Bukan mudah melalui kehidupan sewaktu pandemik COVID-19 ini, rata-rata baik orang biasa mahupun selebriti bergelut untuk meneruskan kehidupan .
Ada yang hilang kerja, tak kurang yang mengalami krisis bisnes sehingga terpaksa menanggung kerugian besar. Walaupun begitu ada yang enggan mengalah dan cuba bangkit demi mencari rezeki menampung hidup sekeluarga.
Dalam satu perkongsian bersama Berita Harian online, pelakon, Acong Sweetchild nekad menambah sumber pendapatan dengan berniaga manisan.
Malah ketika kerja seni direhatkan saat ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dilanjutkan hingga ke 30 Jun, Acong atau nama penuhnya Ahmad Fauzi Manat pantas mempertimbangkan cadangan isteri, Marya Zuraida untuk berniaga pai keju pelbagai perisa.
Kata Acong lagi, ramai pihak terkesan saat ini malah memilih langkah untuk berniaga dan dia tak malu berbuat demikian.
Ads
“Golongan seni termasuk pekerja belakang tabir memang ramai terkesan saat ‘total lockdown’ dikuatkuasa. Segala aktiviti seni tak boleh buat, memang ramai ambil keputusan berniaga demi meneruskan survival.
“Tak perlu nak malu atau segan cari rezeki dengan berniaga. Yang penting dapur rumah berasap. Mana tahu boleh tambah pendapatan musim bergelut ini.
“Kebetulan isteri saya pernah belajar buat pai keju dengan adik angkatnya. Jadi isteri syorkan jual manisan berkenaan. Sebelum ini isteri buat jamu saya saja. Tapi sekarang, orang lain pun boleh merasainya,” kata Acong sambil memberitahu boleh menempah manisan berkenaan di Instagram isterinya @maryazuraida.
Kata Acong yang buat kali pertama pernah bolos pencalonan awal Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, dunia niaga bukan asing baginya.
Ads
“Kalau nak mengimbas kenangan berniaga saya pernah jual cendol santan sawit pada tahun 2018 di Punggol, Singapura.
“Tak sangka pula percaturan saya berniaga minuman berkenaan menjadi dan tular.
“Ramai yang jatuh hati sebab cendol yang dijual menggunakan gelas besar dan lemak santan sawit memberi kelainan,” katanya.
Acong yang pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kedua dalam pada itu bersyukur isteri tercinta terus menjadi nadi kekuatan hidupnya.
Ads
“Selain isteri dan keluarga, kawan serta peminat juga sentiasa menyokong apa saya lakukan.
“Macam apabila saya berniaga manisan sekarang ini, mereka jugalah yang menyokong dengan membeli,” katanya.
Umum mengetahui bahawa peningkatan kes daripada kluster pendidikan meresahkan ibu bapa dan para guru.
Impaknya Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan penutupan sekolah bagi membendung wabak bahaya ini. Selanjutnya Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) juga diadakan dua minggu selepas cuti sambutan hari raya.
Menyedari situasi ini, Nazira Noran menerusi facebooknya berkongsi inspirasi rumah mini buat anak tersayang bagi menghadapi PdPR tak lama lagi.
Menurut Nazira ketika dihubungi Keluarga menjelaskan bahawa kos keseluruhan sebanyak RM4500 menggunakan kayu pine.
Manakala untuk cat dilakukan secara DIY dan, banyak beli barang hiasan kat shopee lazada.
Ikuti perkongsian beliau.
“Alhamdulillah, Dah Siap Rumah I-Sinar
Alhamdulillah. Dah siap Rumah i-sinar Qolbi. Dah ada bilik untuk PdPR, ada sudut privacy untuk diri sendiri. Konsep rumah dalam rumah ni sesuai untuk rumah kecik tak cukup bilik macam saya ni.
Nak beli rumah yang ada 3 / 4 bilik masa tu harga dekat sejuta, tak mampu. So beli juga rumah ni walaupun 2 bilik sebab suka balkoni rumah luas. Masa tu saya dah pasang niat nak buat rumah kecik ni untuk Qolbi.
Alhamdulillah selesai juga kerja2 akhir cat mengecat dan mendeko sendiri. PdPR lepas raya ni, mama tak nak stress. So, tak payah berebut meja kerusi study bilik kakak atau meja makan lagi. Buat yang termampu saja ok . Ingatan untuk diri sendiri, sentiasa bersyukur, ada orang lain lagi susah daripada kita. Dalam masa berbaki 11 Ramadan ini, semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk terus menunaikan ibadah. Esok dah boleh masuk gear 5.
TINGKAT ATAS DISEDIAKAN TILAM UNTUK BEREHAT
RUANG BELAJAR
Konsep yang simple tetapi cantik. Moga jadi inpsirasi!
Apbila meningkat usia, macam-macam penyakit mula la timbul. Kalau tak dikawal cara makan dan tidak melakukan senaman, lagi cepat badan anda mengalami masalah. Salah satunya sakit lutut. Ini biasa berlaku pada mak-mak kita kan. Jom admin kongsikan satu resipi air rebusan dari tiga bahan je untuk anda cuba. mana tahu dapat membantu bagi yang bermasalah sakit lutut.
RESEPI LUTUT POWER Rupanya ramaiiii sangat yang ada #sakit_lutut. Dah tak kira umur lagi dah. Ni kak Bib share RESEPI LUTUT POWER yang memang khas untuk sesiapa yang ada masalah lutut. Resepi ni memang berkesan tau. Tukang ubat yang ajar Kak Bib bagi tau, ni resepi orang lama yang memang popular. Sapa yang dah tau takpe. Yang lom tau, boleh cuba ok!
RESEPI LUTUT POWER 2 biji Apple hijau potong dadu
4-5 batang serai di ketuk (Kalau besar guna 3 cukup)
1 batang Kayu Manis Ceylon patah patah kan (kalau yang gemok, guna 1/2)
5 gelas air
Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air. Minum time suam, 2 kali sehari. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu. Apple tu boleh kunyah jek. Sapa rajin, nak blend pun boleh. Tapi serai ngan Kayu Manis Ceylon tu sila letak tepi ok. Tak payah kunyah. Khasiat dia dah keluar. Kenapa air ni power? Apple, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation. Tiga tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air ni. Kulit Apple nak kena buang ke tak?
Tak payah. Cuci bersih dan rebus skali ngan kulit. Kulit Apple ada 5 kali ganda antioxidant. Rugi ler kalau buang khenn! Pesakit yang ada masalah darah rendah tak boleh minum air ni. Nanti darah jadi terlalu rendah lak
Bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah memohon Pengeluaran i-Lestari dan berjaya mendapatkan kelulusan, bayaran pengeluaran bulan pertama akan dikreditkan ke dalam akaun bank bermula esok hingga 18 Mei ini.
Ahli KWSP yang permohonan pengeluarannya diluluskan akan dimaklumkan mengenai pengkreditan itu menerusi laman sesawang i-Lestari sejurus bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing.
Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata proses pengkreditan ke dalam akaun bank ahli mungkin mengambil masa satu hingga tiga hari daripada tarikh KWSP membuat pindahan.
“Tarikh sebenar wang tersedia dalam akaun bank untuk membolehkan ahli membuat pengeluaran adalah tertakluk kepada proses pelepasan bayaran bank masing-masing.
“Ahli perlu memastikan akaun bank mereka masih aktif dan tidak dibekukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sejak i-Lestari dilancarkan pada awal April lalu, KWSP sudah meluluskan lebih 3.51 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion.
“KWSP mengadakan perbincangan mendalam dengan bank-bank rakan kongsi sepanjang bulan lalu bagi memastikan sistem dan infrastruktur mereka bersedia untuk menerima dan memproses sejumlah besar deposit pada satu-satu masa.
“Kami kemudian bersetuju bahawa kaedah terbaik dan paling selamat adalah melalui pindahan dana harian secara berperingkat daripada KWSP ke institusi kewangan.
“Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar, dijangkakan keseluruhan proses ini akan diselesaikan dalam masa dua minggu atau lebih awal,” katanya.
KWSP memahami keperluan mendesak ahli untuk menggunakan wang bagi melalui waktu mencabar ini walaupun khuatir Pengeluaran i-Lestari akan mengurangkan simpanan persaraan mereka.
“Kami berharap ahli sudah berfikir secara mendalam sebelum memutuskan jumlah yang akan dikeluarkan dari Akaun 2 mereka.
“Ini kerana mereka perlu mengimbangi keperluan tunai semasa dengan keperluan untuk memiliki kewangan yang utuh pada masa depan,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Norlia Ghani buat 'live' TikTok kali pertama dapat sejuta tontonan. Pelakon veteran, Norlia Ghani yang kini berusia 77 tahun, semakin aktif di platform TikTok dan berjaya meraih lebih 129,000 pengikut. Beliau juga kerap membuat siaran langsung sebagai satu cara untuk berinteraksi dengan peminat.