Popia Sira Sambal Manis, sesuai sangat untuk dijadikan menu minum petang ataupun sarapan untuk keluarga kita. Bagi memastikan hidangan popia sira terhidang kekal rangup, ada rahsia dan resipinya yang tersendiri. Nak tahu, ikut sahaja perkongsian resipi daripada Hazirah Zaihan ini untuk dijadikan sebagai panduan.
Ternyata, menu yang dikongsikan olehnya nampak begitu rangup dan menyelerakan!
POPIA SIRA SAMBAL MANIS
Bahan untuk inti
Sengkuang (sagat)
Lobak merah (sagat)
Taugeh(kalau suka)
2 sudu udang geragau
5 ulas bawang putih (kisar halus)
Ads
Bahan untuk sambal
5 ulas bawang putih (kisar halus)
5 sudu cili kisar
1 sudu biji bijan
Sos cili
5-7 sudu gula (ni sy agak2)
Ads
Bahan lain
Kulit popia
Bawang goreng
Cara masak
1.Panaskan minyak tumis udang geragau sebentar lepastu tumis sekali dengan bawang putih. Dah wangi boleh letak sengkuang dan lobak merah. Perasakan garam gula. Goreng sekejap bagi sekata tutup api. Tos kan bagi kluar minyak dan air.
Ads
2.Untuk sambal tumiskan bawang putih sampai wangi masukkan cili kisar. Tumis sampai naik minyak masukkan sos cili dan serbuk perasa (jangan masukkan air). Kacau rata masukkan gula. Tumis sampai berbuih letak bijan kacau-kacau. Tutup api biarkan sejuk.
3.Bila inti dah sejuk boleh la balut dengan kulit popia. Goreng dengan minyak banyak, api sederhana. Jangan terlalu kuat. Siap goreng. Sejukkan sebentar.
Akhir sekali gaul popia dengan sambal sira tadi. Tabur bawang goreng, siap untuk dihidangkan.
Berkebun memang seronok kan, tambah lagi jika tanaman kita hidup subur. Tak sabar rasanya nak menuai hasil titrik peluh sendiri. Bagi yang memiliki kawasan yang terhad, biasanya pasu menjadi pilihan utama.
Begitu pun, kena ambil tahu juga apakah jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di dalam pasu. Selain itu, penggunaan tanah juga penting.
Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya kita boleh buat sendiri campuran tanah ini?
Saya akan terangkan tiga formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam menanam tanaman mereka dalam pasu.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu bahan-bahan asas yang perlu ada dalam campuran tanah ini.
Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti.
Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam kaya dengan bahan organik.
Jika tiada, gunakan tanah merah.
Jika tiada juga, boleh guna tanah campuran yang dijual di nurseri.
Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.
Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda), kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.
Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Seterusnya dapat menyerap oksigen dengan baik.
Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu?
Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.
Alternatif lain, kita boleh ganti pasir dengan perlit, vermikulit ataupun zeolit. Ketiga-tiga bahan ini sesuai untuk menjaga struktur tanah campuran.
Setelah kita tahu tiga asas dalam campuran tanah, barulah kita masuk ke dalam formulasi campuran tanah ini.
Selain daripada tiga bahan asas yang saya nyatakan di atas, kita boleh menambah sabut kelapa halus, sekam padi, dan sekam bakar sebagai bahan tambahan. Bahan tambahan ini membantu perkembangan bibit dalam pasu.
Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.
Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.
Setelah kita campurkan semua bahan-bahan di atas, kita perlu gaulkan sehingga semua bahan menjadi sebati.
Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.
Bagi ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah yang mahu memudahkan kerja dapur, pasti banyak bahan mentah yang telah dipersiapkan lebih awal.
Mengisar cili, bawang merah dan bawang putih juga kisaran bahan-bahan lain pastinya amat membantu kerja-kerja memasak anda.
Semua bahan ini mungkin sudah disiapkan awal hujung minggu. Namun yang membuatkan kita malas untuk meletakkan kesemua bahan ini dalam bekas plastik adalah disebabkan bau yang ditinggalkannya.
Bau bekas plastik ini seakan berbau hapak dan kurang enak walaupun telah dicuci berkali-kali. Lebih-lebih lagi apabila makanan jenis berminyak dan bertambah sukar untuk dicuci. Bagaimana mengatasinya masalah bau ini?
Roti
Kepingan roti putih ini sangat banyak kegunaannya pada kita. Selain meletakkan di dalam kereta yang baru di beli, roti putih ini juga boleh anda letakkan di dalam bekas plastik yang sudahpun dicuci. Carik-carikkan roti di dalamnya dan tutup kemas. Biarkan semalaman dan lihat hasilnya.
Garam
Garam yang bersifat alkali mampu meneutralkan rasa dan bau yang terperangkap di dalam bekas plastik. Ambil satu sudu makan garam dan masukkan ke dalam bekas plastik berkenaan. Tutup dan goncang supaya seluruh kawasannya terkena garam. Biarkan seketika. Ia bukan hanya menghilangkan kesan makanan yang terperangkap bahkan juga menghilangkan baunya.
Lemon
Rendaman lemon dengan air panas juga dikatakan baik untuk menghilangkan masalah bau ini. Biarkan seketika asid masam lemon meresapkan baunya dan lihatlah hasilnya.
Kopi
Selain garam dan roti, kopi juga merupakan salah satu cara bijak menghilangkan bau. Kopi membantu menyerapkan bau yang tertinggal. Masukkan satu sudu kecil serbuk kopi ke dalam bekas yang berbau dan tutup. Biarkan beberapa hari, kemudian barulah dicuci seperti biasa.
Kertas Surat Khabar
Pilihan terakhir adalah menggunakan kertas surat khabar. Ramas beberapa helaian surat khabar kemudian celupkan dengan sedikit air. Letakkannya ke dalam bekas tersebut dan tutuplah kemas. Biarkan selama beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung di dalam kertas surat khabar mampu menyerap bau dari bekas plastik ini. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.