Saat sibuk membeli-belah baju raya, pasti ada juga yang sibuk menyediakan biskut raya. Ada yang memilih untuk membeli, tetapi tak kurang juga yang teruja untuk membuat sendiri, lebih-lebih lagi bila anak-anak mula meminta.
Salah satu biskut raya yang sentiasa menjadi kegemaran setiap tahun ialah Kuih Sarang Semut. Bagi yang baru nak cuba, jangan risau! Resipi ini sangat mudah kerana hanya menggunakan sukatan cawan.
Mudah dibuat, sedap dimakan pasti tak cukup satu balang!
INI BAHANNYA
Ads
Buttercup – 1 buku Tepung kastard – 2 cawan* Tepung jagung – 1 cawan* Tepung gandum – 1 cawan setengah* Gula halus – 1 cawan Kuning telur – 1 Esen vanila – 1 sudu kecil Sedikit pewarna kuning Paper cup Coklat rice / Coklat manik Ayak bahan bertanda *
CARA PENYEDIAAN:
Ads
Satukan buttercup dan gula halus. Pukul sehingga kembang. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. Pukul sebati. Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Adunan memang lembut. Jika masih melekat, tambah sedikit tepung gandum. Boleh simpan dalam setengah jam dekat peti ais atau boleh parut terus dan masukkan dalam papercup. Hias dengan coklat rice. Bakar guna api atas bawah – 170c selama 30 minit atau ikut suhu oven masing-masing.
Ads
Selamat mencuba!
Sumber: Novelis Afieyza Isahak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai antara kita suka makan sambal belacan, kalau boleh biarlah sentiasa ada stok di dalam peti sejuk.
Pun begitu, walau suka makan sambal belacan ada juga yang tidak tahu untuk menyediakan sambal yang sedap dan padu.
Berkongsi resipi dan cara membuat sambal belacan tanpa perlu menggoreng bahan-bahannya, Pak Ajis berkongsi resipi dan tipsnya.
Boleh lah dicuba, ini perkongsiannya.
Sambal belacan cara saya..saya suka mentah begini..ada yang suka digoreng bahan-bahan ni semua kan?
Tapi saya suka cara begini.. dan simpan dalam peti.. in shaa Allah sedap.. goreng telor makan dengan sambal belacan ni pun Alhamdulillah sedap.
BAHAN-BAHAN:
✅Lada merah besar 5 tangkai
✅Cili api akar 2 genggam
✅Ikan bilis segenggam
✅Belacan(dibakar)
✅Saya guna air limau botol
✅Gula,aji secukup rasa,garam tak perlu sebab dah masin dari ikan bilis dan belacan
CARA PENYEDIAAN :
➡️Tumbuk semua bahan kecuali air limau…tumbuk pecah-pecah je..itu yg buat sodap tu..tergigit-tergigit kan..dah agak-agak pecah manja..buh air limau,aji dan gula secukup cukup nya rasa anda
Bagi saya,sambal belacan yang sedap adalah sambal belacan yang seimbang rasanya..masamnya, masinnya,dan manisnya di hujung-hujung lidah je…jgn manis sangat tak sedap.. yang penting kepedasannya.
Jika ada roti di rumah yang tidak berusik dan hampir tamat tarikh luput, jangan terus dibuang. Jom kita cuba menu baru untuk keluarga dengan bahan ini.
Resipi Roti Lapis Daging ini cukup mudah tapi rasanya cukup sedap hingga menjilat jari. Nak-nak pula kalau dapat makan panas-panas, memang ‘melting’ habis! Lebih kurang macam lasagna, cuma Roti Lapis ni taklah berlapis-lapis.
Inti dagingnya pula tak pakai sos tomato, sebaliknya boleh guna apa-apa yang ada dekat rumah. Kalau ada cheese, memang lebih wow lah jawabnya.
Hah, dah terliur kan? Jom kita tengok resepi roti lapis daging hasil air tangan Nadiah Hanum. Pasti suami dan anak-anak sukakannya.
BAHAN-BAHAN
Bahan Inti
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Daging kisar
Rempah daging
Lada hitam
*Mushroom / capsicum kalau suka
*Cili / cili padi bagi yang nak pedas
Sos cili Thai
Garam
Bahan Lapis
Roti secukupnya
Susu cair / susu segar
Sup Cendawan Campbell dalam tin
Telur
Cheese
CARA-CARA
1. MASAK INTI DAGING
Pertama sekali, kita sediakan dulu inti daging tu untuk dilapiskan nanti. Caranya, tumis bawang merah, bawang putih dan halia ikut banyak mana roti dan daging yang kita nak guna. Kemudian, masuk daging kisar, rempah daging dan lada hitam. Masuk air sikit, goreng hingga daging masak dan kering.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan sos cili Thai. Kalau nak tambah mushroom & capsicum pun best, tapi saya tak ada stok. Jadi, saya guna bahan yang ada saja. Nak pedas mengganas boleh juga tabur cili padi.
2. CELUP ROTI DENGAN SUSU
Sekarang kita lapiskan. Mula-mula celupkan roti dengan susu cair / susu segar. Kemudian susunkan dalam tray. Saya gunakan tray 8″ ni just nice untuk susunkan 4 keping roti.
3. RATAKAN INTI ATAS ROTI
Lepas tu, bolehlah bubuhkan inti daging yang kita dah masak tadi. Ratakan.
4. TAMBAHKAN TELUR & CREAM
Kemudian nak lagi sedap dan lemak berkrim, kita tambahkan telur dan cream. Kocok 2 biji telur gred A bersama 3 sudu besar cream Campbells tudan curahkan atas inti daging tadi.
5. LAPISKAN CHEESE
Nak lagi melting, lapiskan dengan cheese macam ni. Nak guna cheese mozarella atau apa-apa jenis tu terpulanglah ya.
6. TUTUP BALIK DENGAN ROTI
Kemudian lapiskan balik dengan roti yang dicelup dengan susu segar atau susu cair, macam mula-mula tadi. Lepas tu kocok lagi sebiji telur dan tuang atas roti.
7. BAKAR
Sebelum bakar, taburkan sedikit lada hitam. Kalau nak tabur cheese lagi pun boleh. OK, dah boleh masuk oven! Kalau ikut oven saya, bakar pada suhu 200 °c selama 30 minit.
SIAP!
Bila keluar oven, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan?
Memang sekejap dah licin kalau buat roti lapis ni. Bayangkan rasa daging dan cheese yang cair di dalam tu, memang rasa nak buat je selalu.
Lagipun resepi roti lapis daging ni memang simple sangat. Bahan-bahan pun boleh je diubah suai dan pakai apa yang ada di rumah. Rugi tak cuba tau!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menu Nasi Serai mungkin ada antara kita belum pernah menyediakannya berbanding nasi ayam mahupun nasi lemak yang sering mendapat tempat di hati anak-anak.
Pun begitu, tidak salah untuk memberi kelainan dengan menyediakan nasi serai ini kepada keluarga untuk mereka cuba sendiri akan keistimewaan hidangan nan satu ini.
Apatah lagi dengan aroma serai yang mewangi sekali gus dikatakan mampu memukau selera sesiapa pun.
Bahkan menyediakan menu ini juga cukup mudah seperti yang dikongsikan oleh puan Roshima Ibrahim Shima ini.
“Nasi Serai. Serius memang sedap. Mari saya kongsikan resipinya,” tulisnya berkongsi resipi.
Bahan-bahannya:
4 cawan beras basmathi
6 cawan air
1 kiub pati ayam
5 batang serai dititik
2 helai daun pandan disimpul
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 camca kecil garam
3 sudu minyak masak atau 3 sudu minyak sapi.
Cara memasak
1. Panaskan minya masak atau minyak sapi dalam periuk.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
4. Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
5. Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh.
6. Masukkan daun pandan yang disimpul.
7. Masak dalam rice cooker hingga masak.
Bila memasak nasi serai ni memang wangi satu rumah. Cubalah….bila makan pun bau wangi dan rasa yang sedap.
Nasi ni boleh di makan dengan Daging/ayam masak palembang, ayam masak merah, kari ayam/daging/ kambing, rendang ayam/daging.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.