Nak masak apa untuk makan malam nanti, mungkin resipi simple tapi menyelerakan ini menggamit selera seisi keluarga. Jom cuba!
Ehhh peminat ikan siakap, jomlah masak cara lain pulak. Asyik siakap stim limau jer kan?
Aku dah repeat banyak kali menu ni. Layan baqhang. So semalam aku singgah kedai Aceh beli siakap dengan sedikit bahan lain untuk masak tengah hari ni.
Modal tak sampai RM12 pun.
Aku dah pernah share sebelum ni, bagi yang terlepas dan yang belum pernah rasa, jomlah cuba resepi Siakap Steam Chinese Style oleh Superdaddy Khairul Abdullah
ni.
Mudah sangat aihhh.

Siakap Steam Chinese Style Air Tangan Superdaddy Ni Cukup Mudah. Modal Tak Sampai RM12 Tapi ‘Power’!Bahan-bahan untuk projek hari ini ialah:
1 ekor ikan siakap, dibersihkan.
2 inci halia muda
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 sudu kicap
1 sudu minyak bijan
4 sudu minyak masak
½ sudu gula
1 sudu garam
Siakap Steam Chinese Style Air Tangan Superdaddy Ni Cukup Mudah. Modal Tak Sampai RM12 Tapi ‘Power’!Cara melaksanakan projek ini:
1. Taburkan garam pada ikan bagi rata, ketuk 2 ulas bawang putih dan masukkan dalam perut ikan dan potong sedikit halia susun atas ikan. Masuk dalam periuk dan stim 9 minit.
2. Sementara ikan distim, masukkan 2 sudu kicap, 1 sudu minyak bijan, ½ sudu gula dan 5 sudu air suam dalam satu bekas dan kacau sebati. Gula tu taknak letak pun takpe kalau guna kicap manis. Kemudian asingkan.
Siakap Steam Chinese Style Air Tangan Superdaddy Ni Cukup Mudah. Modal Tak Sampai RM12 Tapi ‘Power’!3. Potong halus memanjang halia, daun bawang, daun ketumbar dan cili merah. Asingkan.
4. Ikan dah siap stim, keluarkan dari periuk, buang lebihan air. Letaklah atas pinggan atau bekas hidang paling cun dan kemudian taburkan daun ketumbar, daun bawang, halia dan cili merah tadi atas ikan.
5. Tuang bancuhan kicap dan minyak bijan tadi sekeliling ikan.
6. Potong 3 ulas bawang putih dan tumis dengan 4 sudu minyak masak tadi. Dah kekuningan, terus tuang minyak dan bawang putih ke atas ikan tadi. Minyak ni yang panas menggelegak tu tuang atas ikan tu yer, jangan tunggu sejuk pulak.
7. Siap dan hidangkan.
Siakap Steam Chinese Style Air Tangan Superdaddy Ni Cukup Mudah. Modal Tak Sampai RM12 Tapi ‘Power’!Oihh mudah kemain kan?
Korang cubalah.
#ResepiSuperDaddy
#SiakapSteamChineseStyle

IKLAN
IKLAN
IKLAN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI