Melihat hasil kreativiti yang diilhamkan oleh Puan Izz dalam menghasilkan langsir dengan modal yang ekonomi, tentunya cukup mengujakan.
Apatah lagi, menurutnya dia tidak mempunyai kepakaran menjahit, namun mampu hasilkan langsir yang cukup sweet sepertinya ini.
Ini perkongsiannya.
Saya ada tengok dalam group eco diorang buat, tapi dorang buat biasa-biasa je saya tengok.. Saya suka olahkan bagi lagi menarik.. kiranya design semua tu dari saya lah..
Ads
Reben pun macam dorang buat selapis je.. Saya buat 4 keping.. Campur dengan kening 1/2…
Semua saya beli dekat kedai eco.. 1 barang RM 2.10.. Untuk 1 pintu 4 1/2 keping jadi kos dalam 1 pintu hanya RM10.50.. Saya beli 5 keping alas meja.
Ads
Saya jahit tangan sahaja.. Tak pandai guna mesin.. Beli mesin jahit mini pun masih tak pandai guna.
Sekejap je jahit.. Jahit bodo-bodo orang kata. Sehari pun dah boleh siap.. ..
Ads
Saya buat langsir ini tahun lepas. Bulan ogos.. Sekarang masih ok.. dan raya memang tak tukar lain.. Guna yang tu je.. Hehe.. Cuma kena basuh je..
Komen suami pula, dia suka sangat. Benda boleh jimat kan.. Sebab tu sekarang ni kalau saya ajak pergi kedai eco.. Dia ikut kan je.. Dia tak tanya nak beli apa.. Dia nak tengok je apa laa isteri dia nak buat pulak.
Pelakon dan pengacara, Nadya Syahera sekali lagi dimasukkan ke hospital berikutan berlakunya pendarahan pada kandungannya.
Lebih mencemaskan apabila doktor memaklumkan kepadanya supaya bersedia menjalani prosedur bersalin pada bila-bila masa sahaja.
Namun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini akhirnya menarik nafas lega setelah kandungannya kembali stabil dan tidak perlu dikeluarkan terlalu awal.
“Empat hari berdebar risau semua cukup. But Alhamdulillah Allah sebaik-baik perancang.
“Emergency ke hospital disebabkan bleeding teruk hari Ahad, doctor cakap kemungkinan boleh bersalin awal sebab bleeding dan ada contraction. Kena ready anytime je.
“Tapi tetap berdoa untukbaby terus kuat stay sampai dia betul-betul matang baru lah lahir.Alhamdulillah Allah makbul doaku. Syukur,” tulis Nadya menerusi kapsyennya.
Dia dibenarkan pulang ke rumah, namun dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja berat sepanjang tempoh hamil.
“Now baby 35 weeks, keadaan dia okay and takde simptom yang membahayakan. Kemungkinan False Labour lah haritu. Nervousss!
“Harini discaj dah and still kena monitor pergerakan baby dekat rumah. InsyaAllah doakan baby and I baik-baik saja tau. Baby kasi chance mama duduk relax dulu dekat rumah. Okay promise.
“No more kerja berat angkat sofa lagi ye. Harap baby nombor tiga terus sihat sampai betul-betul kuat untuk dilahirkan. Ameen. Thank you semua yang mendoakan kami,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Nadya mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hafizul Nawi pada 25 September 2015. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aleena Rose, 4, dan Mohamad Dayyan, 3 tahun.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meminta Nadya menjaga kesihatan serta menitipkan doa semoga dipermudahkan segalanya sehingga selamat melahirkan kelak.
Tudung banyak sangat sehingga tiada tempat nak letak. Bagi anda yang tak suka lipat sebaliknya lebih suka sangkut tudung mungkin ini jadi masalah kan.
Nah, cara ini mungkin dapat bantu. Jom deko ruang untuk rak tudung wanita dengan hanya guna barang daripada Mr. DIY. Kos yang diperlukan hanyalah RM30 je.
Bahan-bahan
Hook
curtain rod
Cara membuat:
1. Lekatkan hook pada belakang pintu
2. Letakkan curtain rod
3. Sangkut tudung anda
Simple tetapi sangat kemas dan teratur daripada kita membeli penyangkut khas tudung atau hanya melipat masuk ke dalam raga sahaja. Wanita ni kongsikan caranya menerusi satu video di tiktok.
Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa, Ini Tip Penting Pakar Psikiatri Kongsi
Memiliki anak istimewa pastinya bukanlah suatu ‘perjalanan’ yang mudah. Anggota keluarga perlu menjadi pendidik terbaik untuk anak-anak istimewa ini. Apabila anggota keluarga sendiri mempunyai kefahaman yang baik tentang keadaan anak istimewa, akan lebih mudahlah masyarakat memahami mereka.
Anak-anak istimewa merupakan anugerah yang diamanahkan ALLAH kepada kedua ibu bapanya untuk dijaga dan disantuni. Memang berat ujian buat ibu bapa yang diuji dengan kehadiran anak istimewa. Sebab itulah sokongan daripada masyarakat dan orang sekeliling amat diperlukan bagi melancarkan urusan ibu bapa yang terpilih ini.
Melalui hantaran pakar psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria dilaman media Facebooknya, beliau berkongsi tip khas buat ibu bapa yang memiliki anak istimewa.
Tip ini khusus buat ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas, tidak kira apa juga keadaan sama ada Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), disleksia, autisme, kecacatan intelek, cerebral palsy atau apa juga keadaan yang memerlukan penjagaan khusus.
1. Belajar
Pastikan anda faham diagnosis anak anda. Dapatkan penilaian dan maklumat daripada doktor yang merawat. Dapatkan maklumat sepenuhnya, secara berperingkat, sama ada secara langsung dari doktor atau bacaan yang tepat. Ini termasuk dalam hal rawatan dan pemeriksaan susulan.
2. Daftarkan
Bagi anak yang sudah/akan bersekolah, pastikan anak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (borang khas JKM yang ditandatangani doktor) sebaiknya pada usia pra-sekolah. Ini penting untuk bagi memastikan anak mendapat keistimewaan yang dikhususkan untuk mereka seperti elaun khas/kemasukan ke pendidikan khas.
3. Sekolahkan
Bincang dengan doktor dan cikgu tentang penempatan sekolah (akan ditentukan oleh JKN setelah borang diserahkan) sama ada kekal di aliran perdana, aliran khas integrasi atau pusat dalam komuniti. Dalam keadaan macam mana pun anak anda, jangan abaikan pendidikan anak.
4. Betulkan perspektif
Letakkan situasi pada perspektif yang tepat. Fahami bahawa tingkahlaku dan keadaan anak anda adalah disebabkan kondisi perubatannya dan bukan sekadar ‘perangai’. Jangan rasa malu atau marah dengan perbuatannya. Suatu hari, bila mereka dewasa, apa yang anda lalui ini mungkin akan menjadi kenangan yang manis untuk anda.
5. Berkompromi
Jangan terlalu tertekan dengan perkara yang kecil. Ada kalanya, jalan terbaik ialah berkompromi daripada menimbulkan persengkataan besar. Ada ketikanya anda terpaksa mengalah bila mereka tidak mahu makan/pakai baju warna oren/duduk di kerusi.
6. Jangan abaikan sisi positif
Kekalkan sisi positif anak anda. Tidak kira betapa sukarnya menjaga anak anda, pasti ada sisi indah dalam kehidupannya. Tuliskan semua perkara positif tentang anak anda dan lihat semula tiap kali anda berasa terlalu tertekan. Contohnya, setiap kali anak membuat salah, mesti dia datang peluk ibunya selepas itu.
7. Jaga diri
Jaga kesihatan anda. Anda adalah orang yang paling penting dalam hidup anak anda. Maka anda perlu kekal sihat dan kuat untuknya. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup, jumpa doktor bila sakit dan dapatkan bantuan bila perlu. Jangan jadi hero.
8. Jaga rutin
Tetapkan rutin yang konsisten seperti waktu makan, bermain, tidur, dan keluar rumah. Anak istimewa mudah terkesan dengan perubahan rutin. Permudahkan urusan mereka dan jangan libatkan mereka dengan terlalu banyak aktiviti dalam sehari.
9. Bersifat realistik
Tetapkan jangkaan yang realistik sesuai dengan kemampuan anak anda. Jika anak anda ada masalah autisme, dileksia dan masalah pembelajaran, jangan paksa mereka jadi jurutera/doktor/arkitek bila besar nanti. Biar mereka terokai minat dan kemampuan mereka.
10. Cipta makna kejayaan sendiri
Cipta makna kejayaan untuk anak anda. Sebagai contoh, seorang ibu perlu realistik dan berpada dengan meletakkan tanda aras berjaya bila anaknya boleh solat, mengaji dan berdikari sendiri. Tidak menjadi pelajar harapan sekolah pun tidak mengapa. Raikan kemampuan mereka dan jangan terlalu fokus kepada apa yang mereka tidak mampu lakukan.
Selalu bersangka baik dengan ALLAH. Setiap yang diatur oleh ALLAH adalah yang terbaik untuk masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Jangan berputus asa untuk terus berdoa, agar ALLAH pelihara anak-anak ini ketika kita masih ada dan bila kita sudah tiada lagi di dunia ini, anak istimewa ini sebenarnya tiket untuk ibu ayah ke syurga.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.