Bila  cuaca panas, mula la tekak nak benda sejuk je. Belum kira air sejuk dah bergelen minum! Nak pencuci mulut pulak..! Alang-alang tengah mood raya lagi ni, jom rajinkan diri buat puding coklat ni! Boleh hidang pada tetamu sekali.

Resipi ini telah dikongsikan oleh Saudara Muhammad Ali. Puding coklat ini mempunyai dua lapisan. Beliau turut berkongsikan petua supaya dua lapisan ini bercantum elok dan tidak bergerak.

RESIPI PUDING COKLAT MUDAH & SEDAP

Bahan-bahan lapisan pertama:
4 cawan air
150 gram gula kastor
12 gram agar agar tali atau agar2 serbuk
400 gram dark chocolate compound
200 gram susu cair
Boleh letak kitkat atau apa-apa coklat pada tengah-tengah lapisan jika suka.

Bahan-bahan lapisan kedua:
1 cawan air
4 gram agar agar
50 gram gula
2 sudu makan serbuk koko
70 gram susu cair

Cara-cara buat lapisan pertama:

1. Hidupkan api sederhana. Masukan 4 cawan air dan 12 gram agar agar tali/ serbuk.

Panas Lit Lit Ni Dapat Puding Coklat Memang Ngam! Mudah Je Nak Buat, Bahan Senang Nak Dapat

 

IKLAN

2. Kacau dan biarkan ia mendidih. Bila dah mendidih masukan 150 gram gula kastor dan 200 gram susu cair. Kacau sebati. Api perlahankan dan masukan 400 gram dark chocolate compound.

Panas Lit Lit Ni Dapat Puding Coklat Memang Ngam! Mudah Je Nak Buat, Bahan Senang Nak Dapat

Panas Lit Lit Ni Dapat Puding Coklat Memang Ngam! Mudah Je Nak Buat, Bahan Senang Nak Dapat

3. Bila dah sebati, tutup api. Biar dalam 3 minit dan masukan dalam loyang petak 8 inci sedikit demi sedikit. Habis separuh adunan agar-agar tadi, masukkan dalam peti. Setkan selama 5 minit.

Panas Lit Lit Ni Dapat Puding Coklat Memang Ngam! Mudah Je Nak Buat, Bahan Senang Nak Dapat

IKLAN

 

4. Bila dah set, letaklah apa apa yang anda nak letak seperti kitkat.

Panas Lit Lit Ni Dapat Puding Coklat Memang Ngam! Mudah Je Nak Buat, Bahan Senang Nak Dapat

5. Tuang lebihan tadi sampai menutupi lapisan tadi. Setkan selama sejam.

Panas Lit Lit Ni Dapat Puding Coklat Memang Ngam! Mudah Je Nak Buat, Bahan Senang Nak Dapat

IKLAN

Cara-cara buat lapisan kedua:

1. Hidupkan api sederhana. Kemudian masukkan 1 cawan air dan 4 gram agar agar. Kacau mendidih kemudian masukan 50 gram gula dan 2 sudu makan serbuk koko dan 70 gram susu cair.

Panas Lit Lit Ni Dapat Puding Coklat Memang Ngam! Mudah Je Nak Buat, Bahan Senang Nak Dapat

2. Kacau sebati dan tutup api. Biarkan dalam 5 minit baru tuang keatas lapisan pertama tadi. Sebelum itu jangan lupa untuk lorekkan pakai garpu, lorekkan banyak sedikit supaya lapisan kedua ni pegang lapisan pertama. Bila potong lapisannya tak bergerak.

Panas Lit Lit Ni Dapat Puding Coklat Memang Ngam! Mudah Je Nak Buat, Bahan Senang Nak Dapat

3. Setkan lagi 2 jam kemudian siap. Boleh makan sebagai pencuci mulut. Selamat mencuba semua.

Panas Lit Lit Ni Dapat Puding Coklat Memang Ngam! Mudah Je Nak Buat, Bahan Senang Nak Dapat

Sumber : Muhammad Ali

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI