Ibu mana tak sayang anak kan, demikian juga dengan Noor Neelofa tatkala bercerita mengenai anak lelakinya Mohammad Bilal.
Umum mengetahui bekas hos MeleTop ini sudah pun memiliki cahaya mata hasil perkahwinan dengan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz.
Begitupun sehingga kini, dia dan suami masih belum bersedia untuk berkongsi wajah penuh anak lelaki mereka, Mohammad Bilal.
Akui Neelofa, hal tersebut dilakukan bagi mengelakkan penyakit ‘ain (gangguan yang disebabkan pandangan).
“Saya belum kongsi wajah anak dan walaupun orang kecam macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraannya. Tunggu bagi dia besar sikit. Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak.
Ads
“Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya.
“Bab ‘Ain’ ni, pada saya jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, sebenarnya mereka seolah-olah main-mainkan kewujudan ‘ain lah. Bukan mereka sindir saya sebenarnya.
“Saya tidaklah arif sangat tentang perkara sebegini, tetapi bab ain mungkin boleh melangkaui takdir. Malah di dalam hadis sahih pun sudah ada,” ulasnya lagi.
Ads
Neelofa berkongsi hal tersebut bersama media ketika ditemui di majlis Disney X Naelofar Alice In Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.
Daripada terus memikir hendak dibuat apa daging yang banyak di dalam peti sejuk, apa kata ambil sebahagiannya untuk dijadikan sebagai daging pekasam.
Jangan ada yang ingat, ikan sahaja yang enak dibuat pekasam. Malah daging juga tidak kurang sedapnya jika dibuat pekasam hingga buat orang makan bertambah jadinya.
Hakikatnya ada dua versi daging pekasam ini dihasilkan namun, sama ada hanya menggunakan limau dan garam atau ada juga yang menyediakan daging pekasam dengan menggunakan beras yang disangai.
Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Norsharmiza Ashikin yang mendapat perhatian hingga ramai teruja untuk mencuba resipi Daging Pekasam yang dikongsikan olehnya.
Bahan-bahan:
*Daging 800gm hiris nipis (jangan nipis sangat tau agak-agak ye)
*Asam Keping segenggam(basuh dulu)
*Garam 4 sudu makan (saya guna garam bukit tak masin sangat)
*Beras 1 setengah cawan
Cara Penyediaan:
*Gaulkan garam & asam keping..ketepikan dulu (Garam kena agak-agak, jika setengah kg daging, garam dalam 4 sudu besar
*Sangai(goreng) beras sampai warna keperangan
(saya basuh beras dulu,toskan air pastu terus sangai)
*Blend beras yang sangai tadi..saya blend tak hancur sangat sebab nak rasa tekstur beras rangup gitu bila goreng nanti,tapi ikut pada selera masing-masing nak blend hancur terus pun boleh
*tuang beras blend tadi dan gaulkan rata. Pastukan gaul sampai daging bersalut dengan beras tu ye..dah siap gaul tu masuk dalam berkas berpenutup dan simpan dalam peti ais (bahagian bawah) 3/4 hari..siappp!
Cinta hingga hujung nyawa, begitulah yang boleh digambarkan buat pasangan suami isteri ini apabila menemui ajal selang 29 minit. Pun begitu, pemergian pasangan suami isteri ini meninggalkan kesedihan yang cukup berat untuk ditanggung oleh anak-anak, bilamana kedua orang tua yang amat dicintai ‘pergi’ kerana Covid-19.
Pastinya tiada apa yang mampu dilakukan oleh anak-anak melainkan terima dengan reda berita pemergian ibu dan bapa serentak pada hari yang sama, ini sebagaimana memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro.
Berat untuk ditanggung namun itu hakikat perlu diterima pensyarah, Wan Su Emi Yusnita Wan Yusof, 39, dan empat adiknya apabila ibu, Aminah Yaakub, 59 serta bapa mereka, Wan Yusof Wan Abdullah, 63, meninggal dunia akibat Covid-19 pada 29 Julai lalu.
Wan Yusof menghembuskan nafas terakhir pada 8.32 pagi di Hospital Jelebu diikuti Aminah di Hospital Tampin, Negeri Sembilan jam 9.01 pagi dengan hanya 29 minit memisahkan ajal mereka berdua.
Jenazah kedua-duanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Berkongsi kisah memilukan itu, Wan Su Emi Yusnita yang menetap di Sungai Besi, di sini, berkata dia dan adik beradiknya sudah lama bersedia dengan kemungkinan bapanya akan meninggal dunia kerana penyakit kronik dialami namun terkejut apabila ibunya yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) selepas kaki kanan dipotong akibat diabetes turut dijemput Ilahi pada hari sama.
“Abah memang mempunyai penyakit tiga serangkai iaitu jantung, darah tinggi dan masalah buah pinggang akibat diabetes malah baru keluar daripada hospital pada 16 Julai lalu.
“Keesokan harinya (17 Julai), abah demam diikuti emak dan adik kedua, keempat serta bongsu.
“Melihat keadaan emak yang demam sehingga (badannya) menggigil, adik bawanya menjalani ujian saringan pada 20 Julai iaitu pada Hari Raya Aidiladha dan disahkan positif keesokan harinya sebelum dimasukkan ke hospital hari sama.
“Sementara itu, abah pula dibawa menjalani ujian saringan pada 21 Julai, sah positif Covid-19 keesokannya (22 Julai) dan dimasukkan ke Hospital Jelebu pada 23 Julai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Wan Su Emi Yusnita, hanya dia dan adik ketiga, Wan Mohd Hanafiah, 33 saja yang berpeluang membuat pengecaman serta menatap jenazah ibu bapa mereka.
3 Adik Beradik Lain Positif Covid-19
Sementara itu, Wan Su Emi Yusnita berkata, tiga lagi adiknya iaitu Wan Nur Hashimah, 36; Wan Nur Ainshatun, 26 dan Wan Shafiqah Zaharah, 24, tidak dapat turut sama kerana masih menjalani kuarantin selepas positif Covid-19.
“Selepas dapat tahu emak meninggal dunia, saya hilang kata-kata dan bertambah terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian abah yang rupanya pergi lebih awal.
“Mujurlah urusan pergerakan rentas negeri berjalan lancar dan saya uruskan pengecaman jenazah abah manakala adik lelaki membantu urusan emak di hospital.
“Adik yang lain pula tidak dapat bersama jadi hanya berpeluang melihat wajah jenazah emak dan abah menerusi panggilan video. Detik itu yang membuatkan kami semua sukar mengawal emosi termasuk saya,” katanya.
Wan Su Emi Yusnita berkata, perasaan sedih itu bertambah kerana dia tidak dapat memeluk dan mencium jenazah ibu bapanya buat kali terakhir.
Abah ‘Pergi’ Bersama Mak
Bagaimanapun, dia dan adik beradik cuba memujuk diri serta bersangka baik dengan ketentuan Allah.
“Abah sudah lama tenat sebenarnya tetapi Allah panjangkan umurnya dan takdirkan arwah pergi bersama emak.
“Sebagai anak, saya tentunya sedih apabila hilang kedua-duanya tetapi reda kerana memikirkan bagaimana keadaan emak seandainya abah yang pergi meninggalkannya memandangkan mereka berdua rapat walaupun sudah 40 tahun berkahwin.
“Rezeki arwah emak dan abah juga apabila pusara mereka bersebelahan satu sama lain malah ini bukti cinta mereka sehingga hujung nyawa,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Mengalami masalah rambut gugur terutamanya kita kaum perempuan seakan lumrah bilamana selepas melahirkan anak. Namun melihat keadaan yang berlarutan, terasa rungsing boleh menjadi sebab rambut menjadi nipis atau pun lebih teruk menjadi botak.
Mengikut petua orang lama, untuk menguatkan akar rambut ada caranya iaitu dengan menggunakan lobak merah yang di parut. Ambil air perahan bagi menyejukkan kulit kepala. Caranya basahkan kepala dengan air lobak merah dan urut perlahan-lahan. Amalkan selalu bagi menguatkan akar rambut.
Selain mengamalkan cara ini ada 3 cara lain yang boleh diamalkan untuk tujuan penjagaan rambut dan memastikan akarnya lebih kuat dan sekali gus mengelakkan daripada gugur dan menjadi nipis
Khasiat ginseng untuk rambut memang sudah dikenal sejak dahulu. Kandungannya dapat merangsang pertumbuhan rambut. Kini anda tidak perlu susah-susah untuk mencari ginseng dan menggunakan ekstraknya pada kulit kepala. Ekstrak ginseng banyak digunakan dalam berbagai macam produk perawatan rambut seperti shampo.
2. Sikat rambut
Pernah dengar tak orang dulu-dulu kata kalau nak rambut cepat panjang dan lebat, kenalah selalu menyisir rambut. Oleh itu, tidak salah kiranya anda menyikat rambut lebih kerap untuk tampil rapi. Apa yang penting, ketika menyikat rambut lakukan dengan lembut agar tidak merosakkan kulit kepala.
3. Ambil makanan sihat
Walaupun cara ini nampak biasa-biasa sahaja, namun diet yang sihat akan memberi impak yang besar pada kesihatan seseorang. Begitu juga dalam hal mendapatkan akar rambut yang kuat dan sihat memerlukan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di