Buat Tomyam Pok Tek, Ada  Satu Menu Ni Je Pun Dah Cukup Lengkap Buat Berbuka!

Sebagai isteri dan ibu, sudah semestinya kita mahu menghidangkan menu yang pelbagai dan enak untuk dinikmati bersama seisi keluarga sepanjang Ramadan ini.

Pun begitu, buat ibu yang berkerjaya bukanlah mudah untuk direalisasikan. Apatah lagi andai saban hari terpaksa berdepan dengan masalah kekangan masa untuk menyediakan juadah berbuka dek kerana lewat sampai di rumah.

Lantaran itu tidak hairanlah andai kata dapat sediakan walau satu menu sekali pun, itu sudah boleh membuatkan ibu-ibu ini rasa bahagia dan puas hati.

 

IKLAN

 

Apa yang penting untuk memasak di dalam waktu yang terhad,kita perlu bijak  memilih resipi yang mudah disediakan dan enak rasanya sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Wan Nur Dalila iaitu resipi Tomyam Pok Tek!

Buat Tomyam Pok Tek, Ada  Satu Menu Ni Je Pun Dah Cukup Lengkap Buat Berbuka!

Tomyam Pok Tek
Buat Tomyam Pok Tek, Ada  Satu Menu Ni Je Pun Dah Cukup Lengkap Buat Berbuka!

IKLAN

Bahan-bahan:
* Sedikit minyak masak untuk menumis
* 5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
* 1 biji bawang holand dikisar,1/2 biji bawang holand dihiris nipis
* 1 inci lengkuas
* 2 batang serai
* 2-4 helai daun limau purut
* 1 biji tomato
* 1 biji limau nipis
* 5 biji cili padi
* Daun ketumbar
* 1/2 batang lobak merah
* 7 keping cendawan tiram
* 1/2 mangkuk kecil sos cili
* ½ mangkuk kecil kicap sotong
* 3 sudu besar pes tomyam
* 2/3 mangkuk kecil santan

Buat Tomyam Pok Tek, Ada  Satu Menu Ni Je Pun Dah Cukup Lengkap Buat Berbuka!

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

IKLAN

Bahan untuk lauk:
* 1 ketul dada ayam (kalau campur tengkuk dan kaki ayam lagi best)
* 4 ekor sotong
* Udang ikut suka
* Lala ikut suka

Cara- cara:
1. Rebus lauk-lauk secara berasingan dengan air yang paras lauk je. Untuk lauk seafood jangan rebus lama sangat tau, dah mendidih tutup api. Untuk ayam, rebus biar betul-betul daging ayam masak
2. Tumis bawang putih dan semua bawang holand hingga garing dan naik bau
3. Ramas daun limau purut dan masukkan
4. Ketuk serai dan lengkuas, masukkan
5. Hiris tomato dan masukkan
6. Ketuk cili padi dan masukkan
7. Masukkan pes tomyam
8. Bila bahan-bahan dah naik minyak, masukkan air rebusan lauk tadi
9. Masukkan hirisan lobak merah
10. Masukkan lauk-lauk satu persatu bermula dengan ayam dan di akhiri dengan udang
11. Bila dah mendidih, masukkan sos cili dan kicap sotong
13. Perah limau nipis
14. Masukkan cendawan tiram dan santan
15. Bila nampak cendawan hampir lembut, masukkan daun ketumbar dan Boleh dihidangkan

Tips: Air rebusan lauk tu jangan banyak sangat tau, nanti tak best

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI