Kadang kala, kesibukan dengan rutin seharian, kita memilih makanan segera. Mudah dan cepat di masak. Namun untuk jangka masa panjang ia didakwa menyebabkan risiko penyakit bahaya sehingga boleh meragut nyawa antaranya kanser.
Menurut perkongsian seorang doktor, Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau mengulas bahawa makanan segera seperti mi adalah antara didakwa boleh menjadi penyebab penyakit kronik. Beliau menasihati agar tidak kerap makanan ini.
Namun, menunjukkan kaedah memasak makanan ini bagi mengurangkan bahan awet yang terdapat dalam makanan tersebut.
Moga jadi panduan untuk kita kekal menjaga kesihatan. Bukan tak boleh tapi jangan kerap.
Jom lihat kaedah Dr ini.
Saya mencadangkan agar kita tidak terlalu memakan mi segera kerana ianya adalah penyebab penyakit kronik terutamanya oleh serbuk perasanya.
Jadikan mi segera hanya sebagai makanan terakhir jika tiada pilihan atau makanan yang diambil jika tiada makanan lain boleh didapati.
Jika tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah mi segera itu.
CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MI SEGERA
Biasanya, cara kita memasak mi segera ialah dengan meletakkan mi ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk perasa dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.
Ini adalah kaedah memasak mi segera yang SALAH.
Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.
Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mi itu disalut dengan pengawet makanan. Pengawet makanan amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.
KAEDAH YANG BETUL UNTUK MEMASAK MI :
1. Rebus mi di dalam periuk air.
2. Setelah mi dimasak, toskan mi, dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet.
3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.
4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mi.
5. Sekiranya, jika anda inginkan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering.
Mi segera adalah makanan berproses dan bukanlah makanan yang sihat.
Jika pengambilan mi segera lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.
APA ITU MSG?
MSG ialah Mono Sodium Glutamate sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan terhadap makanan yang diletakkan MSG.
Walaubagaimana pun MSG tidak membunuh kita secara mendadak, tetapi membunuh kita perlahan lahan.
Selain MSG, perhatikan bahan-bahan kimia sintetik yang menjadi racun dalam makanan kita.
1. Perasa
2. Pewarna
3. Penaik
4. Penstabil
5. Pemanis
6. Pengawet
Jadi berhati-hati ketika memilih makanan kita.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Boleh dikatakan setiap antara kita akan pastikan stok telur akan sentiasa ada di rumah. Macam-macam menu boleh dibuat, bahkan jika tiada idea untuk memasak andai kita sediakan telur dadar sekali pun sudah memadai untuk dijadikan menu ringkas untuk keluarga.
Pun begitu, dalam membeli telur sebaiknya kita pilihlah yang terbaik untuk dimakan. Dan hal ini dikongsikan oleh Dr Mazlina Mazlan untuk info bersama tentang cara pilih telur yang ada dijual dipasaran. Semoga ianya memberi manfaat.
Cara Pilih Telur, Beri Kesan Baik Untuk Kesihatan
“Dr, anak saya alergik telur, apa nak buat ye?”
“Dr saya buat operation kat belakang badan baru ni, boleh makan telur dak?”
“Anak saya ada eczema Dr, kalau dia makan telur, habis naik balik eczema dia susah nak surut.”
“Saya tak boleh makan telur, nanti habis ruam naik kat muka saya.”
“Saya kolesterol tinggi ni Dr, takkan boleh makan telur kot, telur tinggi kolesterol kan?”
Banyak lagi pantang larang telur yang kita selalu sangat dengar kan?
Sebenarnya, telur tak bersalah pun. Allah jadikan telur sebagai salah satu real food yang banyak sangat manfaat untuk kesihatan kita. Cuma kita saja yang perlu buat pilihan yang betul supaya setiap telur yang diambil tu memberi kesan yang baik untuk kesihatan kita.
-Telur kaya dengan protein
-Telur menaikkan kadar kolesterol baik
-Telur banyak omega 3 yang bagus untuk otak dan minda anak-anak
-Telur mengandungi choline yang baik buat ibu mengandung untuk perkembangan otak bayi
-Telur membantu turunkan berat badan
-Telur mengandungi antioksida lutein and zeaxanthin yang baik untuk mata
Banyak lagi manfaat telur. Kalau ikut kata Coach Eczema Mizhana Padzi, telur ni sebenarnya siap boleh bantu penyembuhan kulit anak eczema lebih cantik dan flawless lagi tau! Rajin-rajinlah kita makan telur, ajak suami dan anak-anak makan telur selalu ya!
Ya, telur sangat elok untuk diamalkan setiap hari. Cuma, kita perlu pilih telur yang baik supaya kita dapat khasiat yang optimum dari ‘real food’ yang sebenar.
Kenapa saya katakan begitu? Telur bukan real food ke?
– Telur boleh jadi datang dari ayam yang dicucuk antibiotik atau hormon tambahan.
– Telur juga boleh datang dari ayam yang diberi makan dedak jagung GMO.
Pada tahun 2015, satu keputusan kajian selama 13 tahun diumumkan. Kajian menyatakan tiada statistik yang menunjukkan penggunaan telur dengan serangan jantung dan strok, tetapi kenaikan masalah jantung sebanyak 30 peratus kepada mereka yang mengambil telur sekurang-kurangnya 1 biji setiap hari.
Masalah-masalah sebegini akan datang jika kita tidak buat pemilihan telur dengan betul.
Jadi bagaimana nak pilih telur yang baik?
Baca label ya ibu ayah.
Berbagai jenis brand yang dicadangkan sekalipun, tetap perlu baca label tengok yang mana memenuhi citarasa hati masing-masing.
Alah, telur je pun. Dah boleh dapat telur 1 biji dengan harga 30 sen, kenapa nak kena beli telur yang harga 1 biji sampai RM 1.30.
Tanya semula diri kita makan telur untuk apa. Makanan yang baik dan tayyib, ia bukan sahaja buat kita hilang lapar, ia mungkin juga dapat hindarkan kita dari penyakit tertentu, ia mungkin juga dapat sembuhkan kita dari penyakit tertentu. Pernah dengar orang kata ‘food is medicine’ kan?
Begitulah. Pilihan sentiasa ada.
Pergi makan western food hujung minggu sampai habis RM 70 untuk 3 pinggan, takkan telur yang tayyib 1 biji harga 60 sen – RM 1.30 pun tak boleh beli kan?
Ini tak cakap orang tau, cakap kat diri sendiri ni haa.
Di rumah, insyaAllah saya pun masih cuba yang terbaik untuk sediakan telur yang tayyib untuk keluarga.
Jika di luar, anak-anak nak makan telur rebus, saya okay je.
Jika di luar, suami nak makan nasi goreng pataya, saya okay je.
Jika di luar, saya teringin nak makan tomyam dan telur dadar, saya okay je.
Saya cuba kawal sebaiknya apa yang ada di dapur saya, sebab itu adalah makanan harian kami. Di luar, sekali sekala, ada hari kami cheat day juga.
Saya kongsikan antara gambar-gambar telur yang ada di pasaraya. Bantu saya kongsikan info pilih telur ini ya supaya lebih ramai ibu ayah dapat pilih telur yang baik buat keluarga, untuk anak-anak terutamanya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sebelum ini umum tahu tentang penyakit kulit yang dialami oleh penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias sehingga perlu memakai topeng muka dan berhias untuk menutupi kulit muka berdarah.
Menurutnya, kini beliau sudah sihat daripada penyakit terbabit berkemungkinan hasil dari rawatan alternatif yang dijalani di Madinah selama empar hari, awal bulan September.
Beliau yang terkenal sebagai Ustaz Kazim menjelaskan, rawatan itu menggunakan air telaga nabi di dua tempat di Madinah.
“Pulang daripada itu, alhamdulillah saya punya wajah ok, sudah tidak lagi luka, tidak lagi berdarah…ini sikit saja…yang ni muka saya dah ok dah.
“Kalau tidak, saya kena pakai topeng, saya menghadap orang pun saya segan sebab dia boleh berdarah secara tiba-tiba.
“Apabila saya buat rawatan di sana (Madinah), alhamdulillah sampai sekarang November, syukur banyak-banyak, tak perlu lagi nak pakai krim dan sebagainya untuk menahan luka,” katanya dalam sidang media.
Sebelum ini, Ustaz Kazim muncul dengan menutup sebahagian besar mukanya ketika menghadiri beberapa majlis ilmu bagi mengelak wajahnya daripada terkena cahaya matahari.
Penceramah selebriti itu berkata, tindakan itu diambil atas nasihat doktor memandangkan wajahnya tidak boleh terdedah secara terus kepada cahaya matahari.
Ekoran daripada itu, katanya, beliau mendapat beberapa tawaran doktor pakar daripada England, India dan Madinah untuk membantu mengubati penyakitnya.
Penyediaan hidangan secara selamat adalah penting untuk memastikan keluarga tidak terdedah dengan bahaya bakteria yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.
Begitu juga kepada yang selesa memasak pada kuantiti yang banyak untuk dijadikan stok dan dibekukan. Ada teknik dan cara yang disarankan oleh doktor ini untuk kekal selamat.
Ini perkongsiannya.
“Saya sibuk doktor, jadi saya beli barang mentah sebulan sekali. Saya rasa sebab tu saya selalu kena sakit perut”
Sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer.
Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena dibersihkan, lepas tu dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak. Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.
Tapi, jangan curi-curi pakai Tupperware kesayangan mak kalian, nanti mengamuk orang tua tu, dah tak jadi mudah kalau gitu. Jadi makin susah pula. Hehe.
Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali. Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.
Habis, cara nyahbeku bahan mentah yang betul macam mana? Camni:
◾Meletak bahan mentah di bawah air mengalir. Tak usah rendam dan tinggal.
◾Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller semalaman.
◾ Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Cara ini paling mudah dan cepat.
Kalau tak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya. Nanti bila kalian masak, bahagian yang ada ais tu, hidup balik. Hahaha. Tak lah! Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.
Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat! Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di