Sekiranya dapat menikmati sup cendawan yang dimakan bersama garlic bread memang cukup nikmat.  Semangkuk sup dihirup panas,  seakan tidak mencukupi!
Jadi ada baiknya, pelajari resipi untuk menyediakan sup cendawan yang berkrim ini.
Ia juga sebagai usaha untuk memancing selera anak-anak dengan menu yang berkhasiat.
Dikatakan cendawan shiitake mampu memberi tenaga dan seterusnya menguatkan kebolehan sistem imun bagi menentang jangkitan penyakit.
 Untuk itu, ayuh ketahui cara penyediaan sup cendawan yang dikongsi oleh Puan Suhanna. Selamat mencuba!
Bahan bahan:
————————–
Buat Sup Cendawan Sendiri,  Lagi Puas Hati!
(A)
4 cendawan butang (hiris)
4 cendawan shiitake (hiris)10 cawan air rebusan ayam
(Kak Ana takde ayam hari ni so gantikan dengan air putih + 3 kiub ayam maggi)1/2 bawang holland (hiris)
1 ulas bawang merah (hiris)
1 batang celery (hiris)
1 helai daun bay
1/2 cawan susu sejat penuh krim atau krim masakan. (Anggaran 100ml)
Sedikit garam
Sedikit perahan limau nipis50gm butter untuk menumis(B)
4 cendawan butang (hiris nipis untuk tambah rasa chunky dalam sup)
Sedikit daun saderi untuk hiasan

Bahan pemekat, untuk pekat kan sup :
————————–————————–——-
50 gm butter
100 tepung gandum

1. Panaskan butter dengan api sederhana, masuk kan tepung.

2. Kacau hingga sebati. Ketepikan.

Cara membuat sup cendawan berkrim :
————————–————————–———-
1. Panaskan butter kemudian tumis bawang merah, bawang holland, celery dan kacau hingga naik bau.

2. Masukkan kesemua cendawan yang dihiris bahagian (A), daun bay dan masukkan air serta kiub ayam.

IKLAN

3. Biar dia mendidih dan renehkan lebih kurang 15 minit.

4. Masukkan susu sejat atau krim masakan dan bahan pemekat sup.

5. Kacau sebati. Tutup api dan biarkan suam sedikit.

IKLAN

6. Masukkan ke dalam blender dan kisar hingga halus sup tadi. Sebelum kisar #jangan_lupa_keluarkan_daun_bay_dulu.

7. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan cendawan (B) dan panaskan balik sup tu.

IKLAN

8. Siap untuk dihidangkan dengan roti bawang putih.

Buat Sup Cendawan Sendiri,  Lagi Puas Hati!

Untuk lebih jelas cara menghasilkan sup cendawan ini, boleh juga lihat video ini.

Posted by Suhanna Zakaria on 11hb Januari 2018

sumber : Suhanna Zakaria

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI