Kalau dah status mak ni, serba serbi nak buat mesti tak menyempat punya! Lagi-lagi kalau bekerjaya, atau ada side benda yang dibuat, dah macam tangan sotong dah dibuatnya..
Nak-nak sekarang ni anak dah mula sekolah, mana nak buat bekal untuk mereka lagi, nak hantar ambil mereka ke sekolah, uruskan rumah. Fuhhh memang jadi supermom lah!
Yang mana nak sediakan bekal mudah untuk anak, boleh cuba buat ayam goreng tepung crispy ni, buat je banyak-banyak jadikan frozen. Lagi jimat dari beli kat luar!
Bila nak masak, masukkan je dalam air fryer atau goreng dalam minyak sampai masak, then basuh je beras masak nasi. Settle! Mudah dan semestinya pantas.
Nak tahu macam mana? Jom tengok langkah-langkahnya di bawah!
Anak² saya peminat ayam Drumet Aya**.
Dulu setiap 2x seminggu beli dalam 3paket Drumet. Harga pun boleh tahan.
So dapat idea untuk buat ayam goreng ala² Kepci ni di rumah. Senang. Ayam Drumet ni plak saya beli di RamlyMart. Harga 2kg rm23. Ada lebih kurang 40 ketul.
Ayam Goreng Crispy Drumet
Bahan-bahannya :-
Ayam drumet (ikut selera anda, seekor pun boleh)
Tepung Bestari (Taknak pedas guna yang original)
Air
Minyak untuk menggoreng
Langkah-langkahnya :-
Ads
1. Ayam basuh bersih.
2. Salut ayam dengan bancuhan air tepung Bestari.
3. Perap dalam 30 minit (letak dalam peti ais).
4. Sediakan bekas lain yang berisi tepung Bestari.
5. Salutkan ayam tersebut. Pastikan tangan kering. Tekan-tekan ayam pada tepung tu. Biarkan jadi berkuping-kuping.
6. Masak sekejap secara deep fry. Toskan minyak. Sejukkan.
7. Bila dah sejuk, susun dalam bekas dan letak dalam freezer.
8. Bila nak masak, masukkan dalam AF. Suhu ikut AF masing-masing. Saya letak suhu 180c, 10minit.
Bila cuaca panas, mula la tekak nak benda sejuk je. Belum kira air sejuk dah bergelen minum! Nak pencuci mulut pulak..! Alang-alang tengah mood raya lagi ni, jom rajinkan diri buat puding coklat ni! Boleh hidang pada tetamu sekali.
Resipi ini telah dikongsikan oleh Saudara Muhammad Ali. Puding coklat ini mempunyai dua lapisan. Beliau turut berkongsikan petua supaya dua lapisan ini bercantum elok dan tidak bergerak.
RESIPI PUDING COKLAT MUDAH & SEDAP
Bahan-bahan lapisan pertama:
4 cawan air
150 gram gula kastor
12 gram agar agar tali atau agar2 serbuk
400 gram dark chocolate compound
200 gram susu cair
Boleh letak kitkat atau apa-apa coklat pada tengah-tengah lapisan jika suka.
Bahan-bahan lapisan kedua:
1 cawan air
4 gram agar agar
50 gram gula
2 sudu makan serbuk koko
70 gram susu cair
Cara-cara buat lapisan pertama:
1. Hidupkan api sederhana. Masukan 4 cawan air dan 12 gram agar agar tali/ serbuk.
2. Kacau dan biarkan ia mendidih. Bila dah mendidih masukan 150 gram gula kastor dan 200 gram susu cair. Kacau sebati. Api perlahankan dan masukan 400 gram dark chocolate compound.
3. Bila dah sebati, tutup api. Biar dalam 3 minit dan masukan dalam loyang petak 8 inci sedikit demi sedikit. Habis separuh adunan agar-agar tadi, masukkan dalam peti. Setkan selama 5 minit.
4. Bila dah set, letaklah apa apa yang anda nak letak seperti kitkat.
5. Tuang lebihan tadi sampai menutupi lapisan tadi. Setkan selama sejam.
Cara-cara buat lapisan kedua:
1. Hidupkan api sederhana. Kemudian masukkan 1 cawan air dan 4 gram agar agar. Kacau mendidih kemudian masukan 50 gram gula dan 2 sudu makan serbuk koko dan 70 gram susu cair.
2. Kacau sebati dan tutup api. Biarkan dalam 5 minit baru tuang keatas lapisan pertama tadi. Sebelum itu jangan lupa untuk lorekkan pakai garpu, lorekkan banyak sedikit supaya lapisan kedua ni pegang lapisan pertama. Bila potong lapisannya tak bergerak.
3. Setkan lagi 2 jam kemudian siap. Boleh makan sebagai pencuci mulut. Selamat mencuba semua.
Mencari-cari jenis minuman yang terbaik untuk diamalkan sepanjang Ramadan ini, lain tidak bukan elok dicuba untuk menikmati air nabeez. Dikatakan minuman nabeez banyak khasiatnya dan terasa rugi pula jika tidak diamalkan.
Ketahui lebih detail tentang minuman istimewa ini.
Apa tu air nabeez?
Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.
Sumber mengatakan: air nabeez ni kegemaran Rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu di waktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yang dah lembik tu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez ni dikatakan sebagai sunnah nabi.
Talk about infused water. Orang barat baru sekarang paham dan baru nak popularkan kaedah infuse water nie. Nabi kita dah buat lama dah.
Khasiat kurma
Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasullah s.a.w. ini.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.
Abu Abdillah berkata: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah berkata: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq berkata: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
Sabda Rasulullah SAW :
“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)
Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-
1. Pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. Tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah
Khasiat air nabeez
Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox.
Disebabkan air nabeez ni tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.
Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout.
Cara membuat air nabeez
Rendam beberapa butir kurma (seelok-eloknyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok-eloknyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup.
Keesokkan paginya (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu boleh diminum dan buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.
Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalau takda kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.
Air nabeez tu boleh diminum begitu sahaja / boleh dikisar sebelum diminum.
Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh jugak. Caranya ambil segenggam kismis dan direndam dalam air juga. Dibiarkan semalaman juga.
Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan petang / malam. Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma / kismis di waktu pagi.
Pantang larang dalam membuat air nabeez
Hanya gunakan salah satu daripada buah-buahan pada satu-satu masa. Tak boleh campurkan kurma dan kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer ~ kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.
Air nabeez ni kalau disimpan di dalam peti ais ~ boleh tahan 1 ~ 2 hari.
Tapi dilarang meminum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma / kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman kismis / kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram diminum.
Oleh itu, adalah lebih baik air nabeez ni dibuat fresh daily.
Air nabeez ni nanti boleh diubahsuai dan ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan smoothie jugak.
Tapi kalau buat dengan air susu, kena letak dalam peti ais ~ takut susu rosak dibiarkan semalaman di luar. Atau rendam sikit kurma tu dalam air masak. Esok nk minum ~ baru tambah susu dan goncang-goncang sikit bagi “mesra”.
Lobak merah yang lembik janganlah dibuang. Sebenarnya ada cara untuk mengembalikan kesegaran obak merah supaya ia kembali keras semula. Sayang kalau dibuang nak-nak kalau beli dalam jumlah yang banyak.
Selepas ini kalau lobak merah jadi lembik dan tidak segar lagi, jangan buang. Masih boleh lagi digunakan untuk memasak. Nak segar dan keraskan kembali lobak merah ini pun mudah sangat. Tip ini dikongsikan oleh Munirah Jamaluddin.
Berikut langkah-langkah yang perlu dilakukan:
1. Buang kulit lobak merah yang dah lembik dan potong beberapa bahagian.
2. Sediakan air dalam mangkuk, kemudian rendam dalam air.
3. Lobak merah akan kembali segar dan keras setelah direndam dan boleh digunakan dalam masakan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.