Tomato puree atau puri tomato adalah antara bahan masakan yang sering ada di rumah. Selalunya bahan masakan ini, kita beli je di kedai. Bagaimana pun, bagi yang suka kepada bahan masakan tanpa pengawet, boleh cuba buat sendiri di rumah.
Menerusi perkongsian seorang surirumahtangga, Puan Rita Nadz,ini boleh boleh dijadikan panduan untuk buat bahan masakan ini. Menurutnya, puri tomato ini boleh bertahan sehingga seminggu. Sesuai bagi yang suka buat pizza, spaghetti, lamb shank dan sebagainya. Memang rasa fresh!
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Sebelum di kukus
Bahan-bahan:
12-15 tomato 2- 3 keping beet root * Kak Rita tak suka guna gula pasir dalam lauk jadi beet root ni sesuai sangat sebagai pemanis dan pewarna asli.
Ads
Cara penyediaan:
Setelah dikukus 20-25 minit
Susun buah tomato dan potongan ubi bit dalam dulang pengukus Kukus selama 20-25 minit (tak perlu tambah air dalam dulang berisi tomato dan beet root.
Kisar tak perlu tambah air
Dah siap kukus, kisar (tak perlu tambah air ok-jus dia sendiri dah cukup banyak).
Ads
Simpan dalam botol kaca Boleh tahan dalam 1 minggu camtu walaupun kita tak guna apa² pengawet. Nak terus minum pun boleh.
Masukkan dalam bekas kaca utk disimpan dalam peti sejuk kalau kalian malas nak gunakan dalam masakan kalian hari ni.
Gambar hiasan.
Kalian boleh gunakan puree ni utk topping pizza, Sos pasta, lamb shank, red stew, ikan 3 rasa apa² je la yang kalian suka.
‘Food Hunting’ Makanan ‘Viral’ di Tengah Kuala Lumpur, Syok Bawa Keluarga Bersama!
Sekali sekala seronok juga jika kita bawa seisi keluarga untuk lakukan aktiviti ‘Food Hunting’ di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tentunya merasai beberapa menu viral akan menjadi antara momen indah dan menarik untuk dilakukan bersama-sama.
Jadi andai kata hujung minggu ini anda sekeluarga masih belum ada rancangan untuk dilakukan, apa kata menjejak makanan viral di Kuala Lumpur. Malah untuk lebih istimewa boleh juga menaiki LRT/MRT untuk ke destinasi di tuju. Pasti menarik bukan?
No 8, Jalan Berangan, 50200, Kuala Lumpur.
G12-1, ground floor, Lot 10, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur.
Ground Floor, Lot 10, Shopping Centre, G8-G11, 50, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang.
BACA JUGA ARTIKEL NI
51, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
51, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
69, Jln Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
50, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur,
11 AM – 8 PM
Pavillion Kuala Lumpur, P1.20.00, 168, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Bila nasi dah lebih di masak untuk mengelak daripada pembaziran apa kata nasi lebihan itu dibuat kuih. Kebiasaanya kita akan membuat nasi goreng. Kali ini, buat kuih pula.
Nak tahu cara nak buat kuih apam nasi ini. Ikuti resepi yang dikongsikan oleh Adik Chaq . Mudah aje nak buat.
Saya nk kongsi resepi apam nasi jualan. paling mudah,tak meragam,lembut,tak perlu guna eno.in sha Allah menjadi.
2 cwn tepung gandum 2 cwn tepung beras * satukan bahan tepung dlm bekas besar sbb nt adunan naik berganda.
2 cwn nasi
2 1/2 cwn air
*Kisar dua bahan ni dulu.
1 1/2 cwn gula
1 paket yis
*Masukkan dalam bahan nasi dikisar tadi.Blend hingga sebati.
Perap 2 jam.Sapu acuan dgn sedikit minyak.
Sentiasa kacau adunan sebelum masukkan dlm bekas sbb nt apam jadi berat bawah.
Kukus 10minit.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiap-tiap hari memasak boleh buntu juga menu apa yang ingin disediakan untuk famili. Apatah lagi jika dalam sehari perlu menyediakan menu sarapan, tengah hari dan malam, dalam erti kata lain kena memasak tiga kali dalam sehari. Itu belum lagi menu minum petang. Memang masa akan banyak habis seharian di dapur.
Pun begitu, apa kata kali ini anda sediakan menu istimewa yang sesuai dimakan untuk menu tengah hari sampai ke malam, iaitu Set Nasi Tomato. Sekali masak menepati selera anak beranak.
Ini sebagaimana yanh dilakukan oleh Puan Zadariah Zakaria ini, berkongsi menu yang disediakan untuk keluarganya.
“Masak sekali harong, tengah hari dan malam. Nasi tomato,ayam masak merah. Nasi saya suka kukus, tak keras tak lembik elok ja. Lambat basi cara kukus,” Tulisnya sambil berkongsi resipi untuk menyediakan menu tersebut di group Masak Apa Hari Ni dan siapa sangka resipinya ini mendapat perhatian warganet yang teruja ingin mencuba hingga 19K perkongsian di facebook.
Jadi buat anda yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba sediakan menu yang istimewa ini.
NASI TOMATO KUKUS
Bahan-bahan:
Sediakan pengukus.
3 cawan beras biasa-basuh dan tos
@ beras basmathi-rendam 30 min,basuh dan tos.
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
-tumbuk
2 sdm minyak sapi@ marjerin
Rempah 4 sekawan tak perlu banyak
½ tin tomato pure( saya guna duChef tin 220gm)
2 sdm gula(@ikut citarasa sendiri)
1 sdt garam(@ikut citarasa sendiri)
Secubit aji(option)
⅓ tin susu cair
2½ cawan air
Daun pandan
Cara-cara:
-Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, 4 sekawan naik bau.
-Masukkan semua bahan-bahan lain..tunggu mendidih dan masukkan bersama beras dalam pengukus.
-kukus selama 15 min, buka pnutup dan gembur nasi..sambung kukus hingga masak.
AYAM MASAK MERAH
bahan-bahan:
1 ekor ayam @ bahagian yang suka-bersihkan,garam kunyit dan goreng tak perlu terlalu garing,angkat dan ketepikan
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ruas lengkuas
1 ruas halia
2 batang serai
-Kisar halus
Rempah 4 sekawan
1 senduk kecil cili kisar
½ tin tomato pure(balance yang tadi)
1 batang carrot(yang di kisar halus bersama air)
2 sdm sos tomato
1 sdm sos cili
4 sdm gula perang(citarasa sendiri)
1 sdt garam(citarasa sendiri)
½ sdt cukup rasa
⅓ tin susu cair
Minyak mnumis
Daun pandan
2 labu bawang besar potong bulat
Daun bawang jika suka
Cara-caranya:
-tumis bahan kisar serta 4 sekawan dan daun pandan hingga naik bau.
-masukkan cili kisar, tomato pure,sos tomato,sos cili,msk sampai pecah minyak.
-kemudian,masukkan carrot kisar dan ayam..tambah 1 cawan air jika terlalu kering..renihkan sebentar, masukkan susu cair dan perasa-perasa lain..masak sampai pecah minyak,,kuah boleh ejas nak pekat takat mana..
-masukkan bawang potong dan daun bawang..uttup api..
JELATAH TIMUN
Bahan-bahan:
1 batang timun
1 batang carrot
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
-potong ikut citarasa.
1 sdm gula
2 cubit garam
1 sdm sos cili
1 sdm cuka
Cara-cara
-campur smua dan gaul sebati
*Boleh tambah cili padi jika suka pedas
*nenas jika suka..
-selamat mencuba