Pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti lemak, minyak dan sebagainya antara yang patut dielakkan jika tidak mahu terdedah dengan pelbagai penyakit.

Tetapi dalam menu makanan seharian kita, kebanyakannya mengandungi lemak memandangkan kita suka makanan yang bertumis dan bersantan.

Bagi ibu-ibu di rumah, mungkin boleh mengelak dari menghidangkan makanan yang banyak mengandungi kolestrol.

Saranan dari Noor Azlina  mungkin boleh membantu ibu-ibu di rumah. Beliau  berkongsi cara untuk mengurangkan kolesterol dengan hanya menggunakan dua bahan terpilih sahaja. Jom kita cuba!


Disini Kak Noor nak kongsi ilmu yang Kak Noor sendiri belajar dari seorang doktor, iaitu tip untuk menurunkan kolestrol dengan cepat dan berkesan tanpa mengambil ubat.

Bahan-bahan:
Buah nenas
Sayur sawi

1. Kisar halus dua bahan ini sampai jadi jus.

2. Minum sekali sehari.

3. Amalkan minum jus ini setiap hari.

Insyaallah dengan izinNya, kolesterol akan dapat diturunkan dengan cepat. Insyallah.


Turunkan Kolesterol Tinggi?

#Sayuran Hijau
Selain sawi dan nenas yang dikongsikan wanita ini, sayuran berdaun hijau antara yang disarankan untuk menurunkan kadar kolesterol yang tinggi dalam tubuh. Sayuran berdaun hijau memiliki kandungan antioksidan yang tinggi. Bayam, kacang buncis, kacang panjang dan banyak lagi jenis sayuran hijau antara yang disarankan.

#Kekacang
Walnut, badam dan segala jenis kekacang dapat mengawal kolesterol daripada terus berkumpul di dalam badan. Serat yang tinggi membantu menyingkirkan kolesterol ini.

#Oat
Begitu juga dengan oat. Oat merupakan makanan yang dapat menyerap dan sekaligus menyingkirkan lemak dan kolesterol yang terkumpul di dalam badan. Amalkan oat ini setiap hari.

Tinggalkan Komen