah berhasrat untuk bersara dari dunia dakwah namun tetap tabah untuk menyampaikan ilmu dan hal kebaikan berpandukan Al-Qur’an dan hadis.
Bersuara lembut tetapi tegas apabila berbicara membuatkan anak kelahiran Terengganu dikagumi ramai. Lebih istimewa rupanya ibu kepada tujuh orang anak ini adalah keturunan daripada susur galur golongan pendakwah di Negeri Terangganu Darul Naim.
Seterusnya menerusi perkongsian video KELUARGA INSPIRASIPendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun, mendedahkan dirinya acap kali menerima kecaman sehingga diberi beberapa gelaran yang kurang sedap didengar dengan kata-kata kesat dan sindiran.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Hati wanita ini kental dengan cabaran yang datang, dia bersedia untuk menghadapi untuk kecaman apabila mengupas sesuatu yang tular atau pihak-pihak tertentu.
“Berpegang kepada kata-kata Iman Shafie, bahawa jadilah kamu seperti kayu gaharu, apabila dibakar akan lebih mewangi.
“Saya anggap hinaan dan kecaman itu ibarat mereka sedang membakar.
“Maknannya saya harus membalas dengan cara baik ,memberi reaksi dan kebaikkan. kadang Saya harus akui ada kesilapan dalam menegur ketika menyampaikan. Dan mungkin kaedah penyampain itu tidak sampai, jadi salah faham.
“Oleh sebab itu saya kena kawal kecaman dan hinaan itu. Kadang ia betul. Saya kena muhasabah diri. Jika ia tidak benar, kita minta ampun pada Allah semoga orang yang membuat kecaman itu diampun kan Allah.
“Begitulah cara saya bertahan dalam dunia dakwah yang tidak menjanjikan pujian tetapi lebih banyak cacian dan kejian.”
VIDEO KELUARGA INSPIRASI: USTAZAH ASMA’ HARUN
GELARAN DALAM BENTUK KECAMAN SEPANJANG BERDAKWAH
Hati mana yang tidak sebak apabila pelbagai gelaran diberi, namun begitulah pentas dunia. Kebaikkan dibalas dengan kata-kata kejian.
“Saya pernah digelar ‘penjual agama’, penunggang agama, sukakan kemasyuran. suka tunggang isu viral supaya kekal diperkatakan, wanita punca kepada fitnah.”
Jauh di sudut hatinya sedih apabila digelar sebegini, namun kadang kataanya lebih ralat apabila kecaman yang datang adalah daripada individu ilmuan.
RASA NAK BERSARA TAPI BANGKIT SEMULA
“Tipu jika kecaman itu datang dalam bentuk video dan kata-kata saya tak koyak., saya tak down, Saya manusia biasa dan perempuan. Tentu saya ‘down’. Memang fikir dan terasa hati.
“Tapi saya cepat bangkit. 10 kali jatuh, 11 kali bangkit. 10 duduk dan tanpa henti bangun kembali. Sampai saya kata cukuplah saya nak fokus kepada anak-anak pula.”
“Kadang rasa nak fokus kepada keluarga, semua Allah dah bagi cukup. Tapi setiap kali saya berniat begitu, setiap kali itu Allah akan tunjukkan keputusan itu salah. Allah beri ujian.”
“Motivasi diri buat saya apabila diperlaku begitu adalah dengan berkata bahawa,
‘saya layak di hina dan dikecam. Bahkan kalau manusia hakikat aib saya, hakikat diri saya dan keburukan saya. Saya lebih layak dikecam lebih daripada itu’.”
Nyata dunia dakwah bukan sesuatu yang mudah. Bukan calang-calang mampu bertahan dengan kata-kata kesat dan sindiran.
Namun Ustazah Asma Harun tekad untuk istiqomah untuk menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat.
Kebolehan berbahasa Inggeris kanak-kanak zaman sekarang memang sangat dikagumi. Kebanyakan kanak-kanak era millenial ini sangat fasih berbahasa Inggeris sehingga kadangkala jika tidak melihat wajah mereka, kita sangka sedang menonton program Inggeris dari luar negara.
Perkembangan teknologi dan kemodenan membuatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak bukan lagi satu perkara pelik.
Bagaimanapun keupayaan mereka berbahasa Inggeris mengikut slang atau accent asli bahasa tersebut memang sangat dikagumi.
Pelakon dan usahawan jelita Faezah Elai turut mempunyai dua orang anak perempuan yang sangat fasih berbahasa Inggeris dengan slanga asli ‘mat salleh’.
Perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagramnya menarik perhatian ramai pengikut Faezah yang seronok mendengar Dealova dan adiknya Aurora bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Dalam video tersebut kedua beradik ini membuat video review hasil alat permainan yang mereka beli sendiri.
Menurut pemilik nama sebenar Nurul Faezah Elai, 40, kedua anaknya yang gemar membuat video review ala-ala Youtuber meminta ibunya memuat naik video tersebut di TikTok kerana mereka tiada sebarang akaun media sosial.
Jadi untuk tidak menghampakan permintaan anaknya Faezah telah berkongsi video tersebut.
Video ni amik masa kami kt Aloq Setaq shoot drama
so depa ni dok kt hotel.. Pi beli toys kt depa so depa tk kacau mommy nk shooting..
Bila dh beli depa kalut nk buat review toys ala2 YouTuber.. paihtu habaq pulak suruh boh dlm TikTok sbb depa tkdak media social.. ehhhh kalut aihhh!! Dh la toys tu beli duit sendiri dok kena buat review pulak.. Citt!!
Nyata gelagat kedua beradik tersebut mencuri hati ramai pengikut Faezah. Malahan ada yang berpendapat mereka berbakat menjadi pengacara rancangan kanak-kanak.
Sebelum ini Faezah pernah memberitahu anaknya memang lebih gemar bertutur Bahasa Inggeris sejak usia kecil lagi.
Selain fasih menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, Dealova Heyrinna, 9, juga fasih berbahasa Mandarin yang dipelajari dalam kelas secara online.
Untuk rekod, Faezah Elai yang mendirikan rumah tangga dengan Pengarah drama Heykal pada 9 September 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan Dealova Heyrinna, 9, dan Aurora Heyrinn, 6 tahun.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.