Bila ditanya apa istimewanya masakan  Melayu berbanding cita rasa hidangan lain? Pasti belum pun sempat menjawab pertanyaan itu, sudah ada yang membayangkan betapa lazat dan enaknya rasa sambal belacan, rendang, masak lemak cili padi, asam pedas, ayam goreng berempah dan ribuan lagi menu yang lainnya.

Apa yang pasti, kelazatan dan keunikan rasa hidangan masakan Melayu mewah dengan rasa yang berlemak, berempah dan beraroma. Ini sekali gus menjadikan hidangan Melayu cukup istimewa dan unik.

Bercerita tentang bahan masakan yang bukan sahaja boleh memberi rasa hidangan menjadi lebih enak malah memberi bau masakan lebih menyelerakan, salah satu yang sering digunakan adalah lengkuas. Istimewanya lengkuas ini selain memberi rasa, turut berperanan menghilangkan bau hanyir daging mahu pun ikan.

Cara Betul Simpan Lengkuas Agar Boleh Tahan Lama & Senang Nak Guna Bila-bila Masa!

Biasanya lengkuas akan dimanfaatkan di dalam masakan sama ada ditumbuk,  dikisar halus atau pun dihiris nipis.

Cara Betul Simpan Lengkuas Agar Boleh Tahan Lama & Senang Nak Guna Bila-bila Masa!

Antara menu yang sering dimasak menggunakan lengkuas adalah seperti sup singgang, rendang dan sering juga dijadikan ramuan rempah untuk menggoreng ayam.

IKLAN

Cara Betul Simpan Lengkuas Agar Boleh Tahan Lama & Senang Nak Guna Bila-bila Masa!

 


[su_highlight background=”#d25643″ color=”#242121″]Tip Simpan Lengkuas Agar Lebih Tahan Lama[/su_highlight]

Tip ini dikongsi oleh Norul Mas Hana melalui akaun Facebooknya. Jom semak!

[su_quote]Biasa masak lengkuas pakai 2-3 hiris je, bila beli mesti dalam kuantiti banyakkan? Takde kedai jual 2-3 hiris. Oleh itu, nak simpan lengkuas bagi tahan lama, supaya tidaklah mengecut dan mengering lalu ke tong sampah, akak selalu buat macam ni. Jadi bila nak pakai amil sikit dan simpan semula. Inshaallah, lengkuas akan lebih tahan lama dan sedia untuk digunakan bila-bila masa. [/su_quote]

IKLAN

Step By Step :

1. Bersihkan lengkuas.

2. Letak lengkuas dalam bekas. (macam balang kaca atau plastik bertutup)

Cara Betul Simpan Lengkuas Agar Boleh Tahan Lama & Senang Nak Guna Bila-bila Masa!

IKLAN

3. Masukkan air sehingga paras lengkuas (tenggelamkan lengkuas)

4.  Tutup rapat bekas dengan penutup.

5. Simpan dalam peti ais.

Begitu juga dengan perkongsian daripada Nor Hidayah Razali dan Puan Habibah Badar Bijrai ini, yang juga mengamalkan teknik yang sama untuk memastikan lengkuas yang disimpan kekal tahan lama.

Cara Betul Simpan Lengkuas Agar Boleh Tahan Lama & Senang Nak Guna Bila-bila Masa! Cara Betul Simpan Lengkuas Agar Boleh Tahan Lama & Senang Nak Guna Bila-bila Masa!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI