Kemeriahan menyambut Hari Raya di kampung halaman masih lagi terasa, kini kemeriahan meraikan lebaran terus disemarakkan lagi dengan mengadakan majlis rumah terbuka. Ini sebagaimana kebiasaan bagi kita yang tinggal di bandar, akan merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka sepanjang bulan Syawal ini.

Pilihan menu seperti  laksa, bihun sup, lontong, ketupat dan lemang seakan menjadi antara menu biasa akan dijamu di majlis rumah terbuka. Pun begitu memberi sedikit kelainan menu untuk hidangan pemanis mulut, apa kata anda sediakan menu Puding Tiramisu yang sangat mudah disediakan ini. Malah bahan yang digunakan juga cukup ringkas, hanya 5 bahan.

Jom semak resipi yang dikongsikan ini untuk dicuba.

Puding Tiramisu 5 Bahan Viral 

Banyak sebenarnya resepi puding tiramisu ni.. Kalau ikut saya cara senang je.. Mudah & cepat.. Rasa & step dia ala2 buat cheesekut tapi yang ni takdak cheese ye..

Buat Open House Bukan Je Kena Ada Menu Nasi, Soto Atau Laksa. Tapi Bila Ada Puding Tiramisu Kegemaran Ramai Ni, Lagi Sempurna!

IKLAN

Bahan-bahan:

1 cawan susu pekat (kalau nak kurang manis 1/2 cawan pun ok sebab milo dah manis)
2 cawan susu cair dutch lady @ susu sejat
3 sudu besar tepung castard
cream cracker/biskut marie @ apa-apa biskut
milo (secukupnya)

Cara penyediaan: 

IKLAN

1. Masukkan susu pekat, susu cair dan tepung castard dalam periuk. Kacau sebati guna whisk sampai hilang ketulan tepung.
2. Dan sebati baru letakkan atas dapur api perlahan. Masak hingga pekat. Tapi jangan terlalu pekat sampai berketul-ketul. Agak-agak sahaja.
3. Kemudian susun cepat-cepat di dalam tupperware tahan panas @ bekas apa-apa @ loyang (ikut suka). Kena buat cepat-cepat takut sejuk nanti dia beku.

*** masa dalam periuk tu dia tak panas sangat & takdak masalah apa pun letak dalam tupperware sebab ramai yang buat bisnes pun pakai tupperware nipis ja..

First layer ~ biskut
2nd layer ~ bancuhan castard
3rd layer ~ milo

IKLAN

TIPS = kalau suka biskut tu lembut boleh rendam dengan susu cair @ air masak sampai lembut & toskan.. Nak blend biskut bagi hancur pun boleh ikut tekak masing-masing..

Posted by Cikk Awaa on Friday, November 23, 2018

Ulang sampai habis.. Tunggu 30 minit bagi sejuk baru masuk peti ais.. (3 jam ke atas) Makan sejuk-sejuk sedap.

sumber : Cikk Awaa via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI