Bila anak minta sesuatu, tak semua permintaan boleh ditunaikan, walaupun nampak kecil atau tak berbahaya. Sebab setiap kali kita izinkan sesuatu yang di luar batas mereka, ia boleh jadi kebiasaan yang sukar dikawal di masa depan.
Contohnya, anak minta keluar malam atau pergi jauh dengan kawan-kawan. Kalau sekali kita benarkan, permintaan yang sama mungkin akan berulang, malah makin meningkat. Dari satu tempat ke tempat lain, dari sekali jadi tabiat.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan sekadar memenuhi kehendak mereka, tapi mendidik mereka tentang tanggungjawab dan batasan. Tegas bukan bermaksud tak sayang, tapi langkah berjaga-jaga untuk elak perkara yang lebih besar berlaku. Begitu juga dengan perkongsian yang dipaparkan oleh saudara Abdul Muiez mengenai perlunya ada ketegasan dalam mendidik anak. Bukan berfikiran sempit, untuk mendidik anak-anak untuk menjadi orang yang memahami dengan peraturan hidup dan displin.
Ads
Semalam, si sulung ni bagitahu. Sabtu haritu, kawan-kawan dia ajak pergi Kuala Selangor, tengok wayang. Saya tanya, “Iezat jawab apa?” “Memang taklah mama dengan baba nak bagi.” “Haaaa, bagus.”
Dia baru berusia 16 tahun. Baru dapat lesen beberapa bulan lepas. Lepastu nak pergi ke Kuala Selangor yang perjalanannya memakan masa satu jam sehala. Memang kami takkan bagi lah.
Bukannya apa. Setiap yang pertama kali, akan ada yang kali kedua. Bayangkan kalau saya bagi. “Ba. Nak pergi Shah Alam. Haritu baba bagi pergi Kuala Selangor.” “Ba. Nak pergi Manjung. Nak ride dekat Lumut. Haritu kan baba bagi pergi Kuala Selangor.” Uiiii memang tak dapat derrrr. Dia baru form 4. Nak ride bagai. Kata mak saya, “tampar muka kau karang, tahulah nasib kau.”
Ads
Nasib baik dia tak pernah bising. Kenapa baba tak macam ayah orang lain. Kalau dia tanya, saya akan ulang balik apa mak saya cakap. Dulu, adik saya pernah tanya. “Nenek orang tu bagi je. Boleh je buat apa-apa.” Mak saya jawab, “kau bungkus kain baju kau, pergi berambus sekarang.” Terus senyap adik saya.
Mak saya mulut memang laser. Walaupun kami tahu mak takkan buat, tapi takda siapa pun antara kami yang berani melawan.
Konsepnya sama macam kalau kita benarkan anak-anak keluar malam.Kali pertama bagi keluar malam, balik pukul 10. Esok nak keluar lagi.
Kita pun bagi lagi. Sampai satu masa, dia akan keluar sendiri tanpa minta izin. Sebab, dari kebiasaan dah jadi tabiat.
Lepastu, kita pun bising. “Anak saya keluar malam. Pukul 11 baru balik. Puas dah nasihat.” Balik kepada punca, kita yang izinkan dia buat sesuatu perkara yang dia tak patut buat untuk kali pertama. Nak selesaikan masalah yang akan datang ni, janganlah bagi anak buat benda yang tak sepatutnya dia buat. Begitulah.
Setiap isteri pasti ada cara tersendiri untuk membuatkan rumah tangga sentiasa harmoni dan bahagia. Salah satunya adalah dengan menjaga perut suami dengan air tangan sendiri. Malah, itu antara petua yang selalu diajar oleh ibu bapa apabila anak-anak bakal mendirikan rumah tangga.
Orang kata air tangan isteri ini menambahkan keberkatan dan kasih sayang dalam keluarga. Malah, itu juga membuatkan sang suami tak sabar-sabar nak pulang bertemu anak dan isteri.
Demikian yang dipraktikkan oleh ibu muda dan juga pelakon, Memey Suhaiza dalam mengikat hati suami kesayangannya Norman Hakim.
Dalam perkongsiannya, Memey mengakui selain menggunakan diri sendiri dan anak, memasak makanan kegemaran suami antara cara mudah untuk membuatkan suaminya itu pulang cepat ke rumah.
Cara paling berkesan selain guna anak n diri kita utk suami balik cepat ?? Masak lauk fav diaaa?? @normanhakim_786 Kalau dah masuk gym mmg terlupa berapa lama masa berjalan.. Hantar je gambar lauk.. Setengah jam lepastu mesti dah sampai.. Siapa selalu buat mcm ni juga? Kita geng?? .
Ps: u all mkn apa hujung minggu ni?
Demikian perkongsian dari Memey menerusi laman instagramnya semalam.
Sekarang ini sana sini, ramai yang pergi melancong setelah hampir dua tahun tidak dibenarkan merentas negeri.
Namun ini melancong ini memerlukan sejumlah peruntukan kewangan. Jika tiada perancangan tentu ia akan menjejaskan dana tabungan kecemasan anda. Jadi untuk mengelak menggunakan duit simpanan, apa kata buat tabungan bercuti untuk keluarga.
Nak tahu caranya ikuti tip ini.
1- Target & Perancangan Untuk mencapai destinasi tempat percutian yang ingin kita pergi kita tidak boleh membuat keputusan secara tiba-tiba. Menurut pengalaman yang dikongsikan traveler terkenal Matt Harding iaitu seorang American traveler terkenal. Untuk mencapai destinasi yang ingin kita tujui kita perlu mempunyai sasaran& perancangan sekurang-kurangnya setahun sebelum tarikh yang ingin kita pilih. Hal ini penting bagi sebuah percutian ini berjaya dilaksanakan dan tempat sasaran kita itu berjaya dijejaki. Lebih detil lagi peracangan yang dibuat maka lebih jelas bagaimana untuk kita sampai ke tempat yang kita kita tujui
2- Tabung Percutian Selepas mempunyai perancangan yang lengkap maka sampai masa untuk melaksana rancangan tersebut. Destinasi yang ingin ditujui mempunyai kos tersendiri yang perlu kita laburkan. Jadi untuk mengelakan kita menggunakan duit dari sumber yang tidak sepatutnya maka kita perlu asing atau tabungkan wang pelaburan tersebut ke satu tabung khusus. Namun apalah makna sebuah tabung sekiranya kita tidak mampu konsisten dalam menabung jadi komitmen dalam menabung teramatlah penting bagi mencapai objektif percutian kita tadi. Lebih tinggi kos tempat yang ingin kita tujui maka lebih tinggi wang yang patut kita tabungkan.
Untuk percutian ke luar negara secara minimum kami sarankan agar menabung sebanyak RM5/ sehari. Sekiranya ia dilakukan secara konsisten maka jumlah yang akan diperolehi dalam masa setahun adalah RM5 X365/hari bersamaan RM 1825 . Untuk mendapatkan lagi bonus penjimatan yang maksimum. Untuk 6 bulan pertama anda keluarkan dahulu wang tersebut bagi pembelian tiket penerbangan. Ini kerana sudah menjadi trend promosi banyak syarikat penerbangan melakukan promosi harga runtuh tiket penerbangan bermula enam ke tiga bulan dari tarikh yang kita pilih. Kita juga harus alert untuk sebarang promosi dari mana-mana syarikat pelancongan kerana promosi dari syarikat penerbangan juga akan membuka promosi khas untuk syarikat pelancongan yang berdaftar untuk di promosikan kepada anda.
3- Wang Tambahan Jangan merungut dan runsing sekiranya anda tidak mampu menabung oleh sebab kos sara hidup yang semakin meningkat. Cara lain untuk mencapai tips no.2 adalah anda boleh cuba melakukan aktiviti wang tambahan secara part time. Hari ini pelbagai tawaran buat duit secara sambilan yang boleh pilih pilih. Apa yang penting anda perlu bijak memilih lubuk duit yang tidak merumitkan dan tidak menjadi beban untuk anda melakukannya. Bukan semua perkara kita suka lakukan dan sudah pasti kita melakukan ini hanya sementara saja. Sekiranya wang sasaran menabung anda telah dicapai lebih awal dari dijangkakan maka anda boleh berhenti untuk mengerjakan aktiviti ini.
Apa yang pasti, untuk menabung ini memerlukan semangat dan displin supaya usaha ini berjaya.
Benarlah orang kata, rindu yang paling sakit adalah merindukan orang yang sudah tiada. Kesedihan itu hanya Tuhan yang tahu, bukan mahu menidakkan takdir atau tidak boleh ‘move on’, namun hanya yang melalui sahaja tahu akan perasaan tersebut.
Demikian yang berlaku kepada Fatimah, si cilik popular yang tinggal di di Birmingham, United Kingdom (UK). Kehilangan orang tersayang memberi kesan yang sangat hebat kepada Fatimah yang baru berusia 5 tahun.
Hampir sebulan pemergian Adamdidam atau nama sebenarnya Adam Mahamed Ismail, belum terubat sedih dihati kanak-kanak ini. Umum sedia maklum akan hubungan istimewa dan cukup rapat dengan tiga beradik ini iaitu Fatimah, Omar Mukhtar dan Ali.
Justeru, kehilangan Adam dalam hidup anak-anak itu memberi kesan yang cukup mendalam, dan tidak mudah untuk mereka terima dalam jangka masa yang singkat.
Ibu kepada Fatimah berkongsi perkembangan terbaharu kanak-kanak itu menerusi akaun rasmi Instagramnya baru-baru ini.
Difahamkan, selepas mendapat tahu Adam atau dipanggil mamaje oleh anak buahnya telah meninggal, Fatimah terutamanya antara yang paling terkesan, sehingga kesihatannya terjejas, kerana terlalu merindui Adam.
Jika sebelum ini ibunya, memaklum keadaan Fatimah sudah beransur pulih, tetapi baru-baru ini Fatimah dikatakan masih tidak mampu melawan perasaan rindu terhadap mamajee dan hanya mampu pergi ke sekolah selama dua hari sahaja.
Last week, Fatimah managed to go to school for only two days. She had another breakdown on Wednesday, 12th June. It was really heartbreaking to witness her pain. At first, no sounds came out of her mouth, only the tears streaming down her face. Then finally, her voice broke the silence.
Perkongsian tersebut nyata cukup meruntun hati siapa yang membacanya. Malah, Fatimah turut meminta ibunya menelefon auntie Love, iaitu gelaran yang dipanggil kepada Neelofa, yang ketika itu sedang dalam umrah, meminta doa agar Allah memulangkan Adam walau hanya untuk satu minit.
She said, “Please call Auntie Love…I need her to help tell Allah to send back Mamajee for just one minute. All I need is one minute. Just one minute, and I will return him back to Allah.” ?
Demikian respond dari Neelofa tatkala membaca perkongsian tersebut. Tidak dapat nak dibayangkan betapa kasih dan sayangnya kanak-kanak ini terhadap arwah Adam.
Semoga Fatimah dan adik-beradiknya kembali ceria seperti sebelum ini. Kesedihan dan keperitan jiwa yang dirasai oleh anak kecil ini sangat berat untuk ditanggung, hanya masa yang dapat mengubatinya.
Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari telah meninggal dunia pada Khamis di Hospital Ampang,...