Setiap orang ada masa silamnya, ada masa kita alpa sehingga tak sedar tergelincir dari landasan sebenar. Namun, tidak bermakna tidak boleh berubah.m
Nama penyanyi ini tidak tercicir apabila isu dadah diperkatakan. Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd Radhi Razali memang tidak lekang dari terpalit kontroversi melibatkan kancah penagihan dadah sejak beberapa tahun lalu.
Pernah berada di puncak populariti, katanya, terjebak dengan penagihan dadah adalah penyesalan terbesar di dalam hidupnya dan sehingga kini dia masih memerlukan bimbingan untuk bebas sepenuhnya daripada najis itu.
Namun kini, dia sudah berubah atas sokongan dan semangat yang diberikan keluarga, masyarakat serta peminat akhirnya membawa Radhi kembali ke landasan sebenar daripada penagihan dadah.
Ads
“Saya akui pernah tergelincir beberapa kali selepas mengikuti pemulihan, tetapi dorongan daripada masyarakat, keluarga serta peminat membawa saya kembali kepada landasan sebenar.
“apatah lagi ketagihan itu bukan bermula setahun dua, macam saya sejak berusia belasan tahun, tentunya susah. Tetapi Alhamdulillah, perlahan-lahan, saya berjaya.
Menurutnya, dia tidak menyalahkan sesiapa atas nasib yang menimpanya melainkan diri sendiri yang terlalu terikut-ikut dengan pengaruh muzik daripada Barat satu masa lalu.
Ads
“Itu satu cara yang salah. Saya nak sangat jadi seperti Kurt Cobain dari kumpulan Nirvana yang dikenali di seluruh dunia, glamor dan popular. Sampai dia terjebak dengan dadah pun saya ikut.
“Saya tak nafikan pengaruh rakan-rakan juga satu daripadanya. Tetapi saya salahkan diri sendiri. Bila dalam proses pemulihan, ketika itu kena hati-hati dengan rakan-rakan sebab ada yang akan mempengaruhi kita,” katanya.
Dia yang pernah mengikuti pemulihan di Rumah Pengasih tujuh tahun lalu berkata, ketika ini dia masih mendapatkan bimbingan daripada kaunselor di situ kerana bimbang akan terjerumus lagi ke kancah dadah.
Ads
Katanya, dia masih ingat bagaimana dadah mengubah hidupnya hingga mengalami masalah rumah tangga serta karier sebagai pemuzik musnah hingga dipandang serong masyarakat.
“Pernah satu ketika saya pergi menonton wayang, ada orang di sebelah berbisik, Radhi tu penagih dadah, saya dengar dia cakap, tapi saya pekakkan telinga kerana tahu itu adalah kesannya yang perlu saya tanggung,” katanya.
Kepentingan dan keperluan menggunakan makeup remover untuk membersihkan wajah setelah seharian menggunakan solekan tentunya menjadi info biasa bagi kita seorang wanita. Umumnya, kita merasakan cukuplah sekadar ada satu jenis makeup remover untuk membersihkan wajah. Malah ada juga selesa dan memadai hanya menggunakan pencuci muka sahaja untuk memastikanw ajah benar-benar bersih.
Tetapi tidak bagi wanita ini, Nur Syahirah Norman atau lebih selesa membahasana diri sebagai Kekra ada berkongsi rutin hariannya dalam menggunakan 3 jenis makeup remover. Diharapkan info ini memberi manfaat bersama dalam usaha kita menjaga kecantikan wajah agar kekal sihat, cantik dan berseri.
INI PERKONGSIANNYA
Hye!
People asked me, Apa kekra pakai untuk cuci makeup or kalau x pakai makeup pun cuci macam mana muka?
INI JAWAPANNYA
So basically kekra guna 3 different type of makeup remover mcm dalam gambar. I used Maybelline Micelar Water, Garnier oil infused cleansing water & Biore Cleansing oil. Tiga2 ni kekra pakai utk different task lah.
So we start with MAYBELLINE MICELLAR WATER.
– This one usually kekra pakai pgi2 or bila nk mandi pagi lh, xkisah lah mndi tgh hri ke mandi kol 2 ptg ke (kantoiiiii kau mandi kol 2 ptg kn). So, kekra akn gune micellar water ni utk buang all the dirts ke debu2 ke yg melekat kt muka yg kite xnmpk sebelom nk mndi b4 start ur day.
Lepas tu bru kekra guna cleanser. Kadang2 kekra xpakai cleanser pon pgi2, just pakai micellar water & after that bilas dgn air mcm biasa. Kalau dh mndi tu tgh hari bwk ke 2 ptg tu, yes i will use micellar water & mild cleanser.
Kekra guna micellar water ni utk AM routine & solat routine. Kalau solat routine kekra akan guna wipes dlu, bru guna micellar water. Utk buang sisa2 makeup if makeup lah. Kalau tak makeup, just pakai micellar water sahaja.
GARNIER OIL-INFUSED CLEANSING WATER
This one usually kekra akan pakai bile kekra makeup sahaja. Kekra pakai utk remove makeup dekat area mata, kening & lips sahaja. Lepas pakai this one baru kekra guna cleansing oil Biore tu. Dh mcm triple cleansing method kan? Believe me! Kulit korang akan lg bersih bila korang buat triple cleansing method ni. Especially kalau korang makeup. This one best sebab senang gile nak tanggalkan makeup even waterproof mascara. Sekali sapu je mmg dh tanggal. Bile pakai lipmatte pon kekra memang suka buang sisa lipmatte tu guna garnier ni. Bersih! Kalau kekra makeup nipis2 je, i will use wipes je utk buang makeup dlu, bru guna cleansing oil. Kekra gune this one untuk PM routine jugak.
BIORE CLEANSING OIL
– This one kekra akan pakai untuk PM routine only. Lepas bersihkan makeup dgn garnier td, kekra akan pakai cleansing oil ni utk bersihkan makeup dekat area muka yg lain. Kekra elakkan area mata, sebab xsuke minyak dekat mata. Cleansing oil ni kalau korang pergi drugstores beli, mmg die dh tulis dh, cleansing oil. So tak perlu keliru. Cumanye, Biore ni ade mineral oil which is tak semua org blh tolerate dgn mineral oil. So my advice is, kena rajin google b4 beli. Kalau skin jenis mcm kekra, kulit boya, ha blh je nk pki biore ni.
MY TRIPLE CLEANSING ROUTINE
1. First, kalau makeup agak heavy sikit kekra akan guna makeup remover biasa (garnier oil-infused cleansing water) utk remove makeup kawasan mata & mulut. Guna wipes pun xpe kalau makeup nipis2.
2. Baru kekra start pki cleansing oil. Urut2 lh kt kawasan muka yg lain kecuali mata.
3. Basahkan tgn, pstu urut2 lg sampai kua milky2 gitchuu kt muka (emulsify) & sampai rasa xlarat dh ak nk urut. Huhu
4. Kekra akn guna kapas bersih, kekra wipes all my whole face. Ha mse ni u blh tgk all the dirts melekat kt kapas. Kekra guna dua ke tiga kapas. Kapas kedua normally dh nmpk bersih dh. Ade coklat2 skit2 kesan fd. (Kire nye step ni kekra xbasuh trus cleansing oil tu but kekra bersihkan dgn kapas dulu utk lebih bersih)
5. Baruuu lah bilas dgn air
6. Guna mild cleanser
7. Bilas balik dgn air
“Nampak leceh, tp hasilnya mmg tip top!”-Kekra
Selain teknik dan cara yang diamalkan oleh Kekra ini untuk membersihkan wajahnya daripada kesan makeup, anda juga boleh mencuba dengan menggunakan 4 jenis minyak ini untuk tujuan yang sama. Ianya lebih semulajadi dan selamat mencuba.
1. Baby Oil
Ambil kapas muka dan letakkan baby oil kemudian ratakan pada bahagian wajah. Setelah itu cucilah muka dengan air sehingga bersih.
2. Minyak Kelapa
Minyak kelapa sifatnya begitu ringan dan ini memudahkan minyak ini diserap oleh kulit. Oleh itu, ambil kapas dan rendamkan seketika ke dalam bekas berisi minyak dan kemudian sapukan pada bahagian wajah. Gosok perlahan-lahan sehingga kesan makeup hilang dan bersih.
3. Minyak Tea Tree
Minyak tea tree ini mempunyai kandungan anti bakteria. Letakkan minyak ini di atas kapas dan biarkan meresap seketika sebelum digosok perlahan pada wajah untuk menanggalkan kesan solekan.
4.Minyak Zaitun
Dikatakan minyak zaitun sangat bagus untuk menanggalkan makeup dan penggunaan secara rutin dapat mencegah daripada pori-pori tersumbat. Caranya mudah hanya rendamkan kapas muka ke dalam bekas berisi minyak zaitun dan kemudian gosok perlahahan pada keseluruhan wajah. Bersihkan sehingga tiada lagi kesan makeup pada wajah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sikap ibu bapa yang mendidik anak-anak lelaki dengan cara yang salah sebenarnya boleh menjadi penyebab kerosakan kepada anak tersebut.
Umpamanya ada yang merasakan anak lelaki perlu diajar untuk menjadi anak jantan di mana jiwa mereka kena kental, berani, jangan mengalah, bertumbuk itu biasa, tidak boleh menangis dan macam-macam lagi yang kononnya itulah cerminan seorang lelaki sejati.
Namun dari sisi lainnya, bila dididik sebegitu dari kecil dengan tanpa sedar sebenarnya si ibu atau ayah telah menanamkan sikap sebagai seorang pembuli!
Hal ini mengambil kisah benar yang dilalui sendiri oleh seorang penulis novel, Puan Hanani Daud. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.
SISI IBU MANGSA BULI vs IBU KAKI BULI
“Saya ada lima orang anak lelaki. Saya didik mereka untuk jadi anak jantan yang hebat, tidak mengalah dengan orang, tidak gentar akan sesiapa dan digeruni semua orang.”
Saya dengar dia gah bercerita tentang anak-anak lelakinya.
“Sejak kecil kalau mereka bertumbuk, saya biarkan sahaja. Saya didik untuk mereka tidak mengalah sesama. Cabaran hidup zaman sekarang, anak-anak lelaki perlu dididik untuk jadi berani. ”
Nasi yang saya suap ke mulut ketika itu terasa pahit. Saya terus memasang telinga sehinggalah dia bercerita tentang sesuatu yang saya anggap keterlaluan.
“Anak-anak saya bergaduh dan bertumbuk di sekolah dan asrama, saya bela mereka. Kami suami isteri dipanggil oleh cikgu mereka, saya tidak sedikit pun rasa gentar. Tiada siapa berani ambil tindakan kerana saya akan lawan balik.
“Saya cari cara untuk anak saya sentiasa menang. Saya akan buat laporan polis dan jika perlu saya saman.”
Bangga benar dia bercerita tentang anak-anaknya yang kononnya anak jantan.
Sudu dan garpu di tangan saya bergetar menahan rasa hati yang mendekam. Saya mula bercakap menyampaikan rasa hati saya…
“Awak bercerita yang anak awak bergaduh, bertumbuk di asrama. Awak akui anak awak yang selalu mulakan, tetapi awak menyebelahi mereka. Maksudnya di sini anak awak menjadi kaki buli kerana lahir dari rahim seorang ibu yang juga pembuli.”
“Awak bercerita, awak bangga anak-anak awak seorang anak jantan. Adakah awak tahu perasaan ibu seorang mangsa buli? Awak melahirkan si pembuli, saya pula melahirkan anak mangsa buli.”
Saat itu saya lihat wajahnya berubah. Tapi saya kawal suasana di meja makan itu. Saya perlu hormati pemikirannya. Pemikiran seorang penulis seperti saya. Dia ada rasional dia, saya juga ada rasional saya.
“Anak saya juga lelaki. Apabila nama lelaki, dia juga anak jantan. Ada ketika bengkengnya bukan calang-calang. Tapi saya tidak didik anak saya untuk menjadi anak jantan tidak bertempat.”
“Acap kali anak saya meminta izin membalas setiap laku kasar si pembuli, tetapi jawapan saya tetap sama.”
“Umi faham perasaan Uwais apabila dibuli dan diperlekeh orang. Tapi umi sebagai ibu perlu menjadi seorang ibu yang menuntun anak-anak kepada jalan yang benar. Jalan yang penuh iman, bukan jalan nafsu.”
“Meski anak saya dianggap bukan anak jantan, kalau saya dihidupkan berkali-kali, cara didikan dan pemikiran saya tetap sama. Tidak perlu membuli orang untuk menjadi anak jantan.”
“Tidak perlu gagah untuk digeruni, tidak perlu kaya untuk dihormati. Kita hanya perlu berilmu dan beradab. Mendidik anak-anak lelaki untuk menjadi jantan dengan cara awak bagi saya itu bukan cara didikan orang beradab.”
Meski nada yang lembut, saya tahu tutur saya itu berbisa. Saya lihat dia terkulat-kulat, namun saya terus menyuarakan rasa hati.
“Di sekolah, memang benar anak-anak kaki buli ini cikgu terpaksa menangkan. Si mangsa buli pula diminta sabar, sabar dan sabar serta memaafkan.
Mengapa?
Sebab, biasanya pembuli lahir daripada ibu bapa seorang pembuli juga. Pihak sekolah biasanya mengelak untuk berurusan dengan mereka.”
“Selalu saja mereka akan pusing cerita, cikgu akan dipersalahkan tak cukup diserang, dibuat laporan polis dengan cerita yang diada-adakan.”
Dia terdiam, sekadar berkata..
“Setiap ibu bapa ada cara sendiri dalam mendidik anak. Itu cara saya.”
Jawab saya…
“Saya hormati jika itu cara awak. Mungkin pemikiran pembuli anak saya juga serupa. Saya hormati juga, namun apa yang saya nak katakan di sini, setiap inci penghinaan, setiap laku perbuatan buli terhadap mangsa buli, saya sebagai wakil mereka ingin jelaskan bahawa, amat sukar untuk kami memaafkan.”
“Kesan penderaan mental atau fizikal terhadap anak-anak ini sukar untuk diberi maaf secara percuma. Meski saya mendidik anak saya untuk bersabar, tetapi dia ada hak untuk memaafkan atau tidak.”
“Mungkin hari ini anak-anak awak bangga dan gah kerana menjadikan mangsa buli seperti anak saya sebagai bahan mainan atau bahan lawak . Tetapi tatkala Allah titipkan penyesalan, sedangkan kawan yang dibulinya berpaling, ketika itu titik penyesalan akan membuat mereka derita.”
“Perasaan itu makhluk. Bahagia dan derita itu milik Allah. Allah boleh beri rasa bahagia itu di hati sesiapa sahaja. Sama juga dengan derita. Boleh hidup di hati sesiapa sahaja.”
“Saya alami rasa itu. Sejak kecil dibuli berkali-kali namun saya tidak pernah membalas. Namun saya sentiasa rasa bahagia. Saya pasti si pembuli sukar memiliki rasa bahagia yang sama.”
“Sebab itulah, meski apa juga saya tetap dengan cara saya dalam mendidik. Harga diri yang sebenar ialah mendidik anak berjiwa ihsan bukan jiwa haiwan.”
Allahuakbar.
Kasar benar saya. Tutur kata yang tersusun santun. Namun saya pasti menusuk. Wallahu’alam.
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/hanani.daud.7″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Hanani Daud [/su_button]
Kemelut rumahtangga antara pelakon Fizo Omar dan isteri, Mawar Karim telah berakhir dengan penceraian dua hari lepas telah memberi pelbagai reaksi dikalangan warga net sehingga menjadi trending di media sosial.
Mana mungkin pasangan yang dilihat bahagia tambahan pula sedang meraikan cinta kelahiran anak pertama tahun lepas berakhir dengan perpisahan juga setelah menunggu hampir empat tahun.
Bukan itu sahaja, melalui laporan akhbar pula mengatakan kadar penceraian semakin meningkat sejak akhir ini dikalangan golongan muda semakin runcing dengan alasan yang tidak masuk akal.
Menurut laporan, didapati dalam tempoh 5 tahun pertama perkawinan adalah yang paling mencabar, merujuk kepada kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-5 yang dijalankan oleh LPPKN yang dijalankan pada 2014.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata berdasarkan kajian oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
“Antara punca-punca utama penceraian pada perkahwinan pertama oleh lelaki adalah tiada persefahaman sejumlah 56.2%, isteri curang (11.8%) dan campur tangan mentua atau ipar (10%).
“Manakala bagi wanita pula, 38% peratus menyatakan punca utama perceraian adalah kerana tiada persefahaman, diikuti dengan suami curang (20.5%) dan suami tidak bertanggungjawab (15.2%).”
Rentetan daripada itu, coretan yang dikongsi oleh seorang wanita ini, Syahirah Omar sungguhinspirasi yang memberi makna penuh tersirat bahawa setiap apa yang berlaku itu ada kaitan dengan diri kita sama ada pasangan lelaki atau wanita.
Namun, antara dalam penulisannya, menyentuh ujian pasangan yang diambang perceraian yang akhirnya memilih berpisah itulah jalan terbaik.
Bak kata wanita ini, “jika Allah nak kau bahagia, datanglah 1001 cabaran pun, kau tetap akan bahagia.”
Jadi usah menyalahkan takdir. Setiap cabaran yang datang ada hikmah yang menjadi rahsia Allah. Kita sebagai hambanya harus, sujud dan berdoa sepuas-puasnya agar diberi jodoh yang baik-baik dan bahagia hingga akhir hayat.
Namun, siapa tahu, jodoh bertaut kembali jika diizinkan Allah. Apa yang Allah kehendaki pasti terjadi. Allah menciptakan segala sesuatu dengan kun, maka jadilah. Allah Ta’ala berfirman,.
Dan tidaklah Rabb yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia. Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (QS. Yasin: 81-83).
Harini aku nak tulis tentang ujian. Khas yang diuji dengan pasangan hidup. Kau cuba baca sampai habis ya? Pesanan buat diri aku juga, InsyaAllah.
Dalam hidup, Kau sentisa akan diuji. Paling berat jika diuji dengan pasangan. Sebab kita rasa sepatutnya dia menjadi penguat kita tetapi dialah yang sebaliknya. Sepatutnya dialah yang lindungi kita, tetapi tidak. Kita rasa dia yang patut mendidik kita tetapi dia hanyut jauhhhhh dari Allah. Kita rasa dialah tempat kita bercerita, Tetapi dia lebih berdamping dengan kawan-kawan, Dia lebih pentingkan telifon bimbit lebih dari kau. Kau bukan lagi “priority” dalam hidup dia. Pendek kata tiada lagi kemanisan dalam rumahtangga. Kau hanya teman di tempat tidur saja.
HATI MULA TERTEKAN
Akhirnya kau sangat tertekan. Setahun, dua tahun, tiga tahun, bertahun tahun kau rasa kau dah cukup sabar. Perkahwinan kau sangat hambar. Kau rasa kenapa dia bukan lagi seperti kau kenal sebelum berkahwin. Semuanya berubah. Kau rasa kau korbankan segalanya. Tetapi dia?
Hati kau sangat sakit kan? Kau rasa terlalu benci pada dia. Solusi hanyalah penceraian. Kau dah usaha macam-macam, Dia tetap tak berubah.
Inilah masalah diri kita. Di dunia ni kita rasa kita “control” segalanya. Kita yang rasa kita perlu buat semua keputusan. Sehingga kita depressed sebab kita usaha tetapi dia tak berubah. Kita rasa kita kena selesaikan segera. Sebabkan dia, habis hidup kita huru hara.
MUKJIZAT AL-QURAN
Kau rujuk Surah Al Qasas ayat 56 ( 28:56)
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”
Dalam ayat ni memang tidak ada kena mengena dengan masalah kau lalui. Tetapi inilah Al Quran.
Subhanallah, Allah dah beritahu dalam Al Quran pun sebenarnya. Cuba kalau kau letak diri kau di dalam ayat ni, maksudnya,
Kau, aku, makcik Hasnah atau siapa saja, takkan mampu ubah siapa pun makhluk atas muka bumi ni melainkan Allah.
Kau, aku, makcik Hasnah takkan mampu ubah takdir hidup kau sedaya upaya usaha sekalipun selagimana Allah tak mahu.
No matter what you’ve been through, it’s written. No matter what you know, it’s written. No matter what you do, it’s written. When Allah pushes you to the edge of difficulty, TRUST Him fully because two things can happen,
Either He’ll catch you fall or He’ll teach you how to fly.
MINTALAH DENGAN ALLAH YANG MAHA BERKUASA KEPADA HAMBANYA.
Pertama sekali, Kau sabar dan tenanglah. Jangan focus untuk sesaikan masalah. Sebab kita takkan jumpa solusi. Kita hanya buat decision mengikut hati. Akhirnya kita yang menyesal nanti.
Hati dia, Allah yang pegang. Sedangkan seluruh alam semesta ni pun Allah boleh uruskan inikan pula hati dia kan?
Ujian yang Allah beri ni, bukan untuk dia tetapi untuk diri kita.
Ujian yang Allah beri ni bukan untuk ubah dia. Tetapi untuk ubah kita. Kau serahkan segala masalah kau kepada Allah, kau bersungguh-sungguh minta Allah beri jalan keluar.
Kau takut? Sujudlah Kau overthinking? Sujudlah Kau putus asa? Sujudlah Kau runsing? Sujudlah Kau sangat struggle? Sujudlah Kau cari Allah dan serahkanlah segalanya.
Kau taubat dan mintalah pada Allah sepuas-puasnya.
Kau hidup bahagia selama harini pun semua atas izin Allah. Kau bernafas ni pun semua atas izin Allah. Bukan atas usaha paru-paru kau pun sebenarnya. Dan berapa banyak cabaran kau dah lalui dalam hidup tetapi semua Allah selesaikan juga akhirnya kan?
Jika Allah nak kau bahagia, datanglah 1001 cabaran pun, kau tetap akan bahagia.
Aku pernah alami situasi begini. Bilamana aku tak faham makhluk bernama lelaki. Aku rasa aku boleh ubah dia. Rupanya tak. Tetapi semuanya berubah bila aku mula berubah. Aku mula mencari Allah. Hidup aku segala-galanya aku serah pada Allah. Semuanya berubah sekelip mata. Allah beri jalan keluar dalam setiap kekusutan aku dengan cara yang tak disangka-sangka. Sebab hati dia, bukan aku yg punya Hati dia Allah yang punya. Berubahlah kerana Allah. Jangan kau berubah kerana manusia. Sebab manusia ni tak ada apa-apa kuasa.
“EVERYBODY WANTS TO CHANGE THE WORLD, BUT NOBODY WANTS TO CHANGE.”
Kau tengok surah Ar Ra’ad ayat 11. “Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.”
Maka, berubahlah demi Allah. Allah takkan datangkan orang dalam hidup kita dengan sia-sia. Samaada dia datang untuk menambah iman kau, Atau dia datang untuk Allah tengok sejauh mana keimanan kau.
Bila kau rasa kau ada masalah komunikasi dengan manusia, itu tandanya komunikasi kita dengan Allah juga tak berapa nak cantik.
Bila kau rasa suami kau TAK BUAT seperti yang kau minta, Tanya balik diri sendiri,Kau dah buat ke belum semuanya apa yang ALLAH MINTA?
Jika kau rasa kau tak bahagia, Kau tanya balik apa tujuan kau kat dunia.
Lepas kau sabar,kau tenang, kau carilah nikmat yang boleh kau syukuri. Kau lihat semula apa yang KAU PATUT PERBAIKI. Bila kau serah semuanya pada Allah, kau akan nampak semula segala nikmat yang kau patut hargai. Bila hati kita sangat tenang, semuanya sangat jelas.
HIDUP INI SINGKAT
Hidup ini, terlalu singkat. Kau percayalah. Kau ubah diri kau, semuanya akan berubah.
Dan jika sekalipun perkahwinan kau tak dapat diselamatkan, Allah akan mudahkan segala dan beri 1001 jalan untuk bebas dari dia. Jika berpisah itu lebih menambah iman, berpisahlah. Jika bahagia kau bukan di Dunia, InsyaAllah dengan kesabaran kau menahan ujian di Dunia, Allah pasti akan beri kebahagian di Syurga.
Kesatlah air mata, Kuatkan diri cari Allah semula. Tanpa Allah kita tiada daya. Letakkan cinta Allah yang pertama. InsyaAllah kau tak sesat di Dunia.
****
Deep! Nyata perkongsian ini penuh pengajaran untuk bermanfaat bersama. Bagi rumahtangga bahagia jadikan ia peringatan diri. Manakala yang retak, jadikan ia pedoman penguat diri. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Biarpun telah berusaha untuk mengelak berlaku, ia tetap berlaku. Itu semua rahsia Allah yang pastinya ada sebabnya. Apa yang pasti muhasabah diri untuk menjadi hambaNYA. Hidup ini singkat. Nikmatinya selagi nyawa di kandung badan. Syukurinya dengan meneruskan kehidupan dengan penuh takwa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.