Kari antara menu yang menjadi kegemaran ramai, terutama sekali orang utara. Selain sedap dimakan dengan nasi putih, anda juga boleh nikmatinya dengan roti dan sebagainya.

Okey, tak payah cakap banyak, jom kita cuba buat resipi yang mudah sangat ni tetapi rasanya cukup sedap. Tengok pun dah tak sabar nak rasa kan.

Resipi ini sebenarnya hasi, air tangan ibu kepada saudara Khairul Hakimin Muhammad

Lelaki Ni Kongsi Resipi Kari Ikan Tenggiri Emak Style, Tak Perlu Guna Santan. Senang Sangat & Confirm Jadi!

Ok gais, resipi pertama puasa kali ini ialah Kari Ikan Tenggiri Emak Style. Inilah cara emak saya masak kari, tanpa pakai santan okeh.

Senang sangat, bismillah, ikut aturan, insya-Allah menjadi dengan baik. Ok jom.

Lelaki Ni Kongsi Resipi Kari Ikan Tenggiri Emak Style, Tak Perlu Guna Santan. Senang Sangat & Confirm Jadi!Kari Ikan Tenggiri Emak Khairul Hakimin Muhammad.

Bahan-bahannya ialah:

1 ekor ikan tenggiri (1.5kg) begitu. Potong siap.

10 biji bawang merah kecil.

1 inci halia.

2 biji bawang putih.

2 sudu besar rempah campur kasar (biji sawi, jintan dan halba).

5 biji tomato.

3 biji cili hijau besar.

IKLAN

3 tangkai daun kari.

1 sudu besar pes asam jawa dengan 1/4 cawan air.

7 sudu besar rempah kari ikan. Suka hati nak pakai rempah apa semua sedap.

Air.

Garam.

Cara membuat:

Panaskan minyak di dalam kuali terbaru.

Lelaki Ni Kongsi Resipi Kari Ikan Tenggiri Emak Style, Tak Perlu Guna Santan. Senang Sangat & Confirm Jadi!

Masukkan bawang, halia dan bawang putih yang telah dihiris oleh isteri tercinta.Lelaki Ni Kongsi Resipi Kari Ikan Tenggiri Emak Style, Tak Perlu Guna Santan. Senang Sangat & Confirm Jadi!

Masukkan rempah kasar (biji sawi, jintan dan halba). Kacau rata dan pastikan biji sawi masak (melompat-lompat). Kalau termis masukkan ini, jangan masukkan, nanti kari jadi pahit. Ia mesti ditumis minyak sampai masak.

IKLAN

Lelaki Ni Kongsi Resipi Kari Ikan Tenggiri Emak Style, Tak Perlu Guna Santan. Senang Sangat & Confirm Jadi!

Bawang dah layu, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau lagi sampai lenguh.Lelaki Ni Kongsi Resipi Kari Ikan Tenggiri Emak Style, Tak Perlu Guna Santan. Senang Sangat & Confirm Jadi!

Masukkan daun kari dan campak je batangnya sekali. Kalau google hangpa akan tahu khasiatnya. Sangat bagus untuk kesihatan ya walau dah ambil vaksinLelaki Ni Kongsi Resipi Kari Ikan Tenggiri Emak Style, Tak Perlu Guna Santan. Senang Sangat & Confirm Jadi!

Masukkan rempah kari. Biasanya akan ditanya rempah apa paling sedap? Oh yang terpaling sedap ialah yang digiling sendiri. Saya pakai rahsia.Lelaki Ni Kongsi Resipi Kari Ikan Tenggiri Emak Style, Tak Perlu Guna Santan. Senang Sangat & Confirm Jadi!

Masukkan air. Sikit je tau. Dalam 2 cawan dahulu. Kalau masih pekat baru tambah.Lelaki Ni Kongsi Resipi Kari Ikan Tenggiri Emak Style, Tak Perlu Guna Santan. Senang Sangat & Confirm Jadi!

Dah mendidih manja baru masukkan ikan. Kalau nak goreng dulu pun boleh. Emak tak goreng, so kita follow. Cara orang lama gituhhh

Lelaki Ni Kongsi Resipi Kari Ikan Tenggiri Emak Style, Tak Perlu Guna Santan. Senang Sangat & Confirm Jadi!

Kasi mendidih elok, jangan duk kacau sangat nanti ikan hancur, time ni masukkan air asam jawa ya.Lelaki Ni Kongsi Resipi Kari Ikan Tenggiri Emak Style, Tak Perlu Guna Santan. Senang Sangat & Confirm Jadi!

Dah mendidih beriya masukkan garam secukup rasaLelaki Ni Kongsi Resipi Kari Ikan Tenggiri Emak Style, Tak Perlu Guna Santan. Senang Sangat & Confirm Jadi!

Tadaaa! Siap sudah. Senang dak?

IKLAN

Lelaki Ni Kongsi Resipi Kari Ikan Tenggiri Emak Style, Tak Perlu Guna Santan. Senang Sangat & Confirm Jadi!

Selamat mencuba dan selamat berbuka semua!

Khairul Hakimin Muhammad,

#BapaBiskutKebangsaan kembali memasak.


ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!

ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI