Mainan ‘Hot Wheels’ pastinya sudah tidak asing lagi buat kita semua. Malah ramai juga tahu, mainan ini bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak malah orang dewasa juga.
Bila sudah banyak koleksi hotwheels tentu sahaja perlu ada cara untuk menyimpannya.
Jadi apa kata cuba hasilkan rak secara DIY dengan modal yang rendah sebagaimana yang dikongsikan oleh Suriati Zamri ini. Jom semak.
Saya nak share cara saya buat rak hotwheels guna barang-barang yang ada di rumah je… Tak perlu nak potong-potong kayu so mak-mak pun boleh buat. Senang tapi kena sabar… Bajet tak sampai RM20 pun…
Tapi sorry gambar tak berapa lengkap & lupa nak amik video (my bad)…
Saya tulis step kat gambar… Tapi kalau tak faham jugak boleh pm fb massenger or dm ig saya @suezamri… Harap sharing saya bermanfaat untuk orang lain.
Boleh guna untuk koleksi lain jugak macam Thomas & friends ke or toys yang kecik-kecik untuk display… Just adjust je size untuk setiap slot.
Barang-barang yang saya guna:
1) Frame – boleh guna frame yang dah tak pakai..saya recycle je apa yang ada di rumah… Tapi guna yang depth dia min
4cm.
Ads
2) Straw board saya beli di kedai buku..RM7.50 per p.. Saya guna 2 keping…Ada macam-macam warna & saya pilih putih.
3) Glue gun atau apa-apa jenis gam yang boleh lekatkan board tu.
4) Cutter-Tak kisah jenis janji tajam
5) Pembaris tiada dalam gambar. Ni gambar dari google sebab saya lupa nak amik gambar sebelum buat.
Step 1
Ads
1) Ukur & potong straw board mengikut size frame yang digunakan.
2) 1 set untuk yang vertical & 1 set untuk horizontal.
3) Saya buat 4 cm untuk setiap depths..Ukuran ni boleh ubah ikut kesesuain frame masing-masing.
Step 2
1) Ukur dan potong seperti dalam gambar tu untuk setiap keping.
Ads
2) ukuran yang saya guna untuk vertical 4cm & horizontal 10cm untuk setiap slot.
3) Jangan potong sampai hujung sangat ye.. Takut nanti putus…
Step 3
1) Dah siap potong semua masukkan setiap slot macam dalam gambar…macam
drawer divider la kiranya…
2) Dah dapat macam rupa kat atas tu masukkan je dalam frame, adjust dan gam
untuk setiap hujung tu kat frame. (sorry lupa nak amik gambar untuk step ni
3) Touch la apa-apa yang patut…macam saya
saja la tambah kepala lori… Tu pun saya guna board jugak…
Menerusi laman Facebook SEAL Thailand semalam memberitahu kesemua 12 remaja pasukan bola sepak remaja Thailand ‘Wild Boars’ bersama jurulatih yang terperangkap dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai, berjaya diselamatkan.
Penyelam unit SEAL dan penyelamat antarabangsa membawa keluar empat remaja terakhir termasuk jurulatih, petang semalam dan terpaksa melalui laluan berbahaya. Operasi mencari dan menyelamat oleh pasukan penyelamat.
Usaha ini membabitkan lebih 100 individu termasuk penyelam dan pakar gua dari dalam dan luar negara. Mereka ini boleh dianggap sebagai hero dalam operasi menyelamatkan mangsa terperangkap dalam gua tersebut.
Ini antara individu yang memainkan peranan penting dalam mengeluarkan mangsa dari gua berkenaan.
Anggota bomba dan jurutera internet dari Britian
Dua penyelam warga Britain ini tampil menawarkan khidmat kepakaran mereka sembilan hari selepas insiden pasukan bola sepak tersebut dilaporkan hilang. Richard William Stanton merupakan anggota bomba dan John Volanthen sebagai jurutera internet merupakan penyelam dari pasukan Majlis Penyelamat Gua British (BRC).
Tidak terkecuali pasukan penyelam dari Amerika Syarikat, Belanda, Australia, pakar-pakar teknikal dari Jepun, China, Laos dan Kemboja turut hadir membantu operasi menyelamat yang sudah berlanjutan selama seminggu.
Penyelam Belanda
Seorang penyelam Belanda turut mengambil bahagian dalam operasi ini, Ivan Karadzic berkata walaupun mangsa tidak mendapat makanan yang cukup dan diselubungi kegelapan selama lebih dua minggu, mereka mempunyai semangat yang kental untuk terus hidup.
Amat penting bagi kami untuk memastikan remaja-remaja ini mempunyai kekuatan mental untuk mengharungi perjalanan pulang yang bahaya dan mengambil masa yang amat sempit. Kami berada di dalam memberikan mereka semangat untuk terus berjuang.
Perjalanan membawa mereka keluar amat mencabar kerana gua ini begitu sempit dan gelap. Untuk penyelam sendiri, perjalanan masuk dan keluar amat sukar kerana ia sempit dan kami tidak dapat melihat dengan baik.
Sukarelawan dari Belgium
Sementara itu, warga Belgium, Ben Raymemants memberitahu media antarabangsa ABC Newsbahawa seorang pegawai perubatan berada bersama mangsa yang masih terperangkap itu selepas lapan mereka berjaya dibawa keluar. Pegawai itu akan berada di dalam gua bagi memastikan keadaan kesihatan remaja dan jurulatih mereka berada di tahap yang baik untuk dibawa keluar dari gua.
Pegawai perubatan dari Australia
Pegawai perubatan itu adalah Dr Richard Harris dari Adelaide, Australia yang turut mempunyai keupayaan untuk melakukan penyelaman dalam gua. Dia telah membuat pemeriksaan terhadap semua remaja dan jurulatih mereka dan memberi kebenaran untuk proses menyelamat mangsa dijalankan dengan membawa keluar anggota yang paling lemah terlebih dahulu.
13 mangsa telah berjaya diselamatkan
Rintangan tersebut memaksa mereka mengecilkan tubuh untuk melepasi laluan sempit dan dipenuhi air.
Pihak berkuasa pernah buntu seketika mencari jalan untuk menyelamatkan mangsa hingga terpaksa membuat pilihan menggerudi lubang di kawasan gunung atau terpaksa menunggu musim monsun berakhir supaya mereka boleh berjalan keluar. Keadaan itu menyebabkan ketua penyelamat mengatakan usaha ini adalah ‘misi mustahil’.
Dengan pertolongan penyelamat dalam dan luar negara termasuk sukarelawan, misi ini telah berjaya dan mendapat perhatian dunia.
KERJASAMA ORANG THAI BUAT RAMAI TERKEDU
Seorang wanita telah menawarkan diri untuk mengutip baju-baju askar dan penyelamat untuk dibasuh bersih setiap malam. Basah dan penuh lumpur kotor.
Mereka mencuci, menjahit mana yang terkoyak, melipat dan menghantar semula semua baju tersebut pada pukul 4 pagi.
Kata salah seorang dari pekerja, dia tak mampu dan tiada kemahiran untuk mengeluarkan mangsa secara langsung, tapi apa yang dia mampu ialah bersihkan semua baju para penyelamat disana.
Orang kampung khususnya kaum lelaki, mereka bertindak menjadi volunteer kepada mereka yang keluar masuk ke gua menggunakan motorsikal peribadi.
Kata beliau walaupun sumbangannya sangat kecil, tapi harapnya dapat membantu serba sedikit.
Puan Sophia Thaianant, menawarkan masakan panas untuk para penyelamat yang beragama islam kerana tahu betapa sukarnya untuk mereka mendapatkan makanan halal di kawasan tersebut.
Bermula dari 100 bungkus pek makanan, makin bertambah dan berganda pula bilangannya setiap hari. Ada waktu jika team beliau masak nasi beriyani dan kari, mereka akan masak lebih supaya yang bukan islam juga turut dapat merasa.
Ya, team beliau dibantu kewangan dari pelbagai pihak untuk menyediakan makanan tersebut.
Doctor Richard Harris adalah antara penyelamat profesional dan doktor perubatan yang terbang dari Australia minggu lepas. Beliaulah yang masuk ke dalam gua untuk memberi rawatan pada mereka dan mengesahkan yang kesemua 13 mangsa sudah bersedia untuk keluar.
Mereka yang berniaga dipasar setiap hari menghantar pelbagai jenis sayur dan bahan mentah secara percuma, dan sukarelawan pula memasak tanpa henti untuk para penyelamat.
Bua Chaicheun, seorang penanam padi bergegas tinggalkan tanamannya dan beliau antara yang menawarkan diri sebagai tukang masak di lokasi gua.
Untuk penyelamat sampai jauh ke dalam gua, air banjir dipam secara besar-besaran, hampir 130 juta liter air mengalir keluar di pergunungan.
Bila Bua Chaichuen pulang semula ke kampung, sawah beliau tenggelam dan habis musnah.
Banjir kerana air yang dipam keluar dari kawasan gua dan gunung selama beberapa hari ini masuk ke kawasan tanamannya.
Dengan jiwa yang penuh semangat katanya tidak mengapa. Dia cuma mahu kesemua anak-anak itu selamat. Beliau berkata,
‘Children are more important than rice. The rice can always regrow. But we can’t regrow the children’
Orang kampung juga turut membantu menjadi sukarelawan untuk memudahkan semua kerja-kerja penyelamat. Jangan tak tahu perkhidmatan mengurut juga disediakan dikawasan sekitar gua.
Massage-massage, rendam kaki yang lenguh dengan air limau, khidmat gunting rambut pun ada. Mereka memulakan kerja dari 6 pagi berakhir di tengah malam.
Semangat masyarakat mereka sangat kuat. Apa yang boleh dibantu, mereka akan bantu.
Belum masuk lagi cerita tentang para divers yang berkemahiran bertaraf dunia yang berkumpul dari awal.
Mereka ialah sukarelawan yang tidak dibayar dan kebanyakan mereka menggunakan peralatan bawah tanah mereka sendiri walaupun pasukan Thailand menyediakan peralatan penyelamat.
Kesemua mereka ini keluar dan masuk ke dalam gua tanpa henti dan mendapat gelaran The A-Team untuk misi ini
‘We’ve got a job to do.’
2 penyelam professional dari UK yang mula-mula menemui kanak-kanak didalam gua itu ialah sebenarnya ahli bomba dan seorang lagi jurutera. Bila wartawan minta untuk ditemuramah, mereka menolak dengan menjawab,
‘We’ve got a job to do.’
Hebat.
Bak kata Gabernor Chiang Rai ketika memulakan misi ini, ‘Sesiapa yang menawarkan bantuan, pengetahuan, teknologi, peralatan, kami dengan sukacitanya menerima’
Bagaimana kesemua anak-anak ini bertahan 10 hari kekal tenang dalam gelap gelita, tanpa makanan, lumpur lembab yang berbau dengan kekurangan oksigen?
Coach mereka.
Ekapol Chanthawong ajar kanak-kanak tersebut bermeditasi. Bertahan dan mendidik jiwa mereka supaya bertenang dengan menyimpan tenaga yang ada sehingga mereka dijumpai.
Ekapol adalah anak yatim piatu sejak berumur 10 tahun. Dia menjadi monk (sami) kemudian meninggalkan biara untuk menjaga nenek beliau yang sudah uzur dan dalam masa yang sama beliau jadi pembantu jurulatih bolasepak.
Beliau turut hilang bersama kanak-kanak tersebut.
Masa 2 penyelam menjumpai mereka, dikatakan kanak-kanak tersebut dijumpai sedang bermeditasi beramai-ramai. Mereka masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa sesama mereka.
Meditasi tak kira bagaimanapun cara dan ajarannya, akan membentuk mental yang kuat dan semangat tidak putus asa terhadap semua kemungkinan.
Untuk operasi menyelamat ini, seramai 90 orang penyelam professional turut serta.
50 daripada mereka ialah penyelam dari pelbagai negara dan baki 40 orang adalah penyelam dari Thailand.
Dikatakan mereka menggunakan method menyelamat dari rancangan asal iaitu 2 penyelam akan mengiringi seorang kanak-kanak. Salah seorang dari penyelam pula akan membawa tong oksigen untuk kanak-kanak tersebut.
Kata salah seorang penyelam, ia bagaikan mendaki gunung everest malah lebih lagi. Perlu memanjat batu-batu gua, merangkak, meniarap sehingga dada dan belakang badan dihimpit batu, berjalan dan kemudian perlu menyelam.
Sumber: Astro Awani, Metro & Ohbulan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak dinafikan, sekarang ni beli secara online lebih menjadi pilihan orang ramai kerana lebih jimat wang dan masa. Hanya perlu memilih, bayar dan tunggu sahaja barang sampai, settle!
Bila dah dapat barangannya tu, ada sesetengah orang sanggup tunggu buka di rumah bungkusannya, malah ada pula yang tak sabar buka di merata-rata termasukah di tempat awam. Yang penting isi dalamnya, dah buka memang masuk tong sampah terdekatlah plastik bungkusannya tu. Betul tak? Yang selalu buat tabiat macam ni, baik elakkan! Nak tahu kenapa?
Pihak polis mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati apabila membuang sampul surat atau bungkusan mengandungi maklumat peribadi pelanggan yang membeli dan menerima barangan.
Malah, pelanggan atau penerima barangan juga disaran membuang bungkusan yang mempunyai butiran peribadi dengan cara selamat bagi mengelakkan maklumat berkenaan digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata mana-mana pihak membuat pembelian barangan secara dalam talian untuk dihantar ke rumah juga disarankan untuk lebih berhati-hati semasa menerima barangan berkenaan.
“Sebagai contoh, sila pesan kepada ahli keluarga atau wakil penerima yang berada di rumah untuk tidak sewenang-wenangnya membuat pembayaran ke atas barangan dihantar sebelum mendapat pengesahan daripada ahli keluarga membuat pesanan.
“Masyarakat juga digesa untuk membuat laporan polis sekiranya pernah menjadi mangsa penipuan yang menggunakan modus operandi agar siasatan sewajarnya dapat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Zainuddin berkata, kaedah pembelian secara dalam talian sememangnya menjadi trend masyarakat masa kini kerana menjimatkan masa dan harga ditawarkan pula lebih murah.
“Walaupun sehingga kini masih tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kes sedemikian, pihak polis memberi jaminan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat akan dilaksanakan sekiranya kes sebegini dilaporkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas satu video tular mengenai cara pihak tidak bertanggungjawab melakukan penipuan dengan menggunakan maklumat peribadi mangsa terutama nombor telefon bimbit yang diperoleh melalui bungkusan pembelian barangan secara dalam talian.
Dalam video berkenaan, penjenayah memperoleh maklumat peribadi mangsa seperti nama, nombor telefon dan alamat rumah daripada bungkusan kiriman barangan dibuang mangsa ke dalam tong sampah di tempat awam.
Penjenayah akan mula menghubungi dan mengganggu mangsa dengan menggunakan nombor telefon berlainan bertujuan untuk mendapatkan wang termasuk pergi ke rumah mangsa dengan menyamar sebagai pekerja syarikat penghantaran.
Penjenayah memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa yang berada di rumah untuk membuat pembayaran terlebih dahulu disebabkan barang yang dihantar masih belum dibayar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah anak angkat Dato Sri Aliff Syukri bernama Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy atau mestra dipanggil Yom akhirnya ternoktah hari ini bila dia diserahkan kembali kepada ibu kandungnya.
Menerusi perkongsiannya di instagram semalam, isteri kesayangan Dato’ Sri Aliff Syukri memuat naik satu catatan yang cukup menyentuh hati beserta gambar bersama Yom.
“Bye bye….waktu saya post ni mungkin Yom dah ada di pangkuan mak dia… sorry sayang mama tak dapat hantar!!
“Mama doakan Yom jadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu bapa Yom…mama halalkan air susu mama untuk Yom……
“Mama minta maaf kekurangan mama jaga Yom dan mungkin tak sebaik ibu Yom jaga!!!
“Ada rezeki kita jumpa ya sayang!! Tak jumpa di dunia kita jumpa di syurga (kalau mama masuk syurga la! tulis Datin Sri Shahida menerusi instagaramnya.
Perkongsian yang cukup menyentuh hati itu nyata turut dirasai oleh pengikut Datin Sri. Rata-rata menitipkan kata-kata semangat dan meminta Datin Sri Shahida bersabar.
Johan Ozlynn berkongsi prinsip rumah tangga yang menyentuh hati apabila mendedahkan bagaimana suami isteri perlu menjaga maruah pasangan serta menjadikan solat berjemaah sebagai pengikat hubungan.