Berkebun di laman rumah bukan sahaja sekadar memenuhi hobi dan jika kena caranya dapat memberi gaya dekorasi laman yang cantik dan menarik.
Ini sebagaimana apa yang dilakukan oleh Encik Firdaus, apabila tanaman sayuran di laman rumah disusun dan diatur sempurna dengan adanya perletakkan batu bata.
Nyata ianya nampak lebih kemas dan di sini dikongsikan cara bagaimana taman sayur di dihasilkan olehnya untuk panduan bersama.
Ini perkongsiannya.
Ini keadaan mini Kebun saya sebelun project
DYI. DaIam bulan June 2020.
Bermula dengan proses ikat bata dahulu.
Size ukuran raised bed lebar 3 kaki dan panjang raised bed ada yang 5 kaki dan 8 kaki. Ikut keluasan kawasan. Tinggi raised bed saya dalam 2 ketul bata sahaja ataupun bersamaan dalam 8inci.
Ads
Proses ikat bata selesai selepas sebulan.
Sebab saya cuma buat time offday sahaja.
Okey, selepas selesai ikat bata, kita buat
laluan jalan kaki pula. Lebar laluan jalan kaki ni
dalam 2 kaki kecuali di kawasan pintu pagar
saya buat lebar 3 kaki. Senang kereta tolak
nak keluar masuk.
Akhirnya siap. Walaupun ambil masa
dekat 2 bulan juga nak siap.
Ads
Dah mula tanam sikit sikit.
Okay ini pula Kebun mini saya di bahagian
hadapan sebelum project DIY.
Sama juga proses awal dia. Kita ikat
bata. Time ni musim hujan. Jadi buat
slow and steady je.
Ads
Akhirnya siap juga selepas 3 bulan.
Ini keadaan kebun mini dI bahagian hadapan sekarang.Selamat berkebun.
Pelbagai gelagat dan gaya sang suami apabila diminta membeli barang dapur ketika PKP ini. Bagi yang dah biasa ke pasaraya pasti bagi mereka hal sebegini ‘kacang’ je, beri je list barang yang diperlukan, sepantas kilat mereka akan melaksanakannya tanpa sebarang masalah.
Tetapi tidak kepada para suami yang sebelum ini hanya tahu menunggu di kereta atau atas motor. Atau bagi mereka yang hanya tahu menghulurkan duit belanja dapur, selebihnya tahu lah isteri yang menguruskan.
Tetapi kali ini segalanya bertukar, ada yang mengambil masa untuk membezakan halia dengan lengkuas, daun sup dengan daun ketumbar. Lucu kan bila ada sahaja troll yang dibuat netizen berkenaan hal ini, tak kurang yang mengutuk. Tetapi ketahuilah, walaupun suami tak pandai namun mereka ada inisiatif untuk melakukannya. Ketika ini baru mereka tahu bagaimana situasi isteri apabila membeli barang dapur.
Berbanggalah bila suami anda keluar membeli barang dapur sendirian, jangan dimarahi apabila tersalah membeli sebaliknya bersyukur kerana dia masih dan tetap melaksanakan tanggung jawabnya sebagai ketua keluarga.
Sebenarnya kan… saya suka je lawak lawak suami tersalah beli barang dapur apa segala tu. Bukan isteri tu nak aibkan suami dia ke apa..saya rasa kebanyakkannya seronok seronok aje berkongsi cerita. Alah, kadang suami tu sendiri yang seronok seronok share dia tak kenal itu..tak kenal ini..gelabah isteri pesan itu..isteri pesan ini.. chill la…seronok apa tengok gelagat rakyat Malaysia ni.
Bila tengok orang upload gambar suami suami kena beratur nak beli barang tu pun, saya senyum juga.
Saya bangga!
Saya bangga melihat ketua ketua keluarga yang bertanggungjawab dan menggalas tugas memastikan anak isteri selamat di rumah, dan sanggup merisikokan diri mereka dengan membeli barang keperluan untuk sekeluarga.
Bersyukurlah. Walaupun kadang suami kita tersalah beli satu dua benda, tapi kita kena banyak banyak syukur kerana sekurang-kurangnya kita ada suami yang bertanggungjawab yang sanggup keluar musim musim PKP ini, beratur, redah roadblock, jam, panas, semata-mata untuk belikan apa yang kita dan anak anak minta.
Kakak kakak, percayalah, bukan semua orang ditakdirkan ada suami yang bertanggungjawab seperti suami kita.
Kadang, ada isteri yang terpaksa keluar sendirian membeli barang keperluan harian dan meninggalkan anak anak di rumah tanpa ada yang jaga kerana suami mereka merupakan frontliner dan perlu bekerja. Itu pun kasihan juga. Itu, memang suami isteri adalah hero negara. (Thank you 🙏)
Tapi, paling sedih, memang ada antara kita yang diuji dengan suami yang taknak bersusah. Ah malaslah, nak kena beratur panjang, awak ajelah yang beli. Ah, malaslah, kena lalu roadblock, jalan jam, awaklah pergi.
Jadi,
Bersyukurlah kalau suami kita dengan machonya menggalas tugas ketua keluarga tu. Walaupun disuruh beli daun sup dibawa baliknya daun ketumbar, sekurang-kurangnya dia adalah suami yang bertanggungjawab dan taknak susahkan kita suruh kita pula yang beratur panjang-panjang dan angkut barang banyak banyak di pasaraya sana.
Sayangilah suami anda. Jika tidak, akan ada orang lain yang akan menyayanginya.
Kahkahkah!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walaupun sedang bergelut dengan keadaan rumah tangga dengan kedatangan pihak ketiga serta orang luar, Bella Astillah berjaya mengangkat nama Malaysia hingga ke China.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya semalam, beliau dijemput untuk mengadakan persembahan di Wuhu Shenshan Music Festival 2024. Beliau turut membanggakan China dengan menyanyikan lagu bahasa Cina selain Sumandak Sabah.
Dengan kapsyen “Alhamdulillah selesai tugas di China. Sedikit klip untuk semua kesayangan di Malaysia! Saya bangga menjadi orang Sabah dan Malaysia”,
Beliau meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menjadi tetamu di pesta tersebut selain bangga menjadi anak kelahiran Sabah dan Malaysia.
Netizen turut menumpang gembira dan berasa bangga dengan kejayaan yang ditempa beliau meskipun sedang menghadapi masalah peribadi.
“Di saat dia dijatuhkan, dia sendirian berjuang terus bangkit demi anak-anak, tahniah Bella semoga terus berjaya dan kuat berdiri. Kami wanita sedunia sentiasa menyokong kamu,”
“Fuh sekarang aku tengah tengok orang yang dijatuhkan berada di pentas besar bawa nama negara, yang menjatuhkan tengah naik bas dan merayau jalan kaki. Allah itu maha adil, besar betul ganjaran orang bersabar,”
Bukan itu sahaja, rakan-rakan artis turut mengucapkan tahniah dan mendoakan yang baik-baik. Antara rakan artis tersebut ialah Puteri Sarah Liyana, Nora Danish, Marsha Milan, Umie Aida dan ramai lagi.
Sebelum ini beliau lahir sempurna seperti orang lain. Sehinggalah usianya 14 tahun, beliau disahkan menghidap penyakit Kanser Tulang. Penyakit tersebut menyebabkan Dr Aizan Sofia Amin 35, berstatus OKU apabila sebelah kaki kanannya terpaksa dipotong.
Selama dua tahun melalui rawatan demi rawatan akibat kanser tersebut, akhirnya anak keempat dari lima beradik dan merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga ini akur apabila sebelah kaki terpaksa dikorbankan demi meneruskan kehidupan.
Bermulalah fasa baru dalam dirinya meneruskan harapan dan cita-citanya sebagai insan berstatus OKU. Kekurangan tersebut bagaimana pun tidak mematahkan semangat Pensyarah Kanan, Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), untuk terus berjaya.
“Alhamdulillah, keluarga saya sangat menyokong terutama ibu dan ayah yang sentiasa ada waktu saya sakit sehinggalah sekarang. Malah, semua family saya tak pernah pandang rendah bahkan mereka yang menjadi kekuatan saya sejak dulu sehingga sekarang,” akui anak kelahiran Puchong, Selangor ini.
Jujur mengakui dulu sering menangis akibat pandangan serong masyarakat terhadap fizikalnya, namun semangatnya cukup kental untuk melalui semua itu.
“Saya menangis bukan sebab saya OKU, tetapi disebabkan persepsi negatif masyarakat menyebabkan saya berasa rendah diri. Akibat kata-kata negatif yang sering dilemparkan kepada saya, membuatkan saya tertekan dan terpaksa bekerja keras untuk membuktikan bahawa saya juga berupaya seperti orang lain”.
“Ketika belajar di United Kingdom dalam Ijazah kedoktoran dalam Disability Studies dari Universiti of Glasgow, Scotland, saya seronok dan dapat melupakan kekurangan diri walaupun bertongkat kerana orang sekeliling masa itu tidak melihat saya sebagai OKU tetapi melihat bakat dan potensi saya melebihi kelainan saya miliki,” katanya menceritakan ketabahannya berdepan dengan masyarakat.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) lantikan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Sesi 2017 – 2018 menyifatkan suka duka diharungi untuk melawan penyakit kansernya, sekali gus kini menjadi titik tolak kepada perjuangannya terhadap OKU.
Ini kerana, beliau tidak mahu generasi berkenaan berdepan dengan pengalaman yang pernah ditempuhi suatu masa lalu.
“Sebab itu saya menasihatkan ibu bapa dan keluarga supaya terus memberi tumpuan terhadap anak OKU.
“Insan-insan ini sebenarnya boleh menjadi insan cemerlang dan membanggakan ibu bapa sekiranya penjaga memfokuskan pendidikan dari awal. Masyarakat juga mesti menerima dan memberi sokongan kepada OKU untuk menjalani hidup sama seperti orang lain ” katanya yang turut mengakui apabila sudah bergelar OKU akan tertekan sekiranya tidak diberi peluang untuk membangunkan potensi diri terutamanya dalam pekerjaan dan pendidikan.
Penerima Anugerah Belia Harapan Majlis Kanser Nasional (Makna) berkata, sejak itu dia tidak mahu menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk mencapai impian hidup.
Menurutnya, walau sesukar mana sekali pun dugaan mendatang, penghidap kanser atau mereka yang sudah bebas dari kanser perlu menghadapinya dengan hati terbuka.
“Apa yang penting, tidak sesekali berasa rendah diri kerana di sebalik kekurangan diri, mungkin ada kelebihan tersendiri yang hanya diketahui ALLAH SWT.
“Paling penting, kanser bukan penamat riwayat hidup tetapi ia adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang lebih bermakna,” jelas Dr Aizan lagi.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dunia seni tanah air hari ini diselubungi rasa duka apabila kehilangan seorang figura hebat dalam industri perfileman tanah air, Datuk Seri Maria Menado, yang...