Pendarahan di awal trimester kehamilan sememangnya begitu membimbangkan. Risau janin masih belum kuat dan masalah lain pula yang akan timbul kelak. Apa sebabnya hal ini terjadi?
Adakah darah ini normal atau berbahaya? Pendarahan faraj semasa hamil trimester pertama adalah perkara biasa.
Dianggarkan lebih 20% kehamilan mengalami pendarahan ringan atau tompokan darah semasa mengandung dan kebanyakan mereka yang berdepan situasi ini dapat melalui kehamilan sihat.
Pendarahan implantasi
Selalunya punca darah keluar semasa hamil yang berlaku adalah tidak berbahaya walaupun sebelum seseorang individu tersebut menyedari diri sedang mengandung.
Biasanya pendarahan ini terjadi apabila telur yang disenyawakan melekat pada lapisan rahim. Ia dikenali sebagai pendarahan implantasi.
Ads
Tanda-tanda pendarahan implantasi adalah pendarahan ringan atau tompokan di sekitar tempoh jangkaan kedatangan haid. Namun tidak semua wanita akan melaluinya.
Umumnya istilah tompokan ini biasanya merujuk kepada beberapa titik darah dan tidak menutupi keseluruhan tuala wanita atau panty liner.
Punca pendarahan berat semasa awal kehamilan
Pendarahan faraj semasa awal kehamilan kadangkala menunjukkan masalah yang serius, seperti:
Keguguran
-Pendarahan, sakit perut dan sakit belakang adalah tanda biasa keguguran
-Pemeriksaan menunjukkan bahawa serviks terbuka
– Tisu mungkin tertolak keluar melalui serviks dan faraj
Ads
Kehamilan molar
– Keabnormalan persenyawaan yang mengakibatkan pertumbuhan tisu abnormal dalam rahim.
– Kehamilan molar bukanlah kehamilan biasa, tetapi pertumbuhan dalam rahim membawa kepada gejala tipikal kehamilan awal
– Bagi kehamilan molar separa, terdapat pertumbuhan tisu tidak normal bersama kehadiran janin yang mengalami kecacatan kelahiran teruk
Kehamilan ektopik
– Pendarahan faraj ringan dan sakit perut yang semakin meningkat mungkin menunjukkan kehadiran kehamilan ektopik
– Merupakan kehamilan luar rahim di mana telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim
– Untuk kehamilan jenis ini, embrio berada di dalam salah satu tiub fallopio. Apabila kehamilan membesar, tiub akan mengembang dan sakit perut akan menjadi teruk
– Dalam sesetengah kes, ia boleh memecahkan tiub fallopio sehingga mengakibatkan kehilangan darah yang banyak
Pendarahan subchorionic
– Dalam keadaan ini darah terkumpul di antara kantung kehamilan dan dinding rahim
– Ada kalanya, darah beku dalam rahim boleh dilihat semasa pemeriksaan ultrabunyi
– Biasanya badan akan menyerap semula bekuan darah ini, namun terdapat juga darah lama atau beku yang mengalir keluar daripada faraj.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Ibu ayah mana yang tidak mahu berikan yang terbaik buat anak-anaknya. Serangan HFMD yang semakin meningkat dari hari ke hari buat ibu ayah sanggup buat apa sahaja untuk mencegahnya.
Terbaru, produk anti HFMD yang berleluasa di pasaran dikatakan habis terjual. Semuanya gara-gara ingin mencegah anak daripada serangan penyakit berjangkit ini. Produk yang dijual dengan harga sekitar RM60 itu dikatakan dapat mencegah anak daripada HFMD.
Soalnya benarkah seperti yang didakwa? Kementerian Kesihatan Malaysia, menerusi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan perihal produk ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima aduan mengenai produk Anti HFMD/Flu Spray yang berada di pasaran iaitu produk penyahjangkitan atau pembunuh kuman (disinfectant) yang mendakwa dapat memberi pertahanan sepenuhnya daripada virus Hand Foot and Mouth Disease (HFMD) dan Influenza A.
Produk ini diperbuat daripada mineral yang diaktifkan (activated minerals) dan syarikat pengeluar telah dengan jelas melabelkan bahawa ianya boleh membunuh dengan serta merta 99.99% virus-virus HFMD dan Influenza A. Produk ini adalah untuk kegunaan luaran dan kaedah penggunaan adalah dengan menyembur produk ini pada baju, permukaan, permainan dan juga topeng (mask).
Buat masa ini, pihak syarikat didapati membuat tuntutan anti HFMD yang tidak berasas kerana tiada bukti yang kukuh menunjukkan tuntutan tersebut adalah berkesan seperti dilabelkan. Namun begitu, memandangkan produk ini tidak digunakan secara langsung pada manusia, maka produk ini bukanlah di bawah kawalan KKM dan tiada keperluan untuk pendaftaran di bawah agensi berkaitan di bawah KKM.
Atas keperluan untuk memastikan masyarakat tidak keliru terutama ketika penularan jangkitan HFMD yang melanda negara, pihak syarikat telah dinasihatkan untuk mengeluarkan tuntutan Anti HFMD/Flu bagi pasaran di Malaysia dan menggantikan dengan tuntutan yang lebih umum serta bersesuaian di label produk bagi mengelakkan kekeliruan kepada orang awam.
KKM ingin mengingatkan orang awam agar tidak mudah percaya dengan tuntutan perubatan yang dibuat pada produk ini. Orang awam disarankan untuk mengamalkan lima (5) perkara utama dalam pencegahan dan kawalan HFMD, iaitu:
Penjagaan kebersihan diri:
* Amalan cuci tangan yang betul * Penjagaan kebersihan persekitaran * Pemeriksaan/saringan di pintu masuk (gatekeeping screening) *Taska/tabika/tadika/pra-sekolah * Disinfeksi atau nyahkuman permukaan-permukaan yang tercemar.
Memberi duit raya pada anak-anak kecil dan tetamu dah menjadi adat dalam masyarakat kita pada hari raya. Selepas sesi bermaafan di pagi raya, beri duit raya sudah menjadi rutin sekali datang perayaan itu.
Jika orang memberi, dah menjadi rezeki untuk menerima. Tetapi.. Sekarang ni dah menjadi trend lain pula orang meminta duit raya yang tanpa sedar sebenarnya boleh jadi dosa. Jom ikuti perkongsian dari seorang ustaz di laman Twitter.
BERDOSA SEBENARNYA MEMINTA-MINTA DUIT RAYA
Minta duit raya sebenarnya dosa. Beri duit raya itu sedekah. Meminta-minta pula dilarang agama.
Kata Nabi:
من سأل الناس أموالهم تكثرا فإنما يسأل جمرا
Siapa meminta minta untuk menambahkan hartanya, sungguh dia telah meminta bara api. [Riwayat Muslim]
Dalam hadis lain Nabi kata:
لا تزال المسألة بأحدكم حتى يلقى الله، وليس في وجهه مزعة لحم
Tidaklah seseorang itu meminta-minta sehingga nanti dia bertemu Allah tanpa seketul daging pun berada di wajahnya. [Riwayat Muslim]
Duit raya itu sedekah, minta duit raya ertinya meminta?
Imam an-Nawawi kata, ulama sepakat haramnya meminta-minta jika bukan dalam keadaan darurat. Haram juga jika darurat tapi mampu bekerja. Sebahagian ulama kata makruh. [al-Minhaj 7/127]
Kita pula rileks je minta duit raya padahal ianya dosa walaupun adat terbiasa. Wallahua’lam.
Adat ni dimaafkan kalau budak-budak je yang duk minta-minta. Logik lah mereka dalam tanggungan, tak bekerja tak ada kemampuan.
Ini yang dah besar panjang, dah kerja, sihat tubuh badan duk minta-minta duit raya, apa lagi kat strangers online. Tak malu ke?
Lepasni kita cuba ubah. Kita yang dah besar ni kumpul duit lepastu kita bagi kat anak-anak, keluarga dan kaum kerabat terutama yang kita tahu dia orang susah.
Lepastu kita slow-slow pesan kat adik/anak, jangan biasakan minta duit raya. Kalau dapat syukur, tak dapat jangan minta.
Unpopular Opinion Raya.
Minta duit raya sebenarnya dosa. Beri duit raya itu sedekah. Meminta-minta pula dilarang agama. Kata Nabi:
من سأل الناس أموالهم تكثرا فإنما يسأل جمرا
Siapa meminta minta untuk menambahkan hartanya, sungguh dia telah meminta bara api. [Riwayat Muslim]
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tanda LALAI antaranya: 1. Kurang membaca Al Quran 2. Kurang berzikir 3. Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah: – Tidak fokus, – Sering terlupa bilangan rakaat, – Melewatkan solat, – Kurang solat jemaah. 4. Banyak membuang masa utk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv. 5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja. 6. Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress. 7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam. 8. Tak berhati² dgn perkara yg syubhah & haram. 9. Tangguh utk bertaubat. 10. Malu utk belajar agama. 11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.
Ada juga Ustaz sebut: _Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak’ kita dgn Al-Quran._
Pesan Ustaz: _Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca)_
Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI: 1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran. 2. ‘Bunuh’ kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama. 3. Hilang fokus dlm hidup. 4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.
Sebab-Sebab LALAI: 1. Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman. 2. Berkawan dgn org² yg lalai. 3. Berada dlm persekitaran ‘rosak’. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah. 4. Tidak berzikir. 5. Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem Yg melalaikan dll.
Cara² mengatasi LALAI:
1. Cari sahabat yg baik & soleh. 2. Hadiri majlis ilmu. 3. Bangun malam utk solat tahajjud. 4. Banyakkan zikir & taubat. 5. Rajin baca quran. 6. Bersangka baik pd org lain. 7. Pemaaf. 8. Ingat mati. 9. Kurangkan makan. 10. Amalkan sunnah Nabi saw. 11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.
Na’uzubillahhi min zalik. Semoga tidak termasuk dalam golongan (lalai) ini.