Ads

“Selagi Belum Melahirkan, Apa-Apa Saja Boleh Terjadi” Neelofa Pilih Simpan Berita Kehamilan

Keterujaan menanti kehadiran orang baharu dalam keluarga sememangnya menjadi momen yang cukup istimewa. Namun bagi pengacara dan usahawan popular, Neelofa, pengalaman bergelar ibu membuatkan dirinya lebih selesa menyimpan fasa kehamilan Neelofa daripada dikongsi terlalu awal kepada umum.

Susulan penampilannya di media sosial yang mencetuskan spekulasi mengenai ‘baby bump’, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor tampil menjelaskan bahawa dia kekal dengan pendirian untuk tidak membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan anak ketiganya.

“Selagi Belum Melahirkan, Apa-Apa Saja Boleh Terjadi” Neelofa Pilih Simpan Berita Kehamilan

Menurut isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz, pendekatan sama turut dilakukan ketika mengandungkan dua cahaya mata terdahulu. Baginya, perjalanan kehamilan Neelofa lebih baik dilalui dengan tenang sehingga tiba masa yang sesuai untuk berkongsi berita kepada umum.

“Saya tak pernah buat pengumuman pun mana-mana anak sebelum ini. Nanti bila melahirkan baru kita buat pengumuman, itu yang terbaik. Sebab selagi tak melahirkan, apa-apa saja boleh terjadi kan.

“Semua orang nampak badan saya berubah, saiz berbeza… Jadi, yang terbaik adalah doa.

“Supaya proses perjalanan ini dipermudahkan dan sihat, malah fasa seterusnya turut dipermudahkan.”

Kehamilan Neelofa, Jantina Bayi Juga Dirahsiakan

Bukan sahaja berita kehamilan, malah jantina bayi turut menjadi privasi keluarga.

Menurut Neelofa, sebarang perkongsian mengenai jantina hanya dibuat dalam kelompok kecil membabitkan ibu bapa, keluarga mentua serta adik-beradik terdekat.

Ads

Seiring pertambahan usia dan pengalaman, selebriti berusia 37 tahun itu mengakui pandangannya terhadap kehamilan juga semakin berubah.

Melihat ramai wanita di luar sana berdepan cabaran, komplikasi serta perjalanan sukar untuk mendapatkan zuriat membuatkan dirinya lebih menghargai setiap doa yang diberikan. Pengalaman itu turut membuatkan kehamilan Neelofa kali ini dilalui dengan pendekatan yang lebih berhati-hati dan penuh rasa syukur.

“Dulu mungkin kita tak pandai nak hargai sangatlah, tapi bila kita makin berusia dan makin melihat ramai orang di luar sana berdepan cabaran serta komplikasi kehamilan, saya jadi sangat menghargai doa orang ramai.

“Saya sangat-sangat syukuri dan memang perlukan doa kalian, terima kasih… saya hargai sangat.”

“Selagi Belum Melahirkan, Apa-Apa Saja Boleh Terjadi” Neelofa Pilih Simpan Berita Kehamilan

Lebih Berhati-hati Sepanjang Kehamilan Neelofa

Neelofa turut memilih untuk tidak terlalu beria membuat persediaan atau hebahan sebelum tiba masanya kerana sedar perjalanan kehamilan mempunyai cabaran tersendiri.

Ads

Baginya, dapat melalui tempoh kehamilan dalam keadaan sihat merupakan satu nikmat besar. Justeru, fokusnya kini hanyalah memohon agar segala urusan dipermudahkan serta ibu dan bayi diberikan kesihatan dan keselamatan sehingga tiba waktu bersalin.

Privasi Keluarga Dan Kesedaran Mengenai Penyakit Ain

Dalam masa sama, Neelofa turut berkongsi pandangan mengenai kesedaran masyarakat terhadap penyakit Ain, apabila semakin ramai ibu bapa hari ini lebih berhati-hati berkongsi mengenai anak-anak di media sosial.

Menurutnya, tindakan menjaga privasi keluarga merupakan satu perkembangan positif apabila masyarakat semakin sedar tentang kepentingan melindungi anak-anak daripada pendedahan berlebihan.

Ads

Perkongsian mengenai anak dan keluarga di media sosial sememangnya menjadi pilihan peribadi setiap ibu bapa. Bagi Neelofa, pengalaman dan peningkatan usia menjadikan dirinya lebih menghargai ruang privasi, khususnya ketika melalui satu fasa penting dalam kehidupan keluarga.

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

BACA LAGI : Muka Anak Neelofa Kembali Jadi Perhatian, Wajah Muhammad Bilal Tanpa Sticker

Sumber : Sinar Plus

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Hanya Tunggu Panggilan Haji” Suami Sebak Isteri Maut Ketika Menutup Pintu...

Penjaga pintu air JPS, Selaton Nuri, meninggal dunia ketika bertugas di Sabak Bernam. Arwah meninggalkan suami dan enam anak serta hasrat menunaikan haji.