Bergelar ibu bapa dalam usia yang muda tidak menampakkan pasangan ini kekok. Sementelah buah hati kesayangan mereka, Fahad Ibrahim atau nama manjanya, Yem cukup mudah dijaga, biarpun lasak dan mudah rapat dengan orang yang baru dikenali.
Pun begitu, pelakon ini mengakui anak sulungnya itu lebih suka belajar dengan guru berbanding dirinya. Bimbang situasi pembelajaran anaknya disebabkan Covid-19 ini, Nad dan suami sepakat untuk mengupag guru untuk mengajar anak mereka.
“Disebabkan covid nampaknya macam tak berkesudahan… buka suratkhabar kadar buta huruf pelajar darjah satu meningkat… kita jadi cikgu dekat rumah lepas 15 minit dia mengadu tangan sakit… jadi kena juga dapatkan khidmat guru… ok.. kita dah mula cuti panjang… Yem ada dua cikgu.. cikgu bertauliah.. dengan cikgu singa kat sebelah dia..
Selain itu, Nad turut timbulkan persoalan tentang penerimaan anak yang mana terdapat perbezaan apabila ibu bapa yang mengajar berbanding guru.
Ads
“Saya berharap semua ibu bapa tabah menghadapi situasi ini.. bukan senang tau.. nak kerja lagi, nak mengemas, nak jadi cikgu.
“Tapi kenapa ya bila parents mengajar , anak cepat bosan.. dengan cikgu dia boleh pulak survive 1 jam tu?? Geram pulak kita.
Dalam pada itu, Nad mengakui cara didikan anak tiada masalah. Jika ibu moden lain lebih suka mendedahkan anak-anak dengan gajet, berbeza dengan Nad.
Ads
“Kami suami isteri tak suka Yem selalu bermain gajet termasuklah telefon mahupun televisyen. Tiada istilah telefon di tempat makan. Kalau kami nampak dia ralit dengan televisyen, cepat-cepat kami tutup.
“Berbanding membaca tip di internet, saya lebih suka bertanya kepada kawan-kawan yang lebih berpengalaman. Itu lebih mudah kerana mereka sudah pernah melalui berbanding membaca buku atau melayari internet.
Ads
“Soal bab kesihatan, sepertimana ibu bapa lain saya dan suami memang menitikberatkan soal kebersihan. Terutama suami yang agak tegas bab pemakanan.
Makanan segera misalnya tidak elok untuk kesihatan, jadi suami tidak suka mengamalkannya berbanding saya yang tidak kisah sangat. Kalau boleh kena kurangkan pengambilannya.
Sesuai dengan ungkapan kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kesungguhan pasangan suami isteri ini memberikan pendidikan yang terbaik buat anak tercinta sungguh inspirasi.
Dalam pada itu, Pengarah Pusat Permata Pintar UKM, Prof. Datuk Dr. Noriah menyifatkan Izz Imil Shahrom memiliki pemikiran menyerupai remaja berusia 16 tahun dan kebolehan luar biasa untuk menguasai pengetahuan yang lebih tinggi daripada usia. Kisah keluarga ini yang mempunyai anak autisme sungguh inspirasi!
Izz Imil Shahrom, 6 tahun yang bercita-cita menjadi Saintis Angkasa (Space Scientist) merupakan anak kepada pasangan Shahrom Abdul Ghani dan isterinya, Ilya Abdul Aziz, telah disahkan disahkan mempunyai mild autisme dalam spektrum high functioning dan dikategorikan sebagai Hyperlexic atau Einstein Syndrome.
Bapa kepada anak genius ini, Imil Shahrom yang sanggup melupakan kerjaya mengajar ‘autocad’ dan pensyarah sambilan demi mengurus kan pembelajaran anak tersayang sepenuh masa berkata, anaknya mula menunjukkan tanda autisme apabila tidak boleh mendengar bunyi bising.
“Tanda-tanda autisme Izz semakin nampak dan dia tidak boleh mendengar bunyi yang sangat bising dan menyambut hari lahir, akan menangis dan mengamuk. Juga tidak fasih bercakap dan suka bermain dengan kanak-kanak yang lebih tua darinya.
“Semasa berusia setahun setengah, Izz masih belum boleh bercakap atau membuat bunyi seperti kanak-kanak seusianya tetapi sudah mula mengira di dalam Bahasa Inggeris. Pada usia dua tahun sudah boleh mengira hingga beratus dan boleh membaca abjad ABC sehingga habis dan secara terbalik serta mengenali huruf-huruf jawi,”jelas Shahrom.
Terapi luar negara
Setelah anaknya Izz disahkan mempunyai mild autisme dalam spektrum high functioning dan dikategorikan sebagai Hyperlexic atau Einstein Syndrome, pasangan ini bertindak pantas dengan mendapatkan maklumat dan berjumpa pakar. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mendapatkan terapi di luar negara selama setahun untuk rawatan lanjut ketika usia Izz dua tahun.
Pasangan ini bernasib baik apabila ibu Izz mendapat peluang bekerja di Houston, Texas dan mereka mendapat pertolongan dari pakar dari sana.
“Saya bersyukur, isteri berpeluang bekerja di Houston, Texas, dari situ kami mengambil kesempatan mencari sekolah-sekolah yang sesuai untuk high functioning children dan juga menghantar Izz ke pusat-pusat terapi untuk speech theraphy, occupational theraphy dan music theraphy
“Kami pergi berjumpa Director of Autism di University of Texas Hospital, Texas USA dan Izz didiagnos sebagai ‘mild autism’ dan ‘Hyperlexic’. Kami merancang terapi dan juga persekolahannya bersama pakar-pakar di sana. Izz belum boleh bercakap two way communication dan kami banyak bercakap dengannya dalam ayat-ayat yang ringkas sambil bekerjasama dengan terapi di sana,” jelas Shahrom lagi.
Setelah pulang ke Malaysia, Izz telah ditempatkan di beberapa buah tadika namun tidak bertahan lama kerana tenaga pengajar di tadika kurang pendedahan mengenai Hyperlexic. Sempat mengikuti pembelajaran disebuah sekolah antarabangsa sebagai murid darjah dua pada usia lima tahun.
Akhirnya penantian Izz untuk mendapatkan pusat pembelajaran yang sesuai dengan daya pemikirannya berakhir setelah berjaya melepasi beberapa ujian. Izz sebelum ini pernah mengikuti pembelajaran di Kolej Permata Pintar UKM sebagai pelajar Asas 1 (tingkatan satu) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dengan mengikuti kelas dua kali seminggu untuk belajar Matematik dan Kimia dengan tunjuk ajar pensyarah yang berkaliber.
Kini Izz tidak lagi mengikuti sekolah di Permata Pintar setelah pembelajaran kelas tingkatan 1,2,3 telah berpindah ke seremban. Ekoran itu, keluarganya mengambil keputusan untuk melakukan pembelajaran secara homeschooling di rumah.
“Insyaallah nanti tahun 2019 Izz akan masuk sekolah dengan pelajar-pelajar yang lebih kurang baya denganya untuk sosial tetapi tetap akan menumpukan dan belajar apa yang dia minat dengan menumpukan kepada one to one pembelajaran,” jelasnya lagi.
Perkembangan luar biasa
Mempunyai daya pemikiran yang luar biasa ekoran mampu membaca dan mengira dengan tepat. Lebih mengejutkan, anak kecil ini gemar membaca buku Secret Of Mental Math dan menyebut dengan lancar carta Periodic Table Of The Elements iaitu jadual berkala mengenai susunan unsur-unsur kimia. Ini benar-benar menakjubkan! Tidak mustahil suatu hari nanti anak kecil ini bakal bergelar saintis negara sebagaimana cita-citanya iaitu sebagai seorang saintis angkasa.
Pengarah Pusat Permata Pintar UKM, Prof. Datuk Dr. Noriah juga memaklumkan, bahawa Izz Imil memiliki pemikiran menyerupai remaja berusia 16 tahun dan kebolehan luar biasa untuk menguasai pengetahuan yang lebih tinggi daripada usia. “Izz mempunyai kelebihan dari segi akademik dengan mudah menerima apa sahaja yang berkaitan dengan nombor. Namun kami tidak menggangapnya sebagai seorang yang genius. Kami menyedari Izz berkebolehan dalam beberapa perkara dan kami galakkan untuk terus belajar dalam bidang-bidang tersebut,” jelas ibu Izz yang merupakan pakar geologi dengan sebuah syarikat gas dan minyak.
10 SOAL JAWAB MENGENAI ANAK GENIUS INI . INI JAWAPAN IBU BAPANYA.
1.Kenali karektor Izz
Izz seorang anak yang hyper, suka bergerak, suka bercakap dan bermain seperti kanak-kanak seusianya. Dia juga suka berkawan dan merupakan seorang yang peramah apabila dia berada di dalam keadaan mood yang baik. Untuk mengurangkan dia bergerak dan melompat kami sentiasa memberi dia buku dan pen agar dia dapat menulis atau melukis dan meluahkan perasaan dan buah fikirannnya.
2.Kepintaran dikesan sejak usia setahun
Izz menunjukkan kepintarannya seawal usia setahun apabila mula suka melihat flashcard dan tampalan di dinding mengenai nombor-nombor dan huruf-huruf. Semasa berusia setahun setengah, Izz belum boleh bercakap atau membuat bunyi seperti kanak-kanak seusianya tetapi dia sudah mula mengira di dalam Bahasa Inggeris dan di mana sahaja dia pergi, dia akan tertarik untuk melihat kalender. Pada usia 2 tahun dia sudah boleh mengira hingga beratus dan boleh membaca ABC sehingga habis dan juga terbalik. Dia juga berjaya mengenali huruf-huruf jawi. Apabila kami melihat keadaan ini, kami galakkan dan mengajar Izz sambil bermain.
3.Bagaimana rangsangan minda buat Izz sejak kecil
Sejak dilahirkan, Izz mempunyai mild autisma dalam spektrum ‘high functioning’ dan dikategorikan sebagai ‘Hyperlexic’ atau ‘Einstein Syndrome’. Sambil cuba memberi ransangan terhadap deria rasa dan emosi dia, kami cuba memberikan kasih sayang dan waktu secukupnya bersama dia.
· Bangun pagi disambut dengan senyuman dan berborak semasa menyusu.
· Selepas mandi, urut Izz dengan baby lotion untuk meransang deria2 badannya serta merehatkan bayi dan juga ibu bapa.
· Media elektronik seperti telefon bimbit dan laptop amat jarang digunakan.
· Tampalan ABC, Alif Ba Ta dan nombor di sebut-sbut apabila bermain dengan Izz
· Banyak bermain di luar dan berjumpa kaum keluarga. Izz rapat dengan sepupu-sepupunya.
· Mula membaca buku kepada Izz dan menunjukkan flash card.
· Pada usia 2 tahun Izz dihantar ke KLIK (Kuala Lumpur International Kindergarten). Guru kurang memahaminya dan dia tidak boleh belajar sperti rakan-rakan lain seusianya. Dia hanya nampak nombor, contohnya gugu mengajar mengenai serangga dan ditunjukkan ladybird, kanak-kanak lain akan menjawab ladybird tetapi Izz akan menjawab ‘8’ sebab ada 8 bintik di ladybird tersebut.
· Tanda-tanda autisma Izz semakin nampak dan dia tidak boleh mendengar bunyi yang sangat bising dan menyambut hari lahir, dia akan menangis dan mengamuk. Dia juga tidak fasih bercakap dan suka bermain dengan kanak-kanak yang lebih tua darinya.
· Kami telah cuba pergi ke beberapa pakar tetapi malangnya mereka tidak perasan atau tidak nampak Izz sebagai autisma kerana golongan ‘Hyperlexic’ tidak menunjukkan ciri-ciri autisma biasa.
· Akhirnya salah seorang Pakar Psikatri di KL sudi mendengar masalah kami dan merumuskan Izz mungkin menghidap autisma.
· Izz belum boleh bercakap ‘two way communication’ dan kami banyak bercakap denganya dalam ayat-ayat yang ringkas sambil bekerjasama dengan therapist.
· Satu jam setiap hari dari 8:00 – 9:00 am sebelah pagi, Izz pergi theraphy, Occupational Theraphy, Speech Theraphy dan Music Theraphy di Carruth Center, Houston, Texas.
· Pada pukul 9:15 – 12:45 noon Izz pergi ke Westview School, Houston, Texas (High Functioning School for Autistic). Disebabkan Izz sudah minat dengan huruf dan nombor dan sudah membaca, mereka terus mengajar Izz pada tahapnya. Kami kerap mengulangkaji di rumah Bersama Izz.
· Di sekolah tersebut lebih kepada bermain di luar dan aktiviti untuk meransang muscle co-ordination dan emosi. Sekolah itu juga sangat mementingkan keluarga dan selalu melakukan aktiviti bersama keluarga.
· Kami banyak membawa Izz keluar bermain dan melakukan aktiviti luar bukan sahaja untuk merehatkan minda tetapi untuk kesihatan juga.
· Memperkenalkan Izz subjek-subjek baru tetapi dalam bentuk bermain.
· Izz kurang tumpuan dan meltdown serta tantrum disebabkan sudah tahu membaca dan mengira (tambah, tolak, darab) dan sangat suka pada Periodic Table dan Pascal Triangle.
· Pada usia 5 tahun akhirnya Izz diterima memasuki Darjah 2 di Hibiscus International School di Segambut. Walaupun sudah ke darjah dua, Izz masih tantrum dan hendak belajar lebih dari apa yang dipelajari di sekolah. Izz hadir ke sekolah dengan seorang ‘shadow teacher’ yang merupakan seorang Occupational Therapist.
· Izz diuji teori dan praktikal dan mengambil ujian-ujian UKM yang diambil oleh murid-murid lain yang hendak memasuki Permata pintar.
· Izz ke Permata Pintar 2 kali seminggu sahaja untuk belajar Matematik dan Kimia.
· Izz belajar di Pusat Akademi Al- Quran Ar-Rayyan, sebuat pusat pembelajaran Al-Quran untuk kanak-kanak autisma. Izz sudah berjaya menghafal beberapa surah pendek dan juga sudah dapat membaca dan menulis jawi.
· Izz juga pergi ke kelas renang dan gym untuk bersosial dan menguatkan muscle dan kesihatan.
· Kami menyediakan whiteboard di rumah di mana Izz dapat menulis dan mengeluarkan idea dia. Kami akan berbincang bersama dan selalu melayan dan juga mencabar apa yang ditulis.
· Buat masa sekarang, ke mana sahaja Izz pergi, kami bawakan buku tulis dan pen supaya masanya terisi dengan menulis dan dia dapat mengeluarkan idea dan berbincang dengan kami atau orang sekelilingnya.
· Kami menggalakkan Izz membaca dari usia 2 tahun dan selalu membeli buku pergi ke perpustakaan.
· Izz boleh menggunakan media elektronik seperti telefon atau laptop/komputer tetapi kami menghadkan masa.
· Sentiasa rapatkan dengan keluarga dan bersosial dengan rakan lain serta adakan aktiviti playdate.
4.Belajar di tadika
Izz memasuki tadika pada usia 2 tahun. Izz ketika itu tidak boleh bercakap dengan two way communication dan mudah menangis. Dia sudah boleh membunyikan huruf-huruf dan mengira soalan matematik yang mudah. Di tadika Izz tidak seperti kanak-kanak seusianya yang suka bermain sendiri dan menyusun barang.
5.Bila boleh membaca
Izz mula membaca dan menulis seawall 2 tahun. Izz belajar membaca sendiri, di mana ini adalah simptom kanank-kanak ‘Hyperlexic’. Disebabkan Izz sudah boleh membaca perkataan mudah, kami sebagai ibu bapa terus menggalakkan Izz untuk terus belajar dan kami mengajar dia untuk membaca ke tahap yang lebih tinggi. Tadika tidak membantu disebabkan cara Izz belajar dan berfikir lain. Tadika lebih banyak membantu dalam segi social sahaja.
6.Pemakanan Izz dari kecil hingga membesar.
Semasa kecil kami berikan Izz makanan berkhasiat dan kebanyakan makanan yang tergologn dalam superfood tetapi apabila meningkat setahun, dia hanya makan nasi dan ikan bilis. Izz makan yoghurt buah-buahan setiap pagi. Snek yang dimakan oleh Izz adalah kismis dan biskut biasa dan wholemeal. Izz juga makan roti bakar dari roti wholemeal. Apabila berjalan dan waktu tidak mencukupi, Izz biasanya makan kentang goreng. Izz baru sahaja menerima untuk makan sayur seperti brokolli, kacang panjang dan lobak merah bersama nasi dan ikan bilis atau ayam. Dia hanya minum air kosong, susu dan air minuman bercoklat.
7.Amalan di rumah sebelum memasuki Pusat Permata Pintar
Kami lebih banyak menggunakan kaedah play learn di mana Izz belajar ketika bermain. Setiap benda baru yang dipelajari adalah dari kaedah bermain. Persekitaran Izz memainkan peranan yang paling besar di mana kami cuba menyediakan persekitran yang merangsang pembelajaran Izz, dari suasana rumah, permainannya, rancangan yang ditonton di TV atau youtube kepada buku yang dibaca. Apa yang ditampal di dinding dan dilihat setiap kali bangun tidur juga menyumbang kepada ransangan pemikiran Izz. Kami juga banyak berdoa dan cuba mengajak Izz sembahyang bersama sentiasa.
8.Kelebihan Izz dari segi akademik
Izz mudah menerima sesuatu jika berkaitan dengan nombor. Dia akan lebih mudah menerima sesuatu jika dikaitkan dengan nombor.
9.Setelah anak dikatakan genius..
Kami tidak menggangap dia sebagai seorang yang genius. Kami menyedari Izz berkebolehan di dalam beberapa perkara dan kami galakkan untuk dia terus belajar dalam bidang-bidang tersebut.
10.Harapan ibu bapa Izz
Kami berharap Izz gembira bila dia dapat belajar dan bermain apa yang dikehendaki selain dia menjadi seorang yang berguna di dunia dan di dalam bidang agama. Kita tidak tahu anak-anak autisma yang ‘Hyperlexic’ ini dilahirkan di dalam keluarga yang mampu atau tidak. Kami adalah dari golongan sederhana sahaja tetapi cuba sedaya upaya untuk membantu Izz dari segi emosi, mental dan fizikal.
Kami berharap ibu bapa akan lebih peka terhadap kanak-kanak seperti Izz sejak dari kecil dan tidak terlepas momen ini.
Kepada kerajaan yang baru diharap lebih peka kepada anak-anak seperti Izz kerana ramai mereka ada di Malaysia tetapi tidak tahu hala tuju disebabkana tiada sekolah yang sesuai untuk mereka. Diharap satu hari nanti akan tertubuh sebuah sekolah ‘high functioning’ di Malaysia. Kanak-kanak ini memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari pakar walaupun mereka mempunyai kebolehan. Bagi golongan yang mampu mudah sahaja untuk ke luar negara dan mendapatkan pakar, kami bernasib baik diberi peluang untuk bekerja setahun di luar negara dan kami mengambil peluang sebaik-baiknya untuk membantu Izz dengan terapi dan sekolah yang sesuai. Kepada golongan yang tidak mampu, mereka mungkin mempunyai anak-anak sebegini tetapi tidak dapt mengembangkan bakat mereka kerana terbatas dari segi kewangan dan masa
Terima kasih kepada Permata Pintar dan tenaga pengajarnya yang sudi mengambil Izz dan mengajarnya walau usianya baru 6 tahun.
*IKUTI KISAH SELANJUTNYA DALAM KELUARAN MAJALAH KELUARGA ISU JANUARI 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila nak tambah anak lagi?” Pernah tak para ibu ditanya soalan begini?
Mungkin nampak biasa namun sebenarnya memberi impak pada diri seseorang wanita.
Lebih-lebih lagi yang tengah berusaha namun belum berjaya. Ada juga dikalangan para ibu yang tidak tahu waktu bila sesuai untuk menimang cahaya mata lagi.
Bagi yang nak tambah anak atau dalam perancngan nak tambah anak, jom baca perkongsian ini dari Dr Harlina Halijah Hj. Siraj, Pakar Obstetrik & Ginekologi merangkap Penyelaras Unit Perancangan keluarga PPUKM berkenaan pendapat beliau tentang perancangan dalam memiliki anak.
Berikut merupakan perkongsian yang diberi:
Islam sangat mementingkan perancangan & strategi. Apatah lagi dalam soal melahirkan nyawa baru di dunia ini.
Sebaik-baiknya setiap kehamilan itu ‘dirancang, dikehendaki dan ditunggu-tunggu’ (planned, intended, wanted). Kiranya bila dapat tahu pregnant lagi, rasa gembira nak sujud syukur. Bukan mengeluh atau tak rasa apa-apa.
***
– Waktu terbaik hamil:
usia 20-35 tahun. Waktu ni badan kuat dan risiko rendah. Lepas usia tu penat lain macam. Tapi bergantung la, kalau kahwin umur 36 nak buat macam mana
– Sebaik-baiknya jarak 2 tahun macam dalam Quran. Kan bagus tu ada panduan sangat jelas dari Allah. Kalau tak penting takde la sebut dalam Quran kan. Dlm 2 tahun, ibu bapa sempat bagi perhatian secukupnya kepada anak dan ibu juga sempat sembuh. Dr. Harlina cadangkan lepas 2 tahun, cerai susu, kemudian baru cuba lagi. Kiranya kalau dapat adik tu bila abg/kakak dah umur 2++
-Kaedah merancang: semulajadi dan cara moden.
Kehamilan tidak dirancang selalu berlaku bila ibu bapa rancang di mulut saja “hmmm kami nak tunggu lagi 2 tahun” tapi bila doktor tanya nak guna kaedah apa, mereka jawab tak nak guna.
– “Anak itu rezeki, jadi kita tak patut tolak rezeki (tak patut merancang)?” Rezeki anak itu ada dengaan Allah. Yang akan menguruskan rezeki adalah ibu bapa. Kalau ibu bapa tak pandai mengurus, anak seorang dua pun tak terjaga kebajikannya.
Dalam soal ni kena tengok kemampuan kewangan, kesihatan isteri dan kepandaian mengurus keluarga. Kerana anak adalah amanah. Jika anak seperti terabai, adalah lebih baik untuk tidak menambah anak buat sementara waktu.
Dr.Harlina cadangkan juga pengantin baru untuk honeymoon dulu dalam 6 bulan, kemudian baru cuba dapatkan anak. Supaya boleh saling kenal hati budi dlm keadaan sihat. Kalau dah morning sickness bagai tak boleh undur dah. Hihi. Tapi ni bergantung la pada kehendak masing-masing.
– Kehamilan tak dirancang bukan hanya bagi kesan fizikal kepada ibu malah kesan emosi. Macam ada patient Dr.Harlina yg belum lagi anniversary ke-4 tapi dah mengandung kali ke-4. Kiranya tak sempat berehat langsung! Akhirnya kena jumpa dengan psychiatrist sebab wanita tu dah mula benci suaminya
– Allah marah orang *membunuh* anak kerana takut miskin. Merancang keluarga bukanlah membunuh anak. Sebab anak itu masih belum ada dalam rahim. Cuma kena jelas niat merancang: bukan “saya taknak anak dah” tapi “saya nak ambil berat dengan anak-anak yang sedia ada..”
Kita sebagai orang luar tak seharusnya tanya bila seseorang itu ingin tambah anak atau mengkritik mereka yang belum bersedia untuk ada keluarga besar. Hanya tuan empunya badan saja yang lebih tahu dan layak membuat keputusan ke atasnya.
Walaupun anak satu saja, asalkan hidup aman dan gembira!
Kesimpulan 1. Tanya diri 2. Tanya keluarga (suami) 3. Tanya doktor
Sumber:theAsianparent Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak-anak adalah anugerah terindah bagi ibu bapa. Untung ada cahaya mata yang ramai ni sebenarnya, bila semua orang berkumpul memang gamatlah suasana teratak ibunda dan ayahnya!
Itu baru anak-anak, belum lagi dengan kemunculan cucu cicit yang pastinya akan memeriahkan lagi keadaan dengan pelbagai jenis perangai dan ragam! Misalnya bagi keluarga ini yang secara keseluruhannya mempunyai 16 orang adik beradik. Wow, hebatnya!
Kemeriahan sama dapat dirasai dalam sebuah video dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Cik Syahrul di TikTok. Kesemua saudara dan ibu bapa dilihat berkumpul bersama sambil memperkenalkan nama dan usia masing-masing.
Walaupun bagaimanapun, perhatian orang ramai tertumpu pada gelagat setiap ahli keluarga yang dikatakan ‘masuk air’ dan penuh dengan gelak ketawa. Awalnya, si bapa sempat berseloroh tentang nama dan usia manakala seorang kakak pula dilihat sengaja mengira dengan jari sebagai simbol anak ke sepuluh.
Secara keseluruhannya, keluarga Syahrul terdiri daripada 16 orang adaik beradik dari orang tua yang sama. Namun, lelaki berkenaan berkata kakak sulungnya telah pun ‘pergi’ pada tahun 2001.
Meninjau ke ruangan komen, para netizen berasa terhibur dengan keluarga lelaki berkenaan kerana disifatkan sangat sporting dan kelakar. Selain itu, warganet juga kagum akan semangat ibu bapa berkenaan dalam membesarkan 16 orang anak di samping berseloroh tentang kemeriahan dengan anak cucu semasa raya.
Perjalanan TTC Taufik Batisah dan Sheena Akbal menyentuh hati ramai apabila pasangan ini berkongsi usaha IVF, pengalaman keguguran dan sokongan penuh seorang suami sepanjang ikhtiar mendapatkan zuriat.