Nak buat puding roti ni ada pelbagai cara dan petua. Cara nak buat pun mudah. Jika ada bercadang untuk membuat puding apa kata cuba resipi puan Yatie Eimra yang bukan sahaja hanya guna 4 bahan je tetapi sedap bila dijamah. Jom cuba!
MUDAHNYA BUAT PUDING ROTI NI
Sekarang ni tengok orang buat puding roti letak macam² bahan & makan dengan kos kastard la, sos vanila la.. Tapi tekak saya tetap suka puding roti versi kampung² aje macam mana yang mak ajarkan masa zaman sekolah² dulu.. Selain makan waktu minum petang, kekadang tu kitorang makan puding roti ni untuk breakfast gak. Sebab tu tak suka yang fancy² bagai..
Guna 4 je bahan wajib. Rendam roti dalam air, bila dah lembut lenyek² sikit lepas tu masukkan telur (dibuang pusatnya), gaul² sekata. Masukkan susu pekat. Kalau nak lebih sedap & rasa lemak berkrim, boleh gak tambahkan susu cair.. Nak letek esen vanila pun boleh, taknak pun takpe sebab dah buang pusat tadi. Kukus. Dah siap nak makan terus boleh, makan sejuk pun sedap.. Tapi yang ni saya tabur serbuk kayu manis sikit sebab memang suka.. Hehee.. Ada ke yang suka puding roti plain/versi kampung camni?
Update:
Ni saya bagi resipi/tip sekali kot ada yang nak cuba. Orang² tua dulu ajar bagi tip je..mane bagi sukatan yang tepat, tapi sebabkan saya risau hasilnya tak sama, jadi bila mak ajarkan tu..saya sukat sesiap airnya.. Ekeke.. So, insyaAllah setiap kali buat, hasilnya tak mengecewakan
Tip dari mak saya
Ads
⭐Roti = Boleh gunakan roti sandwich putih atau yang sandwich coklat/berperisa. Kalau guna roti yang manis, kurangkan susu pekat ye. Kalau guna roti wholemeal lak, kena lebihkan air sebab roti ni serap air lebih banyak.
⭐Telur = Sebiji telur saiz A untuk setiap 2 keping roti atau 2 biji telur saiz C untuk setiap 3 keping roti.
⭐ Air = 50 ml untuk setiap sekeping roti (yang ni saya sukat masa belajar buat time kecik² dulu) Boleh kurangkan separuh sukatan air jika nak guna susu cair. Contohnya jika buat 4 keping = 100 ml air, 100 ml susu cair (½ cawan teh air, ½ cawan teh susu cair). Kalau nak guna susu segar, sukatan tetap 50ml untuk setiap sekeping roti.
⭐ Susu pekat = 1–1½ sudu makan bagi setiap sekeping roti. Saya tak kuat manis, pada saya 1 sudu makan ni manisnya just nice. Tapi kalau suka yang manis, boleh ler tambah lagi..
Ads
Ok, ni resipi yang saya buat ni lak.
Puding Roti Versi Kampung
======================
Ads
Bahan²
4 keping roti
100 ml air (kalau taknak tambah susu cair, guna 200ml air atau 200ml susu segar/1 cawan)
100 ml susu cair* (xpayah letak ni kalau guna susu segar)
2 biji telur A
4 sudu susu pekat manis
Cara²
1. Rendam roti dalam air & susu cair.
2. Bila roti dah lembut, lenyekkan
3. Masukkan telur. Gaul sekata.
4. Tambah susu pekat. Gaul sebati.
5. Sebelum masukkan adunan dalam bekas, lengser dengan marjerin/mentega pada bekas supaya hasil kuih cantik bila dikeluarkan.
6. Kukus api sederhana besar (jangan besar sangat, nanti permukaan puding telur tu menggelembung²) selama 25-30 minit.
7. Kalau suka boleh tabur serbuk kayu manis.
Ketulan/lendiran pekat ni dipanggil pusat telur. Buang bahagian ni untuk kurangkan rasa hanyir telur dalam masakan. Gambar ehsan google
*Untuk versi bakar, suhu 180°c bakar 25–30 minit atau sehingga masak. (oven saya kecik & cepat panas, saya gunakan suhu 170°c jer..
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap hari makan lauk ayam atau ikan. Sesekali mesti nak cuba makanan laut kan? Menu sotong sumbat bersama sambal belacan mangga ni paling sesuailah untuk makan lagi-lagi waktu sahur. Hidangan yang mudah ini bukan sekadar sedap sahaja tetapi ia juga menjimatkan masa.
Resipi sotong bakar yang disumbat dengan telur ini pun sememangnya sesuai untuk disaji kepada anak-anak. Tapi, ada yang lebih menarik iaitu sambal belacan yang menggunakan mangga sebagai bahan tambahan yang pastinya membangkitkan lagi selera. Jadi, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Sotong Bakar Sumbat Bersama Sambal Belacan Mangga
Bahan-bahan:
7 ekor sotong saiz sederhana
Dicuci bersih
Bahan inti/sumbat:
4 biji telur
1/2 serbuk lada sulah
Sedikit garam dan secukup rasa
1 sudu besar penuh butter
Sambal Belacan Mangga:
1 biji buah mangga lemak pilih yg betul2 keras buang kulitnya dan cincang halus
15 biji cili padi merah jika suka pedas boleh lebihkan
6 biji lada besar merah/hijau
2 inci belacan bakar kena banyak baru sedap
1 biji limau nipis perah ambil airnya
Garam, gula, aji no moto secukup rasa
Cara Penyediaan:
Sotong Sumbat:
– Cairkan butter, goreng telur seperti buat telur hancur dan perasakan dgn sedikit cukup rasa maggi dan serbuk lada sulah.
– Masukkan telur hancur yang telah siap dimasak kedalam perut sotong dan kepilkan dengan lidi supaya telur di dalam tidak terkeluar.
– Salut sotong dengan sedikit garam kunyit dan bakar. Zie bakar menggunakan instant pot duo crisp Instant Pot pilih menu “airfryer”.
– Bakar selama 10minit pada suhu 180c atau sehingga masak.
Sambal Belacan Mangga:
– Masukkan sedikit air masak dan kisar semua bahan diatas sehingga lumat atau mengikut kasar disukai.
– Setelah siap gaul lah bersama mangga yang telah dicincang nipis ,siap.
Sekiranya belum ada idea lagi nak masa apa dengan daging yang tersedia di dalam peti sejuk, apa kata anda sediakan menu ringkas tetapi rasanya cukup padu untuk anda sekeluarga nikmati. Lain tak bukan adalah menyediakan menu Daging Goreng Kunyit. Resipi ini pastinya menjadi antara menu kegemaran keluarga!
Pun begitu, tidak semua tahu bagaimana cara atau tip untuk pastikan daging yang digoreng bukan sahaja lembut rasanya malah tidak kecut bila dimasak. Sehubungan dengan itu, Nana Ismail telah berkongsi rahsia untuk mendapatkan hasil gorengan Daging Goreng Kunyit yang sempurna. Malah menurutnya, bila dimasak menggunakan teknik yang dikongsikan akan menjadikan daging kekal berjus dan tidak kecut. Ini perkongsiannya;
TIPS NAK GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DAN CARA YANG BETUL
Ramai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak. Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas ja.
Daging tu nak senang potong dan tak juling mata nak usya urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak. ( dalam dia of coz la masih mentah). Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong. Takdelah dia nyekk nyekk macam jeli.
Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat laaa.
Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging bubuh kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan?
Lepas tu korang bubuh minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja.Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjus gitu.
Lepas tu macam biasa lah tumis bawang, cabai, bubuh sayur kemudian bagi terjun balik daging tu. SETTLE!
Berbudi pada tanah sememangnya tiada ruginya.Apatah lagi bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri. Namun begitu, bukan semua hasil semaian membuahkan hasil yang diharapkan ada yang langsung tidak berputik mahupun berbunga meski pelbagai cara telah digunakan.
Bagaimana pun Aisyah Othaman dari #abuNummuulfahminikebun, berkongsi petua yang cukup mudah untuk mengatasi masalah tanaman ini.
Menariknya ia dilakukan tanpa mengeluarkan kos sesen pun. Hanya menggunakan daun-daun kering!. Hasilnya pula boleh dilihat dalam masa hanya dua minggu.
Berikut adalah perkongsian beliau:
“Pokok limau dari #abuNummuulfahminikebun sedang membesar dan mengeluarkan hasil dengan banyaknya selepas setahun lebih ditanam…Alhamdulillah..
Sepanjang setahun lebih ni ada sekali letak baja masa awal-awal ditanam…Selepas itu tak letak apa-apa.
Dalam bulan Februari baru-baru ni, baru teringat satu petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan yang ditanam.
Caranya:
Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.
Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas dua minggu dengan izin-Nya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.
22 Februari 2017- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik.
15 Mac 2017-Selepas bunga gugur, pokok limau mula berbuah.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian penyanyi dan usahawan, Ahmad Nubhan Ahamad, 40, mencuri perhatian ramai apabila beliau berjaya membangunkan sebuah ladang seluas empat ekar khas bagi mengusahakan produk sambal tempoyak daun kayu.