Bagi anda yang gemarkan aktiviti berkebun dan bercucuk tanam, menantikan pokok yang ditanam sekian lama mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah lebat pastinya dinantikan sekian lama.
Perkongsian tip oleh pekebun Thailand yang dikongsikan oleh Hafizah BT Ibrahim Fizah ini pasti buat anda tersenyum lebar. Booster penguat hormon yang dikongsikan olehnya langsung tidak terjangka dek akal kita.
Hormon Bagi Pokok Berbuah (Hingga patah dahan)
Kalau nak pastikan pokok berbuah lebat sampai patah dahan, jom ikuti cara yang dikongsikan olehnya.
Menariknya hanya gunakan dua bahan ini iaitu telurdan yakult. Hebat!
Sejak 4 hari lalu wajah figura ini sinonim dengan bendera putih dengan #benderaputih memenuhi ruang media sosial.
Manakala di Twitter sahaja, lebih 40,000 kemaskini ditemui dengan’hashtag’ #benderaputih.
Lebih manis kejayaan mesej ini capat matlamat apabila beberapa buah keluarga telah menerima bantuan.
Menerusi carian, mendapati kempen ini dimulakan oleh pengguna facebook bernama ‘Jah’ atau Nik Faizah Nik Othman, Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan yang juga seorang aktivis masyarakat dalam misi bantuan kemanusiaan.
Bukan calang-calang rupanya individu ini yang mencetuskan idea ini yang membuatkan seluruh masyarakat mula menghulurkan bantuan.
Idea yang dilontarkan secara bersahaja ini telah mendapat lebih 20K share sehingga ia menjadi tular dan kempen ini menjadi!
Menerusi perbualan daripada Astro Awani, Nik Faizah Nik Othman mendedahkan bahawa idea itu adalah secara spontan setelah melihat masalah kewangan menjadi punya ramai yang menderita termasuk bertindak diluar batasan dengan membunuh diri dan masalah keluarga yang meruncing.
Katanya hatinya lulur melihat situasi ini sehingga merasakan kempen bendera putih dapat membantu mereka yang mengalami kesukaran hidup.
“Saya tulis dari ikhlas dari hati saya. Bila lihat banyak kesusahan sekitar kita. Asalnya saya nak sampaikan mesej untuk masyarakat sekitar. Tapi tak sangka jadi viral, ayat yang simple.
“Sebagai wanita dan aktivis masyarakat, hati tersentuh banyak kes bunuh diri, suami kurung anak. Ia seolah wake up call, kena buat drastik untuk bantu segera.
Katanya lagi, pilihan warna bendera putih adalah atas faktor mudah didapati di rumah seperti boleh menggunakan lampin anak dan baju sekolah sebagai bendera. Ia sebagai tanda ‘signal’ untuk bantuan.
Beliau melahirkan rasa syukur kempen ini menyaksikan ramai yang datang menghulukan bantuan.
“Saya bersyukur dengan posting yang ringkas dapat membantu. Ini usaha kecil saya tapi kita patut memberi pujian kepada yang lain sudi membantu.”
Harap semua pihak bersatu tanpa peduli siapa yang mulakan dulu.
Dalam pada itu menerusi perkongsian facebook miliknya, beliau berharap kempen ini berjaya tanpa mempedulikan siapa yang mulakan dulu. Baginya apa yang penting membantu lebih ramai mereka yang memerlukan bantuan.
Sikap rendah dirinya terserlah apabila tidak berbangga menjadi orang pertama memulakan kempen itu sebaliknya berharap mesej yang disampaikan itu capai matlamat.
Tak kisah lah siapa orang pertama yang memulakan kempen bendera putih itu. Apa warna yg anda suka itu bukan isunya. Siapa pun nak kempen amatlah di alu-alukan. Isunya sekarang adakah ia mencapai matlamat kita semua untuk membantu? Jika berhasil teruskan. Jika ada yang rasa tidak sesuai guna kain putih, pakailah nak pakai kain hijau ke, merah ke asal mencapai matlamat untuk tarik perhatian penderma. Kepada anda yang dalam kesusahan, ambil kesempatan ini untuk meminta bantuan, sementara kempen masih berjalan. Jangan sia-siakan usaha mereka yang uar-uarkan kempen ini. Kami semua nak bantu anda. Abaikan kata-kata negatif. Cuba kumpul kekuatan untuk membela nasib keluarga dengan hanya mengangkat bendera.
Gambar koleksi 2019, aktif membantu masyarakat setempat
Berikut adalah koleksi lama gambar beliau yang aktif membantu golongan yang memerlukan sekitar tahun 2019 sebelum negara mengalami serangan gelombang Covid-19
Telah bantu selamatkan keluarga dan nyawa! Siapa sangka, usaha murni beliau ini rupanya telah mendapat sokongan padu seluruh masyarakat.
Apa yang pasti, bersama kita hulurkan bantuan, ringankan beban buat keluarga yang memerlukan. Teruskan membantu kepada yang terkesan tanpa mengharap balasan!
Selepas empat dekad mengabdikan diri sebagai pembancuh kopi, tiba-tiba dia diberikan notis tiga bulan. Tidak kata yang mampu diluahkan ketika itu.
Bayangkan selama 40 tahun itu, gaji bulanannya paling tinggi pernah dapat adalah RM1,500 sahaja. Malah, disebabkan bertukar pemilik kedai makan, gajinya turut berubah kepada RM1000. Untuk pendapatan sebegitu, lelaki ini terpaksa bekerja sehingga 12 jam sehari.
Namun, ujian berat terpaksa dilalui. Ali Kopi, tukang bancuh kopi di kedai makan di Kangar sejak 40 tahun lalu akhirnya diberikan notis tiga bulan oleh majikan yang akan menamatkan perkhidmatannya kerana PKP.
Namun, kecekalan ayah kepada empat cahaya mata itu cukup dikagumi. Biarpun diuji sedemikian, namun dia sesekali tidak menyalahkan takdir. Usai ditamatkan perkhidmatan, dia memilih untuk membuka warung dinamakan ALI KOPI di Kampung Kechor, Kangar. Kisah Ali Kopi ini dikongsikan saudara Mohd Fazli Zainul Abidin menerusi laman facebooknya.
Syukur dengan kemahiran yang ada, Ali mengambil keputusan membuka kedai miliknya sendiri di perkarangan rumahnya dengan menjual air bancuh, semestinya kopi dan roti bakar telur gedik.
Pelangi indah yang diberikan sang Pencipta buat Ali terus memberikan tapak lebih kukuh apabila dia turut menyewakan beberapa lot gerai untuk bersama-sama memeriahkan kedainya dengan pelbagai menu.
Sebelah pagi ada nasi lemak, kemudiannya goreng-gorengan dan juga makanan berasaskan sup.
Menariknya juga, warung Ali Kopi ini turut menjadi tempat persinggahan buat peminat sukan basikal. Ini membuatkan Ali menyediakan tempat parking basikal bagi memudahkan pelanggan kumpulan ini.
Inilah dikatakan rezeki warga emas yang usianya menginjak senja itu, walaupun warungnya terletak kira-kira 1km ke dalam kampung, tetapi rezekinya tidak putus, ada sahaja pengunjung.
Menurut empunya diri lagi, ucapan terima kasih dan syukur tidak terhingga atas bantuan yang diberikan oleh Raja Muda Perlis yang banyak membantunya.
Semasa perbualan kami, satu perkara yang Ali amat terharu, “saya tak dapat buka kedai macam ini kalau Tuanku Raja Muda Perlis tak bantu, baginda lah yang bantu beli bumbung dan beberapa kelengkapan bagi saya mulakan perniagaan ini.
Malahan baginda sendiri pernah datang minum kopi di kedai saya”.
Bersungguh-sungguh Ali menunjukkan kepada saya gambar kunjungan Tuanku Raja Muda Perlis ke warungnya itu.
Ali Kopi beroperasi jam 7 pagi hingga 9 malam dan tutup pada hari Isnin sahaja.
Semoga rezeki Pak Ali terus melimpah ruah, jom support. Nak cari lokasi? Apa ada hal, call saja Ali Kopi – 01158502107
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.