Buat mereka yang suka makan Sizzling mee tentu mengidam nak makan di kedai. Sejak arahan PKPB buat beberapa buah negeri tentu dah lama tak makan hidangan ini.
Apa kata cuba resipi yang dikongsi oleh puan Norhakimah Hanafi yang mudah jika nak buat di rumah.
Ikuti perkongsian ini
Semalam memang teringin nak makan Sizzling mee. Nak pergi makan kat kedai, malas nak bersiap. Mujurlah nak buatnya senang. Sampai laki aku balik makan tanya,
“Sayang, beli kat kedai ke?” Sedap punya hal. Ok. Kutlah kau takde idea nak masak malam karang, nah ni resepi dia.
Bahan-bahan:
4-6 ulas bawang putih
1/2 hiris halis (halia aku habis semalam)
3 sudu kicap cair/biasa
4 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
1 sudu serbuk lada hitam (aku letak sikit je)
1 kiub ayam
2 sudu tepung jagung (campur air sikit)
Cili kering 5-7 biji kerat dua (aku letak 3 je)
3-4 cawan air
5-6 biji cendawan Shitake (nak banyak letaklah lagi)
Sawi
Telur
Ayam potong kecil (Isi je aku letak)
LANGKAH DEMI LANGKAH
Cara nak buat ada dekat gambar. Pejam mata pun siap, weh!
Pastu, kau masukkan isi ayam yang kau potong tadi. Suka hati kaulah nak letak ayam banyak mana. Goreng separuh masak.
Pastu kau masukkan 3-4 cawan air. Nak banyak kuah pepandailah kau adjust.
Mudah ajer kan step by step ni. Ayuh buat!
Selamat mencuba.
Sumber: Norhakimah Hanafi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club