
Sebelum ini umum tahu tentang penyakit kulit yang dialami oleh penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias sehingga perlu memakai topeng muka dan berhias untuk menutupi kulit muka berdarah.
Menurutnya, kini beliau sudah sihat daripada penyakit terbabit berkemungkinan hasil dari rawatan alternatif yang dijalani di Madinah selama empar hari, awal bulan September.
Beliau yang terkenal sebagai Ustaz Kazim menjelaskan, rawatan itu menggunakan air telaga nabi di dua tempat di Madinah.
“Pulang daripada itu, alhamdulillah saya punya wajah ok, sudah tidak lagi luka, tidak lagi berdarah…ini sikit saja…yang ni muka saya dah ok dah.
“Kalau tidak, saya kena pakai topeng, saya menghadap orang pun saya segan sebab dia boleh berdarah secara tiba-tiba.
“Apabila saya buat rawatan di sana (Madinah), alhamdulillah sampai sekarang November, syukur banyak-banyak, tak perlu lagi nak pakai krim dan sebagainya untuk menahan luka,” katanya dalam sidang media.
Sebelum ini, Ustaz Kazim muncul dengan menutup sebahagian besar mukanya ketika menghadiri beberapa majlis ilmu bagi mengelak wajahnya daripada terkena cahaya matahari.
Penceramah selebriti itu berkata, tindakan itu diambil atas nasihat doktor memandangkan wajahnya tidak boleh terdedah secara terus kepada cahaya matahari.
Ekoran daripada itu, katanya, beliau mendapat beberapa tawaran doktor pakar daripada England, India dan Madinah untuk membantu mengubati penyakitnya.
Sumber : Astro Awani
Perkongsian Sihat Wanita Ini Untuk Yang Tengah Diet Tapi Tetap Kenyang & Badan Pun Segar. Guna 4 Bahan Sahaja!

Aduh, berat badan naik lagi, tak boleh jadi ni. Asyik makan je, bila nak kurus kan? Kena cuba berdiet malam ni, tak payah ambil makanan berat.
Jom ibu-ibu yang nak mula berdiet, apa kata cuba buat jus sihat ini bagi memastikan anda tetap fit dan bertenaga di siang hari.
Perkongsian jus sihat ini mungkin boleh membantu ibu-ibu. Kaedah ini dipraktikkan oleh Sharinaz Redwan dengan hanya menggunakan 4 bahan asas sahaja. Bahannya Epal Hijau, Timun, Lemon dan juga Madu. Sememangnya memiliki banyak khasiat untuk kesihatan tubuh.
Menurut Sharinaz lagi, selepas minum anda akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit. Tunggu apa lagi, jom cuba!
Bahan Asas:
timun
epal hijau
lemon
madu.
TIMUN DAN KHASIATNYA
Antara kelebihan timun ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh membuang toksin dalam badan dan berikan rasa sejuk dalam badan.
EPAL HIJAU DAN KHASIATNYA
Epal hijau dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Sesiapa yang mempunyai masalah sembelit, elok amalkan makan epal hijau ni tau.
LEMON DAN KHASIATNYA
Tidak dinafikan buah lemon lagi tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
BAHAN-BAHAN:
1 biji epal hijau
1/2 biji timun
2 slice lemon, amik jus je
1-2 sudu besar madu
Air suam untuk kisar
CARA-CARA:
Semua atas ni dikisar. Nak tapis boleh. Lagi bagus tak di tapis kerana hampas itu menjadikan fiber lebih tinggi.
Minum macam tu je. Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit ,tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!
Mengadu Tak Sedap Badan & Rasa Bisa Sana Sini, Dr Ni Saran Baiki Usus Dulu. Nak Tahu Cara, Ni Resipinya Kena Buat!

Bila badan terasa lesu, lemah dan sengal-sengal mulalah kita rasa tidak sedap badan. Nak buat apa kerja pun jadi tidak selesa dan secara umumnya pasti kita ingin segera mencari ‘penawar’ untuk dapat mengembalikan kecergasan tubuh badan.
Salah satu daripadanya apa kata anda amalkan seperti yang disarankan oleh Dr Rizal Abu Bakar ini, menurutnya untuk dapatkan tubuh badan yang sihat pertama sekali kena baiki usus!
Bagaimana caranya ini turut dikongsikan di dalam postingnya dan bolehlah diamalkan untuk penjagaan kesihatan seisi keluarga. Ini perkongsiannya;
Banyak orang komplen tak sedap badan. Sakit badan. Bisa sana bisa sini. Tapi tak tahu punca. Macam mana settle? Ada rahsianya! Rahsia salah satunya ialah baiki usus dulu. Usus ni juga disebut sebagai otak kedua manusia. Jadi kena jaga betul betul.
Cara nak jaga ialah bagi makanan dalam kategori prebiotik dan probiotik.
Untuk mudah ialah sediakan minuman aloe vera ni. Tujuan untuk sihatkan usus. Bagi usus atau otak kedua ni mantap dulu. Orang selalu sebut bagi sejuk badan.
Resepinya mudah saja. Hanya perlu 4 bahan.
1. Aloe Vera
2. Air
3. Lemon
4. Madu
Caranya pun tak susah mana. Boleh 6 langkah kat bawah:
1. Potong dan asing isi aloe vera. Pastikan saiz sebesar pangkal ibu jari sahaja. Senang nak makan nanti. Masa potong tu biarkan getah kuning aloe vera keluar. Biar kering getah tu baharu potong kecil-kecil. Potong dalam satu cawan.
2. Masukkan dalam periuk isi aloe vera. Masukkan air dua cawan.
3. Masukkan air perahan setengah biji lemon. Kalau lemon kecil boleh pakai sebiji. Boleh masukkan 5-6 biji red dates sekiranya mahu. Ni optional.
4. Masak dalam air perlahan sampai mendidih. Lepas mendidih matikan api. Biarkan sejuk sedikit.
5. Lepas sejuk boleh masukkan madu 2-3 sudu.
6. Hidangkan. Isi aloe vera tu boleh dimakan sekali.
Rasanya nyaman rasa usus. Rasa sejuk badan. Resepi simple untuk nikmat sihat.
“Doc, hari tu Doc ada sebut ada makanan bahaya untuk otak. Bahaya untuk badan. Macam mana tu?”
Ya.
Apa yang saya share di atas adalah satu tips dari banyak tips untuk jaga otak. Bila jaga otak, usus sihat, badan pun sihat. Ada 5 jenis makanan yang orang kita sukaaaa sangat makan. Tapi makanan inilah yang rosakkan otak kita. Saya panggil 5 makanan ini 5P. Pendedahan 5P ini ada saya buat dalam video khusus. Video ini ada dalam topik makanan dalam Neurohealth.
Sumber :DrRizal Abu Bakar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Jaga-jaga Dengan Penularan Influenza. Sebaiknya Ikut Apa Dr Ni Sarankan!

Mendengar adanya jangkitan influenza yang terjadi di kawasan berhampiran kita, tentu ianya membimbangkan. Ini memandangkan virus ini boleh berjangkit.
Pun begitu, sewajarnya kita tidak sekadar meluahkan kegusaran, tetapi adalah lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk pastikan keluarga kita selamat daripada jangkitan tersebut.
Bagaimana caranya, jom fahami apa yang disarankan doktor ini.
Setiap tahun, pada waktu begini, kes jangkitan influenza akan meningkat, terutamanya dikalangan kanak-kanak. Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga.
Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat.
.
Golongan berisiko tinggi digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza yang ditawarkan di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.
Individu yang mempunyai gelaja jangkitan influenza pula disarankan amalkan langkah-langkah dibawah ini, sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan influenza:
Berehat di rumah. Jika pergi ke tempat awam, pakai penutup hidung dan mulut dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui titisan pernafasan.
.
Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Tisu yang telah digunakan perlu dibuang dengan segera ke dalam tong sampah.
Elakkan daripada berkongsi peralatan peribadi seperti tuala mandi, sapu tangan dan sebagainya dengan orang yang lain untuk mengurangkan risiko jangkitan.
.
KKM juga menasihatkan mengenai langkah yang perlu diambil dalam mengendalikan pesakit terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah 5 tahun seperti berikut:
Jika terdapat keperluan, gunalah ubat paracetamol mengikut dos yang tepat, di samping mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan badan dengan tuala basah (tepid sponging);
Elakkan beri ubat NSAIDS(ibuprofen, voren, dsb) untuk kurangkan demam kerana ia boleh meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti radang otak di kalangan kanak-kanak.
Memastikan pesakit minum air secukupnya supaya kekal terhidrat.
Bawa pesakit berjumpa doktor sekiranya demam tidak berkurangan atau mempunyai selsema, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Komuniti FB Anda
Sumber: Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan, KKM)