Peria memang rasa pahit. Namun tinggi nilai khasiatnya.
Dulu, mak kita sering buat masak sayur dicampur dengan udang atau ikan bilis. Rasa pahit memang terasa walaupun sudah direndam dengan garam. Akibatnya ramai yang tak suka peria.
Tetapi kini peria jadi kegemaran ramai bila dijadikan kudapan rangup. Ia digoreng garing dengan salutan tepung. Rasanya tidak lagi pahit. Makan tanpa nasi pun sedap.
Malah ia dikenali sebagai kerepek peria.
Ads
Nak tahu lanjut cara nak buat kerepek peria ni, Boleh ikuti resipi mudah ni perkongsian oleh Sheena Supramaniam. Memang mudah buat Kerepek Peria yang sedap, rangup!
Resipi dan cara penyediaan rujuk gambar. Selamat menciba!
Ads
Peria katak potong nipis2. Cuci n Rendam dlm air garam selama 20min. Then bilas sekali lg.Masukkan garam n kacau sebati1½ sk s.kunyit 1½ sb s.cili 2sk s.lada putih 1½sb jintan manis tumbuk kasar Kacau sebatiBiarkan selama 30min2sb t.jagung 2sb t.beras Kacau sebatiDah ready nk goreng…Minyak kena byk ye. Set api kecil n Tunggu minyak betul2 panas. Apabila minyak dah betul2 panas. Naikkan ke api sederhana atau sederhana besar n blh mula goreng. Ikut tips baru blh dpt peria betul2 crispy n tahan lamaMcm ni…Siap… tunggu sejuk baru masukkan dlm bekas kedap udara ye. Rangup sampai ke mlm… Suam2 pun x blh… nnti lemau.
Bunga kantan yang selalu kita gunakan untuk membuat kuah laksa atau asam pedas ini ada waktunya begitu sukar untuk dicari di pasar. Jadi apa kata beli sahaja lebih untuk simpanan stok di rumah.
Pun begitu menyimpan terlalu lama membuatkan bunga kantan menjadi busuk dan tidak elok lagi untuk dimakan. Petua yang dikongsikan ini wajar anda cuba. Bunga kantan mampu bertahan sehingga enam bulan.
Sekadar share untuk penyimpanan bunga kantan. Cara ini, bunga kantan tetap dalam keadaan baik, cantik dan tidak ada birat hitam.
Ini hasilnya selepas 6 bulan lebih saya simpan dalam tempat beku. Bila masak, aromanya tetap sama. Alhamdulillah.
1.Basuh terlebih dahulu bunga kantan.
2.Potong ikut suka kita, nak kecil boleh nak besar pun boleh.
3.Letak dalam plastik / bekas yang bersesuaian bunga kantan tersebut.
4.Letak air kosong dalam bekas bunga kantan tersebut.
5.Kemudian bolehlah disimpan dalam frezer/tempat beku.
Macam saya, letak dalam bekas untuk sekali masak, mudahkan kerja. Menariknya, bunga kantan ini boleh digunakan ketika beku atau dicairkan terlebih dahulu.
Kari antara menu yang menjadi kegemaran ramai, terutama sekali orang utara. Selain sedap dimakan dengan nasi putih, anda juga boleh nikmatinya dengan roti dan sebagainya.
Okey, tak payah cakap banyak, jom kita cuba buat resipi yang mudah sangat ni tetapi rasanya cukup sedap. Tengok pun dah tak sabar nak rasa kan.
Ok gais, resipi pertama puasa kali ini ialah Kari Ikan Tenggiri Emak Style. Inilah cara emak saya masak kari, tanpa pakai santan okeh.
Senang sangat, bismillah, ikut aturan, insya-Allah menjadi dengan baik. Ok jom.
Kari Ikan Tenggiri Emak Khairul Hakimin Muhammad.
Bahan-bahannya ialah:
1 ekor ikan tenggiri (1.5kg) begitu. Potong siap.
10 biji bawang merah kecil.
1 inci halia.
2 biji bawang putih.
2 sudu besar rempah campur kasar (biji sawi, jintan dan halba).
5 biji tomato.
3 biji cili hijau besar.
3 tangkai daun kari.
1 sudu besar pes asam jawa dengan 1/4 cawan air.
7 sudu besar rempah kari ikan. Suka hati nak pakai rempah apa semua sedap.
Air.
Garam.
Cara membuat:
Panaskan minyak di dalam kuali terbaru.
Masukkan bawang, halia dan bawang putih yang telah dihiris oleh isteri tercinta.
Masukkan rempah kasar (biji sawi, jintan dan halba). Kacau rata dan pastikan biji sawi masak (melompat-lompat). Kalau termis masukkan ini, jangan masukkan, nanti kari jadi pahit. Ia mesti ditumis minyak sampai masak.
Bawang dah layu, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau lagi sampai lenguh.
Masukkan daun kari dan campak je batangnya sekali. Kalau google hangpa akan tahu khasiatnya. Sangat bagus untuk kesihatan ya walau dah ambil vaksin
Masukkan rempah kari. Biasanya akan ditanya rempah apa paling sedap? Oh yang terpaling sedap ialah yang digiling sendiri. Saya pakai rahsia.
Masukkan air. Sikit je tau. Dalam 2 cawan dahulu. Kalau masih pekat baru tambah.
Dah mendidih manja baru masukkan ikan. Kalau nak goreng dulu pun boleh. Emak tak goreng, so kita follow. Cara orang lama gituhhh
Kasi mendidih elok, jangan duk kacau sangat nanti ikan hancur, time ni masukkan air asam jawa ya.
Banyak manfaat yang anda peroleh apabila bercucuk tanam di rumah. Selain menjimatkan tak perlu beli sayur di kedai, ini juga salah satu aktiviti yang boleh dijadikan hobi bermanfaat.
Cara yang dikongsikan oleh puan Raudzah Arippin ini yang menggunakan kaedah hidroponik untuk menanam pokok pudina di rumah. Pokok pudina ini saya tanam secara hidroponik ringkas, ikut panduan di youtube. Ini gambar-gambar terbaru.
Nanti Kak Odah cari semula masa baru-baru buat. Dulu sikit saja daunnya dan kecil-kecil. Sekarang sudah makin lebat dan besar-besar daunnnya. Ok, kalau mahu cuba boleh ikut langkah-langkah berikut ini :
1. Dapatkan anak pokoknya yang mempunyai akar. Saya beli di nurseri.
2. Sediakan satu bekas untuk diisi air dan penapis di atasnya (atau lubangkan bekas makanan). Boleh lihat gambar.
3. Keluarkan pokok pudina tadi dari tanah dan bersihkan akarnya.
4. Letak pudina pada bekas tapis dan masukkan akar-akar pudina tadi melalui lubang-lubang pada tapis tersebut. Jika kecil sangat, potong sedikit untuk besarkan.
5. Pada bekas air di bawahnya pula, letakkan air sehingga paras bawah penapis. Atau pastikan akar terendam dalam air.
6. Masukkan baja air AB ikut sukatan pada panduan penggunaan baja. Bacaan ppm untuk pudina ialah 1400-1680 ppm. (Baja AB dan alat bacaan ppm air boleh dibeli dalam talian. Murah je)
7. Seminggu atau 2 minggu sekali kena potong potong pucuk pudina ini untuk menggalakkan lagi pertumbuhan daun baru. Juga kena periksa paras air dan kandungan bajanya.
Selamat mencuba!
Kak Odah Anderson
Terapi Berkebun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.