Melihat seisi keluarga suka makan mashed potato bila menjamu selera di restoran segera, terdetik juga dihati untuk menyediakan sendiri hidangan tersebut untuk keluarga tercinta. Nak tahu apa petua dan resipi untuk pastikan rasanya sedap dan enak, jom ikuti perkongsian daripada Kuali Mama ini.
TIPS & PETUA NAK BUAT MASH POTATO DENGAN SEDAP !
Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang):
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara-caranya
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air
Ads
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.
Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy)
– 1 labu bawang besar (ditumbuk)
– 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
– 4 sudu butter
– 2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
– 2 kiub ayam knorr
– lada hitam dan sulah
– 2 1/2 cawan air
Ads
Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel )
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air ( sikit2 smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati.
Ads
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.
Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar. KENA CUBA TAU..!! Pasni anak-anak suka !! memang sedap dan puas hati..
SUMBER : Kuali Mama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rambut adalah mahkota wanita yang sangat berharga. Setiap wanita ingin memiliki rambut yang sihat dan cantik termasuklah wanita yang bertudung.
Petua Hebat Untuk Ibu Yang Ada Masalah Rambut Gugur. Guna Bahan Dari Rumah Aje
Rambut dijaga rapi tentu sudah tentu membuatkan rambut yang tidak kering, sihat, lebat dan bersinar.
Namun tiada jalan pintas untuk mendapatkan rambut seperti yang diidamkan jika kita tidak tahu menjaga dan merapikan rambut dengan baik.
Selain menggunakan pelbagai jenis produk kecantikan yang berada dipasaran, boleh mencuba menggunakan beberapa petua penjagaan rambut cara ilami. Penjagan rambut termasulah petua yang sering diamalkan untuk merawat masalah keguguran seperti limau nipis, daun bunga raya, kulit tembikai dan lidah buaya.
Petua rawat keguguran rambut
. Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.
. Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
.
Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.
. Petua 4: Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat
.
Insyaallah.. Semoga dengan tips yang dikongsikan ini dapat menjadi ilmu yang bermanfaat untuk semua.
Kalau masuk kedai bakery, dalam tu je dah macam syurga makanan. Macam-macam ada, kek lah, roti lah, puff lah, rasa macam nak borong semua! Itu baru tengok pada rupa, belum lagi dengan bau yang sedap dan rasanya yang lazat. Kan?
Orang yang betul-betul gemar pastry, mesti akan pilih untuk beli puff kan? Tambah pula bila time beli, kulit puff masih lagi rapuh dengan inti yang sedap. Perggghhhh memang ‘layan’ lah makan!
Tapi, nak beli tu buat lepas kempunan je la, ye la satu puff tu pun dah berapa harganya, belum lagi kalau satu keluarga suka makan. Ayokk lari bajet mak nak oi! Haa jangan risau, buat sendiri je lepas ni, ikut resipi dari Fatimah Talip ni. Mudah je rupanya! boleh la buat makan petang ke, sarapan atau bawa bekal ke tempat kerja dan sekolah nanti. Jom cuba!
Sosej cheese puff air fryer
Menu minum pagi petang siang malam.
Mudah (budak pun leh buat), cepat & sodap. Bahan bahan.
1. Puff pastry square ( brand kawan )
2. Sosej
3. Cheese
4. Telur
Cara-caranya :-
1) Ni lah bentuk pastry puff tu. kerat 2 ya 😜 ( cheese pun kerat 2 juga)
2) Layerkan pastry puff dengan cheese & gulung bersama sosej. Hujung lipatan tekan sikit untuk kasi melekat. ( tengok pict, lawaaaa kann 🤗) Buat la lelawa sikit. Nak makan sendiri ni.
3) Pastu dah siap gulung tu, amik pisau kelar kelarkan. Camtuuuu.. kasi seni hidangan kau tu
4) Pastu celup telur tau. Nak bakar ni, sis guna baking paper untuk alas. Nak elak melekat. Tu dah celup telur tau. (lupa nak amik pict)
Susunan tu kene penjarakan sosial ya. Kang dalam tu hebohhh beborak. Kembang nya tidak! Kene jarakkan Sebab, ia akan kembanggggg ( gebuuuuz)
5) Bakar ni set 200’ & 20 minit (30 minit pon boleh, Kalau nak lagi garing). Nampak kejadian nya? Cantikkkkannn 😜 Bau iaaaaa, wangi 1 rumah. Dah macam kerja kat bakery shop woihhhh.
6) Lembutttt woihhh. Dappp. Menu puaka kami sepanjang ramadan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengurusan harta pusaka adalah suatu yang amat penting di dalam keluarga. Ia perlu dilakukan dan ditadbir dengan baik agar semua adik beradik tidak bergaduh disebabkan harta peninggalan orang tua.
Umpamanya dalam bab tanah pusaka di mana gerannya adalah dikongsi oleh banyak penama. Bagaimana sewajarnya harus dilakukan?
Nak tahu lanjut, ikuti penerangan detail dari peguam ini. Jom semak.
BAGAIMANA HENDAK SELESAIKAN MASALAH TANAH PUSAKA YANG BANYAK NAMA DAN BAHAGIAN MAKIN MENGECIL?
1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.
2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milk kepada waris- waris mereka.
3. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan dan membangunkan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.
5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan.
6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya.
7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Gambar hiasan
Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:
I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney – PA).
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebakan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.
II. Semua penama jual bahagian masing-masing.
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut.
Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.
III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak.
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.
IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan
Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.
8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.
9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.
10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk untang jangka masa pendek sahaja.
11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak masing-masing terhadap bahagian masing-masing yang sekangkang kera tersebut.