Hidangan pencuci mulut bubur cha cha ini sejak zaman berzaman memang enak rasanya. Sesuai dijamu untuk dinikmati ketika waktu petang bersama seisi keluarga. Biasanya untuk membuat bubur cha cha atau ada juga yang menamakannya sebagai bubur gandum, kita akan membeli tepung cha cha yang segera.
Namun sebenarnya kita boleh sahaja membuatnya sendiri dengan cara dan teknik yang cukup mudah seperti yang dikongsikan oleh Cahaya Jannah dengan menggunakan resipi dari arwah Toknya.
Jadi tidak perlulah tiba-tiba perlu pergi ke kedai untuk membeli tepung cha cha segera andai tiba-tiba terasa teringin menikmati bubur yang enak ini.
Nak tahu resipi dan langkah untuk membuatnya, ini perkongsian penuh daripada Cahaya Jannah. Selamat mencuba.
Nak share dengan korang… Bubur caca Terengganu atau nama lain bubur gandum. Resepi ni dari arwah Tok saya. Kita tak ada tapisan traditional nak buat bentuk bubur ni, so kita ambil sahaja bakul yang ada dekat rumah ni sahaja. Asal boleh.
Ads
Resepi :
2 cawan gandum
1 sudu teh kapur
Air
(Campur semua bahan tu, adunan lebih kurang nak buat jemput-jemput jangan terlalu cair atau pekat..agak-agak sahaja)
Cara Buat :
Guna bakul ni nak tekan-tekan adunan tadi untuk jadi bentuk bubur caca tu.
Ads
2. Bubur yang dah ditekan tu kita masukkan dalam air panas yang mendidih. Bubur ni akan timbul bila sudah masak.
3. Tadaaa…. Sejat dalam bakul dulu.
Ads
4. Masak santan dan gula melaka atau nissang. Masukkan daun pandan jugak untuk harum mewangikan dia. Dan siap!
Perasan tak, ada segelintir mak-mak memang gemar membeli pinggan mangkuk yang berjenama dan mahal tapi tak guna waktu sekeluarga makan.
Pinggan yang dibeli dijadikan hiasan dalam almari. Tersusun indah tanpa diusik. Jika pakai pun setahun sekali waktu hari raya atau tetamu datang.
Bagaimanapun seeloknya pinggan ini digunakan daripada menjadi perhiasan semata. Jika asyik membeli jika tidak guna ia sudah menjadi kearah pembaziran.
Sebagaimana yang dikongsi oleh lelaki ini, yang berkongsi bagaimana ia berlaku dalam keluarganya. Pinggan jenama tidak digunakan sehinggalah mendapat teguran daripada ayahnya.
Moga perkongsian ini menjadi iktiibar.
Abam tak tahu zaman sekarang, tapi kalau dulu, kita pergi rumah orang kita, rata-rata akan hiaskan pinggan mangkuk dan periuk mahal dalam almari khas. As part of house decoration lah kiranya kan. Sekarang rasanya pun masih ada, hias Tupperware sampai anak nak pergi sekolah, guna container ecosave.
Pinggan percuma sabun, gelas ubat gigi, container Sugarbun, container Coleslaw KFC itulah yang menghiasi ruangan dapur. Tuan rumah guna sudu biasa, tapak peraize bak kata orang Sarawak sebab yang cantik tu simpan untuk hari raya dan untuk tetamu. Iyelah dengan perangai manusia lagi, bila kita hantar lauk, container tak balik semula.. tu yang recycle container. Tu dulu, zaman takde jual container tapau macam sekarang. Mak siap tulis nama kat setiap Tupperware dia, takut tertukar. Angkara tupperware lupa kat sekolah, kami dihujani perlbagai pertanyaan macam soal jawab polis. Itulah nilaian tupperware pada mak-mak.
Mak suka beli set pinggan mangkuk. Zaman tu famous Queen Anne, periuk Vision beli dari Langkawi. Mid 90’s benda viral zaman tu… Siap main kutu lagi nak dapatkan “must have: item dikalangan cikgu-cikgu.
Tak hairanlah kalau dulu, ada yang sampai hias set pinggan mangkuk kat ruang tamu! Hinggalah satu hari masa ayah masih ada, masa tu kami semua sarapan bersama. Ayah berbunyi, “Pinggan kat rumah kita ni takde pinggan lain ke? Asyik pakai pinggan free dengan sudu lembut ni je. Yang mahal-mahal Corelle, Arcopal semua tu nak hidang pada tetamu je ke? Nak tunggu raya baru nak pakai? Atau nanti dah mati baru nak keluarkan semua untuk kenduri arwah?”
Terkesima kami, mak dan adik-adik semua bergegas simpan semua pinggan hadiah dan gelas hadiah tu. Keluarkan set pinggan mangkuk dan sudu premium untuk makan tengahari tu. Abam masih ingat lagi, masa tu kami makan nasi ayam masak madu. Bukan setakat tu, gelas, jag, lapik meja dan langsir pun kami tukar.
Ayah masa tu pergi kebun. Balik dari kebun, dia terkejut. “Ha, ni baru macam restauren… Makan kat rumah pun rasa mewah… Asyik-asyik guna pinggan peraize…” Itulah ingatan indah bersama ayah. Sejak peristiwa tu, selang sebulan mak akan tukar set pinggan mangkuk dan cawan supaya berbaloi apa yang dibeli dan tak jadi sekadar hiasan dalam almari yang dibeli khas untuk letak pinggan mangkuk mahal! Tak terduga dek akal. Hikmah dari ayah cakap pagi tu, kami sedar bahawa bermewah itu kena pada tempatnya. Bukan bermewah untuk tatapan orang dan bukan untuk menunjuk sedangkan kita sendiri tak menikmatinya.
Tapi post abam ni bukanlah nak menunjuk, sebab tak semua orang mampu ada set pinggan mahal. Tapi zaman sekarang ni dengan lambakan kedai harga patut, semua orang ada choice untuk pilih yang terbaik untuk diri mereka. Berapa kali pinggan peraize pecah berderai, gelas hadiah ubat gigi berkecai, sebab tu kita pilih yang terbaik untuk keluarga kita. Kalau tak kerana ayah cakap pada sarapan tu… Pasti kami akan menyesal dengan kata-kata ayah…
“Takkkan bila aku dah mati baru nak keluar semua pinggan mangkuk ni untuk kenduri arwah. Kita sendiri tak pernah pakai, bila dah mati, orang lain yang rasmi…” In loving memory with my late Arwah Ayahanda Haji Azahari
Sayang lebihan nasi kalau nak dibuang begitu sahaja, nak buat cucur atau apam rasa malas pula. Apa kata ikut tip yang dikongsikan oleh puan Norasiah Adnan.
Cara yang cukup mudah dan menjimatkan.
Hari tu sya ada nampak post sorg ahli group nie masak balik nasi yg semalam punya….sya pun cuba buat juga sebab sayang ke nasi.Mak pesan dah,nasi tak baik buang kalau belum rosak dan saya pun memang tak akan buang nasi sebab ia juga punca rezeki… #takbaikmembazir #salamramadhan #pkpfasa3 #kitajagakita
Caranya:
1. *Basuh semula semua nasi semalam termasuk kerak² (kalau ada kerak la) dan toskan sekejap.
2. *Yang nie beras siap di bersihkan dan di sukat airnya.(saya cuma + 1½ pot beras shj)
3. *tuangkan nasi yang siap di basuh tadi ke dalam periuk berisi beras.
4. *biarkan nasi td di atas dan beras di bawah.
5. *dah siap masak.
6. *dah siap masak.Jangan risau,nasi tak akan basi,lembik atau tak masak.
*Kalau ada nasi semalam masih byk,boleh basuh semua dan masak lain.(jgn p letak air plk dlm nasi tu nnt jadi bubur)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan mudah melalui kehidupan sewaktu pandemik COVID-19 ini, rata-rata baik orang biasa mahupun selebriti bergelut untuk meneruskan kehidupan .
Ada yang hilang kerja, tak kurang yang mengalami krisis bisnes sehingga terpaksa menanggung kerugian besar. Walaupun begitu ada yang enggan mengalah dan cuba bangkit demi mencari rezeki menampung hidup sekeluarga.
Dalam satu perkongsian bersama Berita Harian online, pelakon, Acong Sweetchild nekad menambah sumber pendapatan dengan berniaga manisan.
Malah ketika kerja seni direhatkan saat ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dilanjutkan hingga ke 30 Jun, Acong atau nama penuhnya Ahmad Fauzi Manat pantas mempertimbangkan cadangan isteri, Marya Zuraida untuk berniaga pai keju pelbagai perisa.
Kata Acong lagi, ramai pihak terkesan saat ini malah memilih langkah untuk berniaga dan dia tak malu berbuat demikian.
“Golongan seni termasuk pekerja belakang tabir memang ramai terkesan saat ‘total lockdown’ dikuatkuasa. Segala aktiviti seni tak boleh buat, memang ramai ambil keputusan berniaga demi meneruskan survival.
“Tak perlu nak malu atau segan cari rezeki dengan berniaga. Yang penting dapur rumah berasap. Mana tahu boleh tambah pendapatan musim bergelut ini.
“Kebetulan isteri saya pernah belajar buat pai keju dengan adik angkatnya. Jadi isteri syorkan jual manisan berkenaan. Sebelum ini isteri buat jamu saya saja. Tapi sekarang, orang lain pun boleh merasainya,” kata Acong sambil memberitahu boleh menempah manisan berkenaan di Instagram isterinya @maryazuraida.
Kata Acong yang buat kali pertama pernah bolos pencalonan awal Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, dunia niaga bukan asing baginya.
“Kalau nak mengimbas kenangan berniaga saya pernah jual cendol santan sawit pada tahun 2018 di Punggol, Singapura.
“Tak sangka pula percaturan saya berniaga minuman berkenaan menjadi dan tular.
“Ramai yang jatuh hati sebab cendol yang dijual menggunakan gelas besar dan lemak santan sawit memberi kelainan,” katanya.
Acong yang pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kedua dalam pada itu bersyukur isteri tercinta terus menjadi nadi kekuatan hidupnya.
“Selain isteri dan keluarga, kawan serta peminat juga sentiasa menyokong apa saya lakukan.
“Macam apabila saya berniaga manisan sekarang ini, mereka jugalah yang menyokong dengan membeli,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.