“Tak sabar actually nak share news ni dengan semua .. Oleh kerana masa dan situasi Tak mengizin kan kami Cadang untuk share pada hari ini ..
“Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti ditentukan Oleh Yang Maha Esa … Kami happy sangat dekat sini , walaupun hati tu rindu nak balik MALAYSIA, balik Ipoh jumpa keluarga ..
“Rindu nak shooting jumpa kawan kawan ,Honestly rasa kebunan rindu tu lebih dari kebunan nak makan time mengandung ni .
Dia dalam pada itu mengakui bakal melahirkan bayinya di negara kanggaro berkenaan. Menerusi perkongsian tersebut juga, isteri kesayangan Trent Garrett turut meminta tips daripada warganet sebagai persediaan untuk bergelar ibu.
“Memandangkan ilya akan bersalin dekat Australia ,ilya harap ramai Boleh share tips dekat ilya ok …
“One thing ilya experience dalam 5 bulan ni “it’s Hard”bukan mudah rupanya nak jadi seorang ibu .. phewww.. tapi in the same time,rasa excited and bersyukur.
Kebanyakan daripada kita hanya memberikan perhatian kepada tarikh luput pada barang-barang tertentu sahaja seperti makanan kerana ia mudah rosak. Kita tak pernah terlepas pandang untuk menyemak tarikh luput susu atau roti. Bahkan, setiap kali membeli barangan tersebut, kita akan menyemak tarikh terlebih dahulu. Sedangkan untuk barangan lain, kita sering terlupa, atau mungkin kita tak tahu, bahawa peralatan rumah lain juga mempunyai tarikh luput.
Berikut beberapa barangan dan peralatan lain di dalam rumah yang mempunyai tarikh luput.
1. Bantal (2-3 tahun)
Mungkin ramai yang tak tahu, atau tidak kisah, selagi bantal tersebut boleh dipakai, kita akan pakai. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai ‘bantal busuk’ sejak kecil. Sebenarnya bantal mempunyai jangka hayat selama 2 hingga 3 tahun. Bantal akan menjadi rumah kepada hama, yang akan memberikan banyak masalah kepada kesihatan kita. Bantal lama juga akan menyebabkan kesakitan pada leher kerana kehilangan bentuk asalnya disebabkan penggunaan melebihi jangka masanya.
2. Tuala (1-3 tahun)
Pernah tengok orang memakai tuala sehingga nipis dan gelap warnanya? Ia bukanlah disebabkan kualiti tuala itu tidak bagus, tetapi kerana penggunaan sesebuah tuala untuk jangka masa yang terlalu lama. Jika anak-anak anda tinggal di asrama, cuba periksa tuala anak anda. Sama ada ianya masih elok atau tidak. Disebabkan tuala sentiasa basah, ia adalah tempat yang paling baik untuk pertumbuhan bakteria, dan akan menjadi punca kepada pelbagai penyakit kulit.
Walaupun kerap dibasuh, tuala akan tetap tidak dapat menyelesaikan masalah itu. Sentiasa tukar kepada tuala yang baru, setiap 1-2 tahun.
3. Berus gigi (3 bulan)
Ya, kebanyakan di antara kita hanya akan menukar kepada berus gigi yang baru hanya apabila bulu-bulunya sudah tercabut atau rosak. Doktor gigi mengesyorkan agar kita menukar berus gigi setiap 2 atau 3 bulan. Berus gigi yang rosak dan keras akan menyebabkan hakisan pada gigi.
4. Span mandian / Loofah (2-3 minggu)
Span mandian atau loofah akan mula membiakkan bakterian dan kuman hanya dalam beberapa minggu. Disebabkan ia sentiasa dalam keadaan basah, ini akan mempercepatkan lagi proses pembiakan tersebut. Loofah yang diperbuat daripada plastik dan berjaring seperti gambar di atas adalah lebih selamat dan tahan lebih lama, kira-kira 8 minggu kerana ia mempunyai ruang antaranya yang lebih besar berbanding span mandian biasa.
Untuk memastikan span anda tahan lebih lama, sentiasa bilas dan keringkan span dan loofah anda selepas setiap kali digunakan. Gantikannya selepas beberapa minggu.
5. Produk pencuci / pembersih
Pernah tak anda mengalami situasi ini, anda baru berpindah ke rumah baru, dan terdapat produk pembersih atau pencuci seperti pencuci lantai atau sabun basuh baju. Berasa rugi untuk buang barang-barang ini anda pun gunakannya untuk mencuci lantai dan baju anda. Pernah?
Ini adalah kerana kita mengganggap produk-produk ini tidak mempunyai tarikh luput, dan berasa rugi jika membuangnya. Menurut Good Housekeeping, keberkesanan produk-produk ini akan berkurangan selepas tempoh tertentu dan bekas plastik produk itu juga akan memberi kesan kepada formula produk itu. Kami sertakan tarikh luput bagi produk-produk pembersih yang mungkin ada di rumah anda.
Sabun basuh baju : 6 hingga 12 bulan
Pelembut pakaian : 1 tahun
Pembersih lantai / sinki : 2 tahun
Pembasmi kuman (Dettol) : 3 bulan
Sabun basuh pinggan : 12 hingga 18 bulan
6. Minyak wangi (1-3 tahun)
Minyak wangi dan eau de parfum boleh tahan selama 3 tahun jika tidak dibuka dan digunakan, dan tahan untuk 2 tahun jika digunakan. Manakala eau de toilette pula boleh bertahan selama 4 tahun jika tidak dibuka, dan 2 tahun jika dibuka. Jadi sebelum anda membeli minyak, jangan hanya pilih bau yang anda suka sahaja, anda juga perlu periksa tarikh luput.
7. Puting bayi (2-5 minggu)
Bagi yang mempunyai anak kecil, pastikan anda sentiasa memantau puting yang diberikan kepada si kecil. Puting yang diperbuat daripada getah perlu digantikan, tak kiralah berapa lama ia telah digunakan dan keadaan puting itu. Ia amat mudah rosak dan boleh menyebabkan pembiakan kuman dan bakteria.
8. Kerusi kereta kanak-kanak (6-10 tahun)
Oleh kerana kerusi ini diperbuat daripada bahan yang mengembang dan mengecut berdasarkan jangka umur dan suhu, dan suhu dalam kereta yang berubah terlalu kerap, kebanyakan kerusi kereta kanak-kanak mempunyai jangka hayat selama 6 hingga 10 tahun SELEPAS dari tarikh pembuatan. Tarikh luput biasanya dipaparkan pada bahagian bawah atau tepi produk tersebut.
Juga, kerosakan terdahulu, atau jika anda terbabit dalam kemalangan juga boleh memberikan kesan kepada keselamatan kerusi ini. Jadi, jangan sesekali anda cuba untuk membeli kerusi kereta bayi terpakai, kerana tidak tahu tahap keselamatannya. Lebih baik membelanjakan lebih wang daripada mengambil risiko yang sangat bahaya.
9. Baju dalam wanita (1-2 tahun)
Ya, baju dalam wanita juga mempunyai tarikh luput. Sebaik sahaja baju dalam anda hilang bentuk, keanjalan, menjadi besar atau kecil, dan juga menjadi tidak selesa, tiba masanya untuk anda membuangnya dan membeli yang baru tanpa rasa kesal. Ia tidak baik untuk kesihatan payu dara anda, dan juga keselesaan yang kurang dalam seharian anda.
10. Kasut sukan (1 tahun)
Jika anda seorang atlit, atau suka bersenam, anda mungkin tahu bahawa kasut sukan mempunyai tarikh luput. Setelah kasut sukan anda digunakan untuk larian sebanyak 400 hingga 500 kilometer, ia kusyen pada kasut tersebut akan mula hilang dan ini akan memberi kesan kepada sendi-sendi anda. Namun, jika anda jarang menggunakannya, tukar kepada kasut baru jika anda berasa tidak selesa dan rasa sakit-sakit.
11. Wayar sambung (1-2 tahun)
Setiap wayar sambung mempunyai kapasiti yang tertentu. Jika anda melebihi kapasitinya, ia akan merosakkan wayar sambung tersebut dan boleh menyebabkan masalah besar seperti litar pintas yang akan menyebabkan kebakaran. Tidak berbaloi untuk mengambil risiko yang besar hanya kerana anda tidak mahu menukarnya.
12. Krim pelindung matahari (3 tahun)
Biasanya, krim pelindung matahari mempunyai jangka hayat selama 3 tahun, walaupun tidak dipaparkan pada produk tersebut, menurut pakar-pakar. Setelah melepasi jangka hayat ini, keberkesannya akan menjadi kurang. Jadi, sebelum membeli, anda perlulah menyemak tarikh luputnya terlebih dahulu, dan jika ia tidak mempunyai tarikh luput, semak tarikh produk itu dihasilkan, dan buang selepas 3 tahun tidak digunakan.
Jadi selepas ini, diharapkan kita semua lebih peka dan teliti ketika membeli barangan-barangan ini dan juga barangan lain, supaya mendapat faedah dan manfaat yang lebih. Juga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
.
Sumber rujukan :
1. Buzzfeed
2. Dadgab
3. Linkis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza yang berkongsi bakal menimang cahaya mata kedua pada tahun hadapan.
Kongsi Zahirah yang kini sudah pun hamil di trimester kedua kandungannya mengakui semakin reda dari alahan yang dialaminya ketika trimester pertama.
Malah kongsi ibu kepada si comel, Isaac Raees ini sudah semakin berselera untuk makan nasi seperti biasa.
“Second trimester ni barulah ada selesa nak makan nasi,” kongsinya.
Bahkan kata Zahirah lagi, ketika di awal kehamilannya, dia langsung tidak boleh menjamah nasi malahan bau-bau dari masakan juga membuatkan dia terkesan.
“Masa first trimester tak nak makan nasi langsung! Masa itu bau lauk masakan pun tak boleh,” tambahnya.
Terdahulu, Zahirah dan Aiman turut meluahkan rasa syukur dan mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua mereka pada tahun hadapan.
Bahkan Aiman tidak sabar untuk menanti tahun 2024 bagi menyambut kelahiran anak kedua mereka. Menerusi perkongsian itu, Aiman turut memuat naik gambar pemeriksaan ultra bunyi kandungan isterinya namun tidak berkongsikan usia kandungan anak keduanya itu.
Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Isaac Raees kini berusia dua tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kepada peminat laksa, sebenarnya boleh buat sendiri laksa di rumah.
Selain dapat menjimatkan kos, paling penting kita akan lebih puas hati apabila melakukan penyediaan sendiri yang pastinya terjamin kebersihan.
Bagi yang belum tahu cara membuat sendiri laksa beras homemade, apa kata ikuti resipi ini yang dikongsi oleh Roslina Shaari Ina Kie.
Jom lihat resipinya.
Cara buat laksa beras sendiri.
Resepi.
4 cawan tepug beras c teratai 3 sudu makan tepung ubi membukit 3 sudu mkn tpg gandum membukit 3 cawan air panas mendidih Secubit garam
Cara penyediaan: Letak tepung dalam bekas. Larutkan garam dgn air panas. tuang sikit2 air panas ke tpg sambil kacau dgn senduk. Kalau rasa keras tambah ckit² air panas.
Tekan-tekan doh dan kepal bg jd ketul. Masa kepal tangan sapu minyak. Masukkan dlm acuan. Sy guna acuan maruku.
Panaskan kukusan trlbh dahulu. Bentukkan laksa buat sampai habis. Terus kukus dlm 20 minit. Angkat n letak dlm air biasa dlm 5mnt. Buang air n tambah air baru.
Kacau laksa bg terlerai antara satu sama lain. Terus tapis. Blh mkn dgn segala jenis kuah laksa. Laksa utara, Laksa lemak kuah putih dan aksa kuah kari. Hrni kita buat laksa lemak kuah putih.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.