Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kisah seorang kanak-kanak yang tidak berkira membantu orang tuanya menambah pendapatan meraih perhatian ramai.

Bahkan ia mengundang sebak. Mana taknya kala kanak-kanak seusianya yang leka bermain, dia sebaliknya. Bermain di hutan mencari sumber rezeki untuk menambah pendapatan keluarga.

Perkongsian di facebook milik Cikgu Zahran  berkisah mengenai kegigihan seorang anak yang juga pelajar yang sanggup korbankan masa dan tenaga untuk kesejahteraan keluarganya. Biarpun merupakan anak istimewa dan belajar di pendidikan khas tetapi mampu membahagiakan keluarga. Dia tak kisah bau busuk, sanggup berpeluh dan berpanas demi tambah duit keluarga.

Kisah yang sungguh inspirasi!

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Pulang Dari Sekolah Tangkap Ikan, Tak Kisah Bau Busuk, Adik Nazrin Nekad Tambah Duit Keluarga

IKLAN

 

Jika mahu diberi anugerah, saya pasti memilih adik Danial Nazrin. Anak soleh yang sangat berdikari.

2 tahun lepas saya singgah menghadiahkan beg sekolah kepada adik Nazrin. Ibu adik Nazrin merupakan kawan 1 batch Puan Isteri semasa di universiti.

Ibu Nazrin semenjak zaman belajar menghadapi masalah tulang belakang yang kronik. Mujur dia sempat menamatkan pengajian. Tetapi keadaan ibu Nazrin makin parah dan menyukarkan untuk bergerak dan terpaksa berkerusi roda.

Adik Nazrin adalah anugerah buat keluarganya. Walaupun dikategori sebagai anak istimewa dan belajar di pendidikan khas, adik Nazrin rajin dan tabah. Mereka tinggal di Bukit Bakar, Machang Kelantan

IKLAN

Baru baru ini saya merancang untuk ziarah semasa banjir Pantai Timur tetapi tidak berkesempatan kerana khidmat kami di perlukan di Jerteh.

Untuk menambah pendapatan, adik Nazrin bersahabat dengan alam. Pulang dari sekolah dia menangkap ikan di sungai untuk dijadikan pekasam. Pekasam yang dibuat sendiri untuk dijual.

Pulang Dari Sekolah Tangkap Ikan, Tak Kisah Bau Busuk, Adik Nazrin Nekad Tambah Duit Keluarga

Pulang Dari Sekolah Tangkap Ikan, Tak Kisah Bau Busuk, Adik Nazrin Nekad Tambah Duit Keluarga Pulang Dari Sekolah Tangkap Ikan, Tak Kisah Bau Busuk, Adik Nazrin Nekad Tambah Duit Keluarga

Adik Nazrin juga memungut nira kelapa (tuak) untuk dijual. Semuanya dilakukan sendiri. Dalam usia kanak kanak dia gigih berusaha. Malu orang dewasa jika melihat adik Nazrin kental jiwa dan tidak mudah putus asa.

Dia juga memelihara lembu pawah dan sangat kasihkan haiwan. Pernah dia bawa lembu naik ke rumah semasa banjir supaya haiwan tersebut selamat.

IKLAN

Begitulah hidup ini. Setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Allah sentiasa adil dan penyayang.

Mari kita sama sama bantu adik Nazrin dengan mendapatkan pekasam atau tuak hasil tangannya. Nombor telefon ada pada ruangan gambar. RM10 (01129487189)
Terus berusaha adik Nazrin. Suatu hari nanti adik pasti akan berjaya insyaallah.

Sumber: Cikgu Zahran

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Pulang Dari Sekolah Tangkap Ikan, Tak Kisah Bau Busuk, Adik Nazrin Nekad Tambah Duit Keluarga

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI