Buat Sendiri Tauhu Homemade Cara Mudah, Wanita Ni Kongsikan Resipinya Guna Tiga Bahan Je. Cukup Berbaloi!

Share

Tauhu homemade lebih sedap dan terjamin kebersihannya dibandingkan jika dibeli diluar. Selain membekalkan protein, tauhu membantu kulit yang lebih anjal,  awet muda dan banyak lagi khasiat lain.

Biasa kita beli di kedai, apa kata kali ini cuba buat sendiri tauhu homemade.  Mana tahu, selain untuk makan bersama keluarga, boleh juga buat berniaga kecil-kecilan.

 

Resipi dan cara buat tauhu homemade telah pun dikongsikan oleh Azlia Al Hayahuddin. Jom kita tengok sikit macam mana nak buatnya.

 

BAHAN-BAHAN:

a. 3kg kacang soya

b. 18 liter air

c. 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu

CARA MEMASAK:

1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.

2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.

3. Masak susu soya hingga mendidih.

 

4. Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.

5. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.

6. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. 1 ni dapat 64 biji. Guna 3 kg kacang soya untuk 1 pencetak ni. Ukuran 8 petak × 8 petak

7. Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.

8. Tutup kain dan tekan dengan pemberat.

9. Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.

Tip Tambahan

1.    Rendam kacang soya ialah tidak boleh lebih 5 jam. Kacang soya yang direndam lama akan cepat basi. Paras air untuk rendaman kena 2x daripada kacang soya.

2.   Jika ngam-ngam paras kacang soya, kacang tersebut tidak akan mengembang dan susu soya pun takkan dapat banyak apabila diperah.

ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!

IKLAN