Orang dulu-dulu memang kaya dengan petuanya, sama ada petua memasak, petua dapur, petua kecantikan mahu pun petua kesihatan. Senang kata, petua ini memang banyak.
Sekiranya ada yang terkena buasir dan mencari kaedah rawatan ikut cara orang lama dan jika ingin disenaraikan, sebenarnya ada beberapa cara. Ini 7 petua yang biasa orang buat, nak tahu apa jom semak.
Batu Sungai
Panaskan batu dan lapik batu tadi dengan kain. Kemudian, dudukkan atau tuamkan tempat buasir kat batu tu. Insha Allah cepat kecut.
Daun Lidah Buaya
Ambil gel dari daun lidah buaya dan sapu pada bahagian buasir. Urut perlahan-lahan untuk beberapa minit.
Serbuk Kunyit
Ambil beberapa sudu kecil serbuk kunyit dan di campurkan dengan jus bawang besar serta minyak sawi. Kacau sebati dan sapu pada tempat buasir untuk legakan keradangan dan kesakitan.
Kulit Manggis
Ads
Basuh dan jemur kulit manggis hingga kering. Rebuskan dengan 5 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum air rebusan setelah suam.
Ubi Kentang
Kisar ubi kentang sehingga menjadi cecair. Campurkan dengan beberapa sudu air dan letakkan atas kain bersih. Tuam tempat buasir 5-10 minit. Ulang 2 hingga 3 kali sehari.
Daun Setawar
Rebus 4 hingga 5 helai daun setawar. Campur dengan sedikit madu dan minum.
Bawang Putih
Ads
Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan sedikit air. Perah campuran tadi. Sapukan air perahan bawang putih di tempat buasir selama beberapa hari.
Pun begitu, menangani masalah buasir ini ketahui juga terlebih dahulu puncanya. Antara punca terjadinya buasir adalah disebabkan sering meneran ketika membuag air besar, hal ini berlaku disebabkan sembelit.
Atasi sembelit ini caranya
Kali ini bukan petua orang lama tetapi petua cara orang putih yang dikongsikan oleh puan Rosmaziha Hassan di akaun fbny, elok juga dicuba.
“petua ni sy dapat kt blog mat salleh. sy try amal mmg ok sgt2 la..sy amal minum malam. sy minum pkl 7 pstu mmg kenyang smpi tido. sembelit mmg dah xde lansung.. susu pun xde masalah..bnyk je utk baby. yg best tu perut rasa kenyang je amal ni..”
Ads
Bahan-bahan:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sdt serbuk Kayu Manis Ceylon
1 gelas susu (sy pilih susu berkrim tu sebab rasa lemak lagi sedap hehe. nak lagi bagus pilih yang low-fat punya)
Cara buat :
Potong buah kurma & epal tu kecik2. Jangan buang kulit epal ye sbb kandungan Flavonoid yg ada kat kulit tu bagus utk pelihara jantung dan elakkan stroke.
Masukkan susu & buah2 yg dipotong tadi. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dlm ni sy tak masukkan ais. Then masukkan Kayu Manis Ceylon td.
Blender sampai halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS tau. Minum semua sekali
Dah siap. Bole amal stp hari. Buncit2 lps mengandung pn dah kurang bila slalu amal ni hihi..
sumber : Rosmaziha Hassan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan, cabaran ibu-ibu sepanjang bulan Ramadan pastinya berbeza daripada hari-hari biasa. Maklumlah perlu bangun awal untuk sediakan hidangan bersahur, dan begitu juga perlu pantas menyediakan menu berbuka di waktu petang usai pulang dari kerja. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan ibu-ibu terasa lesu dan tidak bermaya.
Oleh itu, sebagai satu cara untuk ibu-ibu pastikan tubuh badan kembali bertenaga, ini ada satu resepi simple tapi superpower untuk badan kita. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Suhaili Baharudin. Jom semak apa katanya….
Kalau kita baca dari wall FB DrRizal Abu Bakar, beliau selalu tegaskan tentang pemakanan dan cara hidup yang sihat akan membawa kepada kesihatan yang hebat.
Kak Eli dah lama set see first beliau sebab sangat banyak yang kita boleh belajar tentang otak manusia, tidur yang cukup, pemakanan dan vitamin semulajadi.
Lifestyle.Topik menarik yang sangat kena dengan jiwa. Bersikap positif dalam hidup maka tubuh akan menghasilkan zat kimia yang akan mengurangkan rasa cemas. Maka terhasillah konsentrasi dan kejayaan. Begitu. Berceramah pula Kak Eli tiba-tiba.
Limau kasturi boleh jadi energy booster untuk badan kita. Dan beliau bagitahu cara mudah buat air limau kasturi. Setelah Kak Eli cuba selama seminggu, tadaa sungguh luar biasa kesannya pada tubuh. Tak ada lagi rasa lemau, biasanya kalau tengahari mulalah rasa mengantuk dan rasa malas tapi sekarang Kak Eli dah berubah, buat kerja dengan bertenaga dan gembira.
Limau kasturi penuh dengan vitamin C, boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan. Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit. Oi mestilah nak. Tipu kalau tak nak.
Jom tengok resepi air energy booster penghilang lesu dari Doktor Rizal (Kak Eli ubah suai sedikit resepi untuk lebih ummphh).
Balik dari kerja waktu petang terus boleh buat segelas. Badan yang lesu akan cergas semula.
Ayuh.
RESIPI MINUMAN BOOSTER TENAGA DAN KECANTIKAN DENGAN VITAMIN C MURAH TETAPI HEBAT.
BAHAN-BAHAN:
Limau kasturi
CARA PENYEDIAAN :
2. Nak lagi sedap, tambah sedikit madu asli. Tak ada pun tak apa. No problem.
3. Masukkan dalam bekas kiub (mold) kemudian simpan dalam peti ais bahagian beku.
Setiap kali kita nak minum, cuma ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun dah ditapis masih banyak serat di dalamnya. Sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.
Setiap pagi sebelum subuh Kak Eli akan ambil satu kiub dan curah air panas ke dalam cawan. Biarkan. Siap solat, air tadi dah sedikit suam jadi boleh terus minum. Jangan tambah gula ya.
Aroma kasturi yang memenuhi ruang akan menghidupkan rasa nyaman. Melayan hening subuh rasa sangat bahagia dan tenang.
Boleh ulang secawan lagi waktu tengahari atau malam. Wajib cuba dan kita akan rasa perbezaan pada tubuh. Rasa sangat segar dan energetik, kurang rasa sakit badan.Bak kata doktor Rizal, Sihat itu jihad.
Andai ada sejarah kesihatan ahli keluarga ada yang mengidap darah tinggi, sewajarnya langkah-langkah awal perlu diambil perhatian untuk elakkan daripada dihidap oleh keluarga yang lain.
Amalkan gaya hidup sihat umpamanya adalah yang terbaik. Pun begitu, andai telah disahkan ada tanda-tanda awal mengidap masalah darah tinggi inii dan tidak mahu terus bergantung pada ubat-ubat sepanjang hayat, ada caranya.
Hal ini telah dikongsikan oleh seorang doktor dan bolehlah diamalkan.Jom semak apa katanya.
10 LANGKAH KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI TANPA UBAT
“Saya tak bagi dulu ubat darah tinggi, buat masa ni boleh kawal dengan cara makan dan lain-lain…”
Pernah tak doktor beritahu anda untuk kawal tekanan darah seperti ini. Tapi bagaimana?
Saya senaraikan 10 langkah yang boleh diikuti.
1. Kurangkan berat badan
Tekanan darah sering meningkat apabila peningkatan berat badan. Berat badan juga boleh menyebabkan gangguan pernafasan semasa anda tidur (tidur apnea), yang akan meningkatkan tekanan darah anda.
Berat badan adalah salah satu perubahan gaya hidup yang paling berkesan untuk mengawal tekanan darah. Kehilangan hanya 4 ke 5 kilogram dapat mengurangkan tekanan darah anda.
2. Bersenam dengan kerap
Aktiviti fizikal biasa sekurang-kurangnya 30 minit sepanjang hari dalam seminggu dapat mengurangkan tekanan darah anda dengan 4 hingga 9 milimeter merkuri (mm Hg). Perkara paling penting ialah konsisten kerana jika anda berhenti bersenam, tekanan darah anda boleh naik semula.
Sekiranya anda mempunyai sedikit tekanan darah tinggi (prehypertension), senaman boleh membantu anda mengelakkan hipertensi yang kronik. Sekiranya anda sudah mengalami hipertensi, aktiviti fizikal yang tetap boleh membawa tekanan darah anda ke tahap yang lebih selamat.
Jenis senaman terbaik untuk menurunkan tekanan darah termasuklah berjalan kaki, jogging, berbasikal, atau berenang.
3. Makan makanan yang sihat.
Makan diet yang kaya dengan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain boleh menurunkan tekanan darah anda. Saya faham memang tidak mudah untuk mengubah tabiat makan anda, tetapi dengan melakukan tip-tip yang saya beri ini, anda boleh mengamalkan diet yang sihat:
* Simpan diari makanan. Menulis apa yang anda makan. Pantau apa yang anda makan, berapa banyak, bila dan mengapa.
* Pertimbangkan untuk meningkatkan kalium. Kalium (potassium) boleh mengurangkan kesan natrium (sodium) pada tekanan darah. Sumber kalium yang terbaik adalah makanan, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, dan bukan makanan tambahan.
* Menjadi pembeli pintar. Baca label makanan apabila anda berbelanja dan berpegang pada pelan pemakanan sihat semasa anda sedang makan.
4. Kurangkan sodium dalam diet
Walaupun pengurangan kecil dalam natrium (sodium) dalam diet, anda dapat mengurangkan tekanan darah dengan 2 hingga 8 mm Hg.
Kesan pengambilan natrium pada tekanan darah berbeza-beza mengikut individu. Secara umum, hadkan natrium kepada kurang daripada 2,300 miligram (mg) sehari atau kurang.
Untuk mengurangkan natrium dalam diet anda, ikuti tip-tip ini:
* Baca label makanan. Jika boleh, pilih alternatif natrium rendah makanan dan minuman yang biasanya anda beli.
* Kurangkan makan makanan yang diproses. Hanya sebilangan kecil natrium berlaku secara semulajadi dalam makanan. Kebanyakan natrium ditambah semasa pemprosesan.
* Jangan tambahkan garam. Hanya 1 sudu teh garam mempunyai 2,300 mg natrium. Gunakan herba atau rempah untuk menambah rasa kepada makanan anda.
5. Kurangkan alkohol
Alkohol pada jumlah yang kecil, ia berpotensi menurunkan tekanan darah anda dengan 2 hingga 4 mm Hg. Tetapi kesan perlindungan itu hilang jika anda minum terlalu banyak alkohol. Minum lebih daripada jumlah alkohol yang sederhana boleh meningkatkan tekanan darah. Ia juga boleh mengurangkan keberkesanan ubat tekanan darah.
6. Berhenti merokok
Setiap rokok yang anda hisap boleh meningkatkan tekanan darah anda selama beberapa minit selepas anda selesai. Berhenti merokok membantu tekanan darah anda kembali normal. Orang yang berhenti merokok, tanpa mengira umur, mempunyai peningkatan yang besar dalam jangka hayat.
7. Kurangkan kafein
Peranan kafein dalam tekanan darah masih lagi dibincang dan dibahaskan. Kafein boleh menaikkan tekanan darah sebanyak 10 mm Hg pada orang yang jarang menggunakannya, tetapi ia tidak ada kesan yang signifikan terhadap tekanan darah kepada peminum kopi biasa. Untuk mengetahui sama ada kafein boleh meningkatkan tekanan darah anda, semak tekanan anda dalam masa 30 minit selepas minum minuman berkafein. Sekiranya tekanan darah anda bertambah sebanyak 5 hingga 10 mm Hg, anda mungkin sensitif terhadap tekanan darah yang menaikkan kesan kafein. Boleh rujuk dan berbincang dengan doktor.
8. Kurangkan stres dan tekanan hidup
Stres dan tekanan hidup yang kronik adalah penyumbang penting kepada tekanan darah tinggi. Stres sekali-sekala juga boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi jika anda bertindak balas terhadap tekanan dengan makan makanan yang tidak sihat, minum alkohol atau merokok.
Ambillah sedikit masa untuk berfikir semula apa yang menyebabkan anda berasa tertekan, seperti kerja, keluarga, kewangan atau penyakit. Sebaik sahaja anda tahu apa yang menyebabkan tekanan anda, carilah penyelesaian bagaimana anda boleh mengurangkan tekanan tersebut. Sekiranya anda tidak dapat menyelesaikan semua tekanan anda, anda sekurang-kurangnya dapat mengatasinya dengan cara yang lebih sihat.
9. Pantau tekanan darah anda.
Periksa dan pantau tekanan darah di rumah dan berjumpa doktor anda dengan kerap. Pemantauan di rumah boleh membantu anda mengekalkan bacaan normal tekanan darah anda, membantu anda untuk terus konsisten dengan gaya hidup sihat, dan memberi isyarat kepada anda jika ada tanda-tanda awal komplikasi kesihatan.
10. Dapatkan sokongan Keluarga dan rakan-rakan
Keluarga dan rakan sebenarnya penting dalam membantu meningkatkan kesihatan anda. Mereka boleh menggalakkan anda untuk menjaga diri, membantu untuk berjumpa doktor atau memulakan program senaman bagi memastikan tekanan darah anda rendah. Ini juga dapat memberi anda hubungan dengan orang yang boleh memberi anda sokongan emosi dan mereka yang boleh menawarkan tip praktikal untuk membantu anda.
PERHATIAN :Langkah ini berguna jika tekanan darah anda masih boleh dikawal tanpa perlu ubat. Nota ini tidak bermaksud menggantikan preskripsi ubat daripada doktor. Anda perlu terus menggunakan ubat yang diberi oleh doktor sekiranya diarah sedemikian.
#Share kepada orang yang anda sayang. Moga kita diberi kesihatan berpanjangan
Buah labu yang sering dijadikan bahan dalam kuah lemak dan juga kuih muih ini mempunyai khasiat yang cukup baik terutama bagi ibu hamil.
Jika anda kini sedang hamil, jadikan buah labu antara buah kesukaan anda sepanjang hamil. Ia mengandungi asid folik yang baik dimakan semasa hamil bagi mencegah kecacatan bayi sejak lahir.
Maka, tidak hairan juga labu kuning sering digunakan sebagai makanan pelengkap bagi ibu yang menyusukan anak. Mari lihat khasiat labu kuning yang lain supaya boleh dimanfaatkan.
1. Banyak kandungan nutrisi
Memetik dari Food Data Central U.S. Department of Agriculture (USDA), dalam 100 gram kandungan nutrisi labu kuning terdiri daripada:
Selain khasiat di atas, terdapat beberapa vitamin dan mineral lain yang terkandung dalam labu. Berkat kandungan labu kuning, sayur ini dapat memenuhi keperluan nutrisi harian.
2. Mencegah kecacatan tiub neural
Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terbelah), adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural.
Labu kuning mengandungi asid folik yang baik untuk dimakan semasa hamil. Folat adalah nutrien yang terlibat dalam pembahagian sel dan sintesis DNA. Ini boleh membantu mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi yang baru lahir. Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengambil labu untuk wanita hamil.
3. Menurunkan risiko kanser
Apabila anda makan labu kuning, beta-karoten atau fitokimia dalam buah tersebut akan diubah menjadi vitamin A. Kandungan ini boleh membantu mencegah perkembangan beberapa jenis kanser. Dipetik daripada Maturitas, makanan yang kaya dengan fitokimia telah dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser, termasuk kanser payudara dan prostat.
4. Menyihatkan mata
Tubuh memerlukan vitamin A untuk menyokong kesihatan mata. Mengambil labu kuning yang kaya dengan vitamin A, adalah pilihan terbaik bagi seseorang yang berisiko mengalami degenerasi makula yang berkaitan dengan usia.
Malah, labu kuning juga kaya dengan vitamin C. Apabila seseorang mendapat vitamin C daripada makanan, ini boleh mengurangkan risiko terkena katarak.
5. Mencegah GERD
Khasiat labu kuning untuk perut juga boleh membantu mencegah refluks asid atau GERD kerana mengandungi serat. Serat yang tidak larut dalam labu boleh mempercepatkan kadar makanan dari perut ke usus dan sekali gus, mengurangkan kejadian GERD.
6. Indeks glisemik rendah
Khasiat labu sangat bagus untuk penghidap diabetes. Hal ini kerana, labu kuning mempunyai kalori dan indeks glikemik yang rendah, jadi membantu mengekalkan paras gula dalam darah daripada melonjak.
7. Meningkatkan kesihatan kulit
Kandungan antioksidan seperti beta-karoten dan lutein dalam labu kuning juga terbukti bermanfaat untuk kesihatan kulit. Ini kerana antioksidan berperanan dalam mencegah pengoksidaan dan keradangan sel kulit.
Ia sudah tentu boleh melindungi kulit daripada kerosakan, tanda-tanda penuaan dan pertumbuhan kanser kulit.
8. Menurunkan berat badan
Biarpun kalori labu cenderung rendah, makanan ini kaya dengan nutrien. Oleh itu, ramai orang manfaatkan labu kuning untuk menurunkan berat badan. Kandungan serat dalam buah-buahan ini boleh membuatkan berasa kenyang lebih lama, seterusnya menghalang peningkatan selera makan.
9. Sumber vitamin C
Pengambilan vitamin C yang mencukupi terbukti dapat meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Ia boleh membantu sel-sel imun berfungsi dengan lebih berkesan. Di mana, labu kuning mengandungi banyak vitamin C, yang membantu mengekalkan imuniti dan kesihatan badan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.