Alangkah enaknya kalau waktu panas-panas ini kita sekeluarga dapat menikmati minuman cendol dalam keadaan selesa di rumah. Memandangkan cendol merupakan minuman yang cukup popular dan menjadi treadmark sepanjang masa.

Buat Sendiri Minuman Cendol Macam Orang Pro, Ni Resipi & Tipnya Boleh Ikut!

Sekiranya terasa teringin nak buat sendiri cendol, jom kita tengok resipi yang dikongsi oleh Mamak Haji ni. Mana tahu, bermula dengan suka-suka untuk menyediakan cendol untuk keluarga, menjadi titik tolak bermulanya langkah anda untuk berniaga dan seterusnya menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan di masa akan datang.

Jom semak bagaimana cara penyediaannya.


CENDOL

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
* 125gm tepung beras (1 cawan)
*20gm tepung Hoen Kwe
* 50gm tepung ubi
*200ml air pandan (2 cawan)
*3/4 sudu makan Air Kapur.
*1 sudu kecil garam
* secubit pewarna hijau

IKLAN

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Untuk mendapatkan air pandan, potong 4-5 daun pandan kira 2 inci dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar. Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.

2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.

3. Masukkan dalam periuk dan panaskan dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas. Sebenarnya kita panaskan double bottom.

IKLAN

Buat Sendiri Minuman Cendol Macam Orang Pro, Ni Resipi & Tipnya Boleh Ikut!

4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.

Buat Sendiri Minuman Cendol Macam Orang Pro, Ni Resipi & Tipnya Boleh Ikut!

IKLAN

5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam . Akan panas dan sukar untuk anda memutarnya.

6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol.

7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba.

 

Sumber :Mamak Haji

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI