Buat pencinta kucing pastinya akan menyayangi kucing peliharaan sepenuh hati. Malah kucing juga akan dilayan seperti keluarga sendiri.
Jadi tidak hairanlah, ada yang akan menyediakan bilik khusus untuk si bulus kesayangan demi memastikan keselesaan terjaga.
Bercerita tentang bilik kucing, selain dihias indah perlu juga kita ketahui cara terbaik untuk pastikan bilik tersebut tidak berbau. Ini penting agar seisi keluarga selesa verada di rumah tanpa ada bau yang tidak menyenangkan.
Nak tahu rahsia dan tipsnya, di sini dikongsikan untuk manfaat bersama.
Kucing saya sebenarnya dah neutered (mandul) dan free-roam/bebas dalam rumah. Tapi dia sejenis penakut dengan strangers. Kalau ada orang dia tak kenal datang rumah confirm menciput lari tak cukup tanah.
Kalau tetamu stay rumah 2 hari, 2 hari tu la dia akan menyorok. Sanggup menyelinap macam ninja untuk makan dan poo2.
So saya buat bilik ni sebagai dia punya ‘comfort space’ (saya tak pernah kurung kucing saya). Kot-kot ada yang nak cedok idea untuk bilik bulus masing-masing. Boleh jugak share gambar bilik kucing masing-masing untuk kita cuci mata sama-sama.
Ads
“Mummy, lambat lg ke nak siap ni? Buat
cantik2 sikit taw!”
Inilah dia tuan punya bilik tu. Sibuk nak
pantau mummy dia buat kerja. Nama dia
Mateen. Umurnya dah 2 tahun setengah.
Doakan Mateen panjang umur dan happy
selalu
Ads
Bilik ni kecil je, ukuran 7X8 kaki persegi. Ada tingkap kecil dan saya letak exhaust fan untuk bagi penggudaraan yang baik.
Ni kucing punya toilet area. Saya guna tofu
cat litter sebab senang boleh flush dalam toilet. Lepas kucing u’uk dan kencing boleh terus flush so rumah dan litter box tak sempat nak bau busuk. Hehe.
Ads
Tips utk pastikan litter box sentiasa bersih dan tak berbau:
Cat litter kena bubuh banyak (at least 4 inci dari dasar bekas).
Walaupun bilik ni takde bau najis kucing,
tapi makanan kucing kadang-kadang bagi bau yang kurang menyenangkan. Yang dalam bunjut tu activated charcoal untuk serap bau
makanan. Boleh beli di shopee.
Sumber : Neena Zaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendidik anak ada caranya, bukan membabi buta. Emosi anak-anak ini senipis kulit bawang, jangan dicalar kerana boleh meninggalkan kesan mendalam.
Sementelah di zaman yang cukup mencabar ini. Pendekatan kita sebagai ibu bapa baik mendidik atau membimbing anak-anak takkan sama dengan zaman kita dahulu.
Elakkan berkasar kerana bukan sahaja mencalarkan emosi malah boleh menyebabkan hubungan kita renggang.
Antara sebab anak menjauh ialah sikap kita yang suka marah anak dengan emosi. Kata-kata dan perbuatan kita akan penuh dengan emosi. Ini yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Mokhtar di dalam facebooknya.
Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.
Antara sebab anak menjauh ialah sikap kita yang suka marah anak dengan emosi.
Kata-kata dan perbuatan kita akan penuh dengan emosi.
Ini akan mendorong kita untuk menghukum juga dengan emosi.
Ini bahaya.
Sesuatu yang dipenuhi dengan emosi akan menghiris hati anak-anak. Ibarat pisau yang cukup tajam, dengan hirisan nipis sudah meninggalkan luka yang amat pedih.
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.
Keadaan yang sepatutnya menjadi hukuman yang ada didikan ke anak-anak, jadi sebaliknya. Paling ditakuti keterlaluan emosi marah boleh membawa kepada anak itu dipukul teruk. Ini yang jadi kes dera anak.
Ingat kawan-kawan, anak-anak adalah amanah buat kita. Tidak semua yang dah berkahwin macam kita dapat rezeki ada zuriat. Kadang berbelas tahun kahwin, tak ada rezeki lagi.
Jadi hargai anak-anak dengan mendidik mereka, diberi kelembutan dan kasih sayang.
Satu lagi yang perlu diingat, kita juga manusia. Sangat tidak sempurna. Lagi lah anak-anak yang kecil. Mereka cuma belajar dengan cara melihat dan mendengar.
Entah-entah yang kita marahkan sangat dekat anak itulah teguran Tuhan buat kita. Tuhan nak bagitahu itulah kamu! Tengok dekat anak tu!
Allahu.
Jadi elakkan marah dengan emosi. Kalau kita rasa kita sedang dalam keadaan yang tidak tenteram, jauhkan diri daripada anak-anak. Takut kita marah luar daripada batas.
Bila perasaan kita dah tenang balik, baru datang semula dekat anak tadi. Pegang mereka dan tegurlah dengan kata-kata yang paling lembut dan sesuai. Dari hati.
Ini lebih berkesan daripada kata-kata keras dan tinggi suara.
Seperti menyatakan cinta, mesti dengan suara yang lembut dan ayat yang tersusun indah ye dak? Cewah.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Banyak lagi nak kena belajar untuk jadi walid.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan sepanjang tempoh PKP ini, walau anak-anak kita tidak ke sekolah namun sebagai ibu bapa kita tidak mahu anak-anak leka dalam pelajaran.
Lantas, kita usahakan juga untuk meluangkan masa untuk mengajar mereka. Namun, bukan mudah rupanya dan tanpa sedar kita pula asyik marah-marah dan boleh bertukar macam singa.
Tidak mahu terus berulang perkara yang sama, rupanya ada teknik yang boleh dipraktikkan sebagaimana yang dikongsikan oleh cikgu ni. Jom semak.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Ramai ibu-ibu pm aku bertanya cara yang betul untuk ajar anak di rumah terutamanya mata pelajaran Matematik.
Mereka bertanya, perlukah sediakan rotan? Kebanyakan mereka bila mengajar anak akan bertukar menjadi singa secara tiba-tiba.
Ada juga meluahkan tidak dapat menahan marah apabila benda yang sama dan diulang tapi anak tak faham-faham.
Maka cubitan adalah ‘hadiah’ yang anak mereka dapat akibat kesalahan dan ketidakfahaman mereka itu. Baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tarik nafas, dan baca perkongsian aku sampai noktah terakhir.
Mengajar ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Tekniknya ada pelbagai jenis. Teknik yang terbaik (pada aku) ialah gabungan kelembutan, ketegasan, dorongan dan juga sedikit paksaan.
Begini tuan-tuan, bila mengajar tentang sesuatu topik, kesabaran itulah paling penting. Kelembutan dalam tunjuk ajar itu perlu, memujuk mereka agar faham dengan bahasa yang lembut agar mereka bertambah minat dan suka belajar.
Bila ketegasan itu perlu?
Bila anak mula main-main dan tidak tumpu perhatian. Bila anak mula mendengar sambil mengacau adiknya atau sambil memandang kawan yang naik basikal di luar rumah.
Di sini ketegasan perlu. Perlu untuk dia menumpukan perhatian. Sebaik tumpuan dia berikan, kembali ajar dengan lembut dan sabar.
Jika dia salah, jangan dimarah. Ulanglah walau berpuluh kali. Bila dia tidak faham, jangan cepat cubit atau rotan, namun sabarlah memberi penerangan dengan cara paling mudah sesuai dengan aras pemikiran mereka.
Namun jika mereka malas, di sini kegarangan perlu. Hukuman ringan pun boleh dikenakan jika mereka malas. Kalian minta anak-anak buat 5 soalan, lepas siap satu dia mula malas dan nak main, hah, di sini perlu menjadi singa.
Menjadi singa bila mereka malas, bukan semasa memberi penerangan dan tunjuk ajar.
Bagaimana anak nak faham jika mereka belajar dalam ketakutan? Kasihan dengan mereka asyik dicubit asyik dirotan hanya kerana sesuatu perkara yang otak mereka masih tak mampu nak faham.
Apakah benar mereka tak boleh nak faham atau mereka tidak mampu faham akibat belajar di bawah tekanan?
Atau mungkin juga cara penerangan dan tunjuk ajar kita yang kurang betul membuatkan anak-anak susah nak faham.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Jangan!
Aku selalu menekankan pada murid-murid,
“Cikgu tak marah jika awak salah, namun cikgu sangat marah jika awak malas.”
Murid aku, jika 20 soalan aku beri dan mereka salah semua, tiada satu dendaan atau hukuman aku beri pada mereka.
Namun jika tidak siap kerja, nahas!
Sama juga bila aku mengajar dan memberi penerangan panjang lebar, bila ditanya mereka tak faham dan tak boleh jawab. Aku dengan lembut dan sabar akan mengulang-ulang dan ajar semula.
Namun bila aku mengajar mereka tidak tumpu perhatian, pandang luar kelas, main pemadam, bercakap dan sebagainya, nahas!
Bila masa perlu memaksa anak?
Bila tidak melibatkan pemahaman. Yakni melibatkan hafalan.
Anak tak hafal sifir dan rumus, aku sokong jika kalian dan jadi singa. Nak marah atau nak hukum sekali pun (dengan hukuman ringan sahaja).
Hat tu tak apa. Ini kerana hafalan dan kefahaman adalah dua benda berbeza. Jauh berbeza.
Hafalan memerlukan usaha untuk mengingat. Bila banyak kali diulang-ulang pasti akan ingat. Maka, murid yang tidak dapat menghafal sifir dan rumus sebenarnya bukan kerana mereka tidak boleh, tetapi kerana mereka malas.
Orang yang malas, tiada ubat di hospital bang. Ubatnya hanya rotan. Hehe.
Kefahaman pula memerlukan mereka berfikir, menghadam setiap penerangan dan tunjuk ajar. Jika mereka tidak mampu faham, mungkin saja kerana yang mengajarnya kurang bagus. Mungkin juga topik tersebut terlalu tinggi dengan akal mereka.
Tidak semestinya kerana mereka malas. Sebab itu, di sini perlunya kesabaran yang sangat tinggi. Jangan menghukum anak yang tak faham. Jangan!
Ingat ya mak-mak semua. Jangan asyik nak menyinga saja.
Ada tempat kita perlu berkeras, ada tempat kita perlu dengan lembut dan penuh sabar memberi tunjuk ajar.
Ada juga mak ayah pm aku kata mereka tidak pandai nak ajar anak-anak mereka. Silibus sekarang jauh berbeza dengan apa yang mereka belajar dulu.
Soalan yang anak tanya, mereka sendiri tak boleh jawab. Habis tu macamana nak ajar anak?
Sebab tu aku dan beberapa guru pakar yang lain bina modul Mathzier. Satu modul akan terbitkan setiap bulan selaras dengan apa yang anak-anak belajar disekolah.
Ia disertakan dengan video pengajaran dari aku sendiri. Mak ayah dan anak-anak boleh rujuk video untuk faham, kemudian terus buat modul latih tubi yang ada lebih dari 300 soalan.
Ada video, ada slide, ada modul latih tubi yang dibina oleh guru pakar berdasarkan setiap topik dalam buku teks. Padat, padu dan boleh ulang-ulang tengok video sampai faham, boleh ulang cetak modul seberapa banyak kita suka.
Bila terbaca sahaja laporan berkenaan Yahoo Groups akan menutup operasinya pada 15 Disember, tentunya timbul kerisauan berkenaan akaun fb yang mana ada diantara kita menggunakan email Yahoo.
Jadi apa perlu buat? Boleh ke kita menukar email lain atau bagaimana?
Menjawab persoalan ini, ada baiknya kita baca perkongsian ini berkenaan langkah yang boleh kita buat untuk menukar ke alamat baru.
Ini perkongsiannya.
Yahoo bakal DITUTUP?
Kecoh yang Yahoo Group akan menutup operasi syarikatnya bermula 15 Disember 2020.
Walaupun dengan penutupan operasi Yahoo Group, Yahoo Mail mungkin tak terjejas bagi suatu masa yang belum pasti.
Dan semestinya ramai antara kita yang menggunakan emel Yahoo sebagai emel bagi FB ni kan? Sebelum apa2 berlaku, anda boleh menukarkan emel tersebut ke emel baru.
Sebelum menukar, sila pastikan anda sudah mempunyai emel lain selain daripada Yahoo
Penukar emel FB Yahoo ke emel lain
1) Sila ke Apps FB (guna mobile la senang sikit ) ada perhatian 3 garisan di atas belah kanan tangan anda (bagi Android) atau dibawah belah kanan tangan anda (iOS user). Klik, dan cari SETTINGS
2) Pada SETTINGS, sila klik dan anda akan melihat paparan ACCOUNT SETTINGS. Pilih PERSONAL INFORMATION
3) Di paparan PERSONAL INFORMATION, klik CONTACT INFO
4) Pada paparan CONTACT INFO, anda akan melihat emel yang anda gunakan untuk mendaftar dahulu. Untuk penambahan emel baru, klik ADD EMAIL ADDRESS
5) Masukkan emel baru anda (untuk menggantikan emel Yahoo), dan PASSWORD FACEBOOK anda (password user/emel yang sedang digunakan). Kemudian, klik
ADD EMAIL ADDRESS
6) Anda akan menerima CONFRIMATION CODE di emel baru yang anda telah ‘ADD’ tadi. Masukkan code tersebut pada paparan CODE CONFRIMATION dan klik submit.
7) Selesai, anda akan menerima satu emel yang menyatakan emel anda telah ditukar. Dan sila kembali ke lokasi sama di CONTACT INFO untuk menukarkan PRIMARY EMAIL daripada emel Yahoo ke emel baru.
8) Selesai urusan tersebut, anda boleh la REMOVE emel Yahoo. Maka selesai la urusan penukar emel baru anda
SELAMAT MENCUBA!
P/s: log out fb anda, dan login kembali menggunakan emel dan password yg sama seperti emel yang lama