Bagi anda yang suka masakan yang simple, pastinya anda akan menyukai resipi ini. Amat mudah disediakan dan boleh dihidangkan bersama keluarga. Anak-anak anda pasti menyukainya kerana ianya boleh dimakan begitu sahaja.
Jika sebelum ini anda hanya menggunakan Crab Stick sebagai bahan penambah perencah di dalam masakan seperti nasi goreng, sup telur dan lain-lain, namun dengan resipi ini, anda boleh menjadikan ia sebagai menu utama keluarga.
Kalau anda nak tahu, Crab Stick ini sangat sedap apabila digoreng dengan salutan tepung istimewa dan sangat mudah disediakan.
Kerangupan diluar dan kelembutan isi crab stick yang perlahan mencair didalam mulut anda. Nak menyediakan salutan tepung ini sangat ringkas dan mudah.
Anda boleh ikuti perkongisian resipi oleh Syahidan Hisham ini. Jom ikuti perkongsian beliau dibawah ini.
RESIPI CRAB STICK CELUP TEPUNG
Sedap ni kalau makan waktu malam sambil layan drama
Ads
BAHAN-BAHAN :
* Crab stick
* 2 biji telur
* 1 mangkuk kecil tepung bestari
* 1 sdk garam
* 1 sdk serbuk lada hitam
* Sedikit brokoli yang sudah dicincang
* Oregano – optional
CARA MEMASAK :
1. Sediakan telur kemudian gaulkan bersama dengan tepung rangup (bancuhan perlulah tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair)
2. Masukkan sedikit garam dan lada sulah ke dalam bancuhan tepung tadi.
3. Siapa nak letak sayur, masukkan sikit brokoli yang dicincang.
4. Menyadur dan menggoreng, warna kuning rangup yang cantik, selesai.
5. Elok tabur oregano. Tambah wangian
Selain mudah dihasilkan, fish cake homemade juga dapat menjamin kebersihannya.
Resipi ini adalah perkongsian seorang pengguna laman facebook iaitu, Tahrunnisah Jali. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
** Untuk isi ikan, anda boleh menggantikannya dengan fish fillet. Tetapi jangan masukkan air kerana dalam fillet sudah mengandungi air. Jadi abaikan sukatan air.
Cara memasak :
Sumber: Tahrunnisah Jali (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau masak sotong pun, perut dibiarkan di dalam kerana telur sotong ini lembut sifatnya dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati ketika membasuhnya bagi mengelakkan ia dibawa lari mengikut aliran air. Selain itu, ia juga berisiko untuk pecah jadi berhati-hati lah ketika memasaknya.
Tapi, bila dah alang-alang jumpa bila beli barang basah tu boleh la cuba untuk masak sendiri guna tip yang dikongsikan dibawah ini untuk elak telur sotong jadi keras lepas masak.
PETUA MASAK TELUR SOTONG
PANDUAN CARA BUAT KARI TELUR SOTONG dan SOTONG supaya tidak jadi keras
Bahan-bahan Kari Sotong
Jadi inilah rempah yang saya nak bancuh untuk sotong + telornya = 1kilogram- semuanya disatukan dan dibancuh kental dengan air
Sukatan rempah untuk 1kg-1.2 kg daging@ayam@ sotong@udang ( dibancuh kental dengan air) sahaja
Serbuk kari ikan babas 50g
Serbuk kari ayam daging babas 80g
Serbuk cili babas 50g
Serbuk kurma adabi 20gram
Serbuk garam masala babas 15g
Serbuk rempah sup adabi 15g
Serbuk ketumbar 10gram
Isi biji pala 1 ditumbuk
Tidak guna santan tapi diganti
2 sudu plain yogurt
1 sudu besar paste tomato tin
Air guna 2 cawan sahaja
Petua masak telur sotong
Telur sotong untuk kari tidak boleh dimasak lama akan menyebabkan telur sotong jadi keras. Jika nak masak sotong dan telurnya:
1. Masukkan sotong dulu ke dalam rempah yang telah pecah minyak cuma 1 minit saja.
Kemudian diangkat sotong tadi dan masuk ke dalam bekas.
2. Baru masukkan air ke dalam tumisan rempah tadi (selepas dikeluarkan sotong). Tujuan masukkan air adalah supaya rempah mengembang dan mengeluarkan rasa yang sedap.
Tunggu sehingga kuah jadi pekat.
3. Bila kuah dah pekat masukkan telur sotong bersama sotong tadi dalam 3-4 minit saja.
Kemudian tutup api.
** Jika ada telur sotong yang masih belum benar benar masak tidak mengapa. Walaupun api ditutup, kepanasan kuah masih mampu untuk menyempurnakan sotong dan telur tadi masak. Sekiranya, ia lebih masa nescaya telur akan jadi keras.
TIPS MASAK KARI TANPA SANTAN
1. Bagi rasa kari lebih sedap pula, saya guna ‘plain yougurt’ dan ‘tomato paste tin’. Kalau tidak dimasukkan pun tak apa tetap sedap juga.
2. Masakan ini tak perlu guna ‘air asam jawa’ sebab rasa rempahnya sudah cukup sempurna segala rasa. Tidak semua masakan berlauk perlu dimasukkan air asam jawa.
3. Bagi saya masakan berasaskan ‘ikan’ sahaja yang perlu guna air asam jawa atau asam keping sebab nak hilangkan bau hanyir ikan.
** Sekiranya isi lauk kari dah habis boleh tambah sotong, udang, ketam dan masaklah sekejap supaya sebati. Tambahlah air 1 cawan cukup, kuah boleh buat cicah roti jala pula.
Menyentuh tentang memasak nasi di bulan puasa ini ada di antara kita akan menanak nasi sekali sahaja iaitu ketika membuat persiapan berbuka.
Kuantiti yang dimasak sengaja dilebihkan bagi memastikan cukup untuk dimakan ketika bersahur pula.
Tujuannya untuk memudahkan, namun alangkah geram dan kecewanya apabila nasi tersebut tidak boleh dimakan kerana telah basi!
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di