Berbakti  kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya. Apa lagi jika dapat hasil tanaman sendiri seperti cili, tomato, sawi, terung, bendi dan sebagainya  di halaman rumah mahupun pada mini kebun pasti memberikan kepuasan yang tidak ternilai.

Selain menjimatkan belanja dapur, hasil tanaman ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Namun ada kalanya tuaian tanaman tersebut kurang memberikan hasil yang memberangsangkan.

Jom ikut petua yang diberikan oleh Sepang Farmville untuk menghasilkan baja organik yang baik sebagai penggalak pokok.


Buat Baja Suburkan Tanah Dengan Bahan Ni. Boleh Bantu Rawat Air Dalam Kolam & Aquarium Juga!
Gambar sekadar hiasan.

Kita suka kan kalau pokok kita subur dan cantik gebu gebas kan? Hari ni mari kita belajar buat baja organik PSB(photo synthetic bacteria).

Baja ni sgt baik utk pokok. Bahan2 pun mudah ja. Antara faedah PSB ialah untuk kesuburan tanah dan pokok, penggalak bunga dan boleh juga digunakan untuk merawat air dalam kolam/aquarium. 

Resipi:

IKLAN

3 biji telur(hancurkan skali dgn kulit telur) 

2 sudu ajinomoto

1 sudu belacan

3 sudu sos ikan

IKLAN

5 liter air tanpa klorin

(boleh tadah air paip dan simpan semalaman sblm guna/air mineral/air telaga/air sungai/air terjun dari 7 gunung) 

Buat Baja Suburkan Tanah Dengan Bahan Ni. Boleh Bantu Rawat Air Dalam Kolam & Aquarium Juga!

IKLAN

Cara membuat:

  • Untuk sukatan tu boleh letak lebih, takde masalah. Kita nk buat baja organik, bukan nak buat adunan kek. 
  • Masukkan semua bahan tersebut ke dalam botol air 5 liter dan goncang. Jemur tengah panas. Jemur selama sebulan atau sehingga telah bertukar warna menjadi “crimson red”.

Buat Baja Suburkan Tanah Dengan Bahan Ni. Boleh Bantu Rawat Air Dalam Kolam & Aquarium Juga!

  • Buka sedikit penutup supaya ada pengudaraan ketika proses penghasilan bakteria. 
  • Nk cepat sikit, tambah pati PSB(jika ada). Proses akan jadi lebih cepat, dlm 2 minggu dh boleh guna. 

Buat Baja Suburkan Tanah Dengan Bahan Ni. Boleh Bantu Rawat Air Dalam Kolam & Aquarium Juga!

  • Nnti dh jadi, guna 5ml pati PSB dengan 1 liter air tanpa klorin. Kemudian spray pada medium dan bawah daun. Selamat mencoba dan moga berjaya.

Buat Baja Suburkan Tanah Dengan Bahan Ni. Boleh Bantu Rawat Air Dalam Kolam & Aquarium Juga!

#psb #bajaorganik #photosynthesisbacteria #bacteriabaik

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI