Saat yang paling menyedihkan bila kita kehilangan insan yang disayangi. Seolah-olah separuh jiwa dibawa pergi. Namun, ketentuan Ilahi tiada siapa yang mampu menduga.
Pemergian suami membuatkan kehidupan Datin Umi Kalsom isteri kepada Dato’ Yaakob Mohammad berubah sekelip mata. Dugaan lebih berat bila mana ibu tersayang pula menyusul dan pergi tak kembali.
Ujian tersebut bagaimana pun tidak melemahkan semangat ibu kepada empat orang anak ini. Malah, keluarga menjadi dinding kekuatan untuk ibu kepada Dato’ Fazley dan Raf Yaakob ini untuk bertahan dan berteduh selain kawan-kawan yang sentiasa berada di sisi untuk menyuntik semangat.
“Saya terpaksa ambil ubat antidepresi 6 bulan selepas arwah suami meninggal. Waktu itu saya betul-betul tertekan sehingga masuk hospital kerana tak boleh makan sehingga terkena gastrik. Jadi saya disarankan jumpa dengan doktor anti- depres. Pada awalnya saya menolak.
“Namun selepas di interview oleh doktor berkenaan, baru saya tahu depres ini banyak peringkat dan saya punya kes adalah peringkat terakhir (mild). Maksudnya tak terlalu serius. Kalau serius yang melibatkan bunuh diri, terjun bangunan, tak nak hidup dan sebagainya. Selepas 7 bulan mengambil ubat tersebut, saya merasa tenang kembali,”ujar Datin Umi Kalsom sambil memberitahu ubat tersebut juga mengandungi vitamin yang baik untuk otak dan juga menenangkan waktu tidur.
Selain tekanan dan tidak lalu makan, Datin Umi Kalsom juga tidak boleh menjejak kaki ke dapur hamper setahun lamanya.
“Kebetulan arwah suami tak sakit lama. Kehilangan arwah memang meninggalkan kesan yang cukup kuat pada diri. Saya bukan tak reda tapi terkejut dan mengambil masa untuk sesuaikan diri. Bayangkan dalam sebulan saya kehilangan dua insan yang saya sayangi iaitu ibu dan suami.
Ads
“Jadi setahun saya tak masuk dapur. Saya jenis yang suka masak dan arwah setiap kali balik kerja dia suka tengok saya masak dan tunggu di dapur. Jadi saya tak boleh tengok dapur dan tak makan. Selalu saya abaikan pemakanan sehingga mendapat asid refluk dan gastrik.
Ditanya bagaimana melalui kehidupan tanpa arwah di sisi, akui Datin Umi Kalsom, anak-anak banyak membantu dan kebetulan mereka tinggal bersamanya membuatkan dia tidak kesepian dan ada yang menemani biarpun masing-masing sibuk dengan kerja.
“Setakat ini saya bersyukur kerana anak-anak ada di sisi saya. Malah menantu juga rapat dan ada sahaja aktiviti bersama mereka.
“Selain itu, saya juga ada aktiviti bersama kawan-kawan dan kalau tidak pun banyak masa dihabiskan dengan membaca Al-Quran. Dulu rajin baca al-quran atau Yassin setiap kali malam jumaat daripada remaja sehinggalah berkahwin, selepas arwah meninggal, ia jadi habit untuk membaca Al-Quran dan rasa tenang bila dapat baca.
Ads
“Rasa tak tenang duduk kalau sehari tak pegang al-quran. Sekarang jadi amalan, kalau tak baca jadi rindu dan rasa tak beri sesuatu kepada arwah. Itu yang saya boleh buat sebagai tanda kasih sayang sehingga ke akhir hayat untuk arwah suami.
“Saya merupakan pegawai kerajaan dan sudah biasa bekerja. Jadi, bila pencen saya masih berhubung dengan kawan-kawan untuk melepas rindu atau sekadar makan-makan bersama. Walaupun tak lama, hanya sekadar 2-3 jam berjumpa itu sudah memadai. Atau kami melakukan aktiviti bersama -sama ada solat dhuha, baca Yassin atau bulan puasa baca al-quran beramai-ramai. Itu yang membuatkan kehidupan saya terisi dan tenang dapat berjumpa dengan kawan-kawan.
Diminta berkongsi nasihat dengan mereka yang turut kehilangan orang tersayang, jelas Datin Umi Kalsom selain reda dengan pemergian mereka, kita juga kena banyak berdoa kepadaNya.
Ads
“Lepas kehilangan arwah, saya banyak solat tahajud, berdoa kepadanNya dan kebetulan kawan-kawan banyak bagi buku untuk mengenali Alam Barzakh. Daripada situ saya menilai hari ke hari apa yang arwah buat, macam mana dia di sana.
“Alhamdulillah saya sudah dapat menerima keadaan tersebut. Sebagai manusia biasa kita akan menghadapi saat itu. Kita sediakan bekalan dan seandainya ada ahli keluarga yang dijemputNya kembali, maka kena reda,”ujar Datin Umi Kalsom menutup perbualan bersama penulis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja kantin sekolah tentu kita sudah dapat membayangkan menu yang dijual tidak banyak pilihan dan kadang kala rasa makanan ada yang tidak menepati citarasa kita sebagai pembeli. Senang cakap, cukuplah sekadar makan untuk tidak berasa lapar.
Apa yang pasti, tidaklah boleh dibandingkan dengan kafe-kafe mewah atau restoran-restoran makanan yang lainnya. Maklumlah, harga makanan yang ditawarkan di kantin- sekolah biasanya murah, hanya beberapa ringgit sahaja sepinggan.
Namun perkongsian daripada Cikgu Mohamad Ismail Amir tentang kantin di sekolahnya ini cukup mengujakan! Bukan sahaja harga makanan tersedia memang murah, malah dekorasi kantin juga setanding kafe yang cantik dan selesa.
Menurutnya, Kantin Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya Pulau Pinang 2019 bagaikan “Restoren Mewah”di dalam sekolah……Tahniah owner “Sireh Cafe” Mohd Fahmi Ahmad atas inovasi dan kreativiti yg dihasilkan .
Apa yang jelas, pengusaha kantin ini dilihat begitu bijak menghias ruangan kantin untuk memastikan guru dan murid sekolah berasa selesa sepanjang menjamu selera di sini. Malah jika dilihat pula pada beberapa menu yang dijual, cukup menyelerakan dan berkhasiat. Contohnya seperti semangkuk bijirin ini hanya dijual RM1.
Begitu juga lebih mengujakan bila mengetahui harga bagi sepinggan set nasi ini pula hanya RM2, memang mengenyangkan.
Selain itu, apa yang dapat dilihat setiap hidangan ada menu sayuran disertakan, ini bermakna anak murid di sekolah ini akan makan hidangan yang sihat dan seimbang. Memang terbaik, pujian harus diberi!
Menariknya juga makanan dihidang bukan dalam pinggan biasa, tetapi di dalam tray makanan yang tentunya memberi pengalaman baru buat anak murid di sekolah ini.
Antara senarai menu dan harga makanan yang ada di kantin ini.
Setiap kata-kata ibu itu adalah doa, ungkapan ini biasa kita dengar dan doa ibu adalah antara doa yang mustajab. Menyentuh tentang berdoa, tidak semestinya kita harus duduk di atas tikar sejadah, namun boleh dalam pelbagai keadaan. Hatta, sedang menghantar anak-anak ke sekolah setiap pagi sekali pun.
Hal ini turut dikongsikan oleh seorang ustazah agar setiap kali menghantar anak-anak ke sekolah, kita iringi dengan kata-kata hikmah ini sepertimana yang dijelaskannya.
Sebelum anak ke sekolah, waktu anak bersalam dengan kita.. bisikkan di telinga anak dengan penuh keikhlasan,
“Abang, Allah jaga abang. Allah gembirakanabang. Allah sayang abang..Belajar sungguh-sungguh ye nak. Sayang kawan-kawan. Sayang guru-guru. Umi selalu doakan abang walaupun umi tak ada dengan abang ya. Allah jaga abang InsyaAllah. “
InsyaAllah jadi motivasi luar biasa kepada anak-anak. Walaupun anak hanya ke taska atau tadika. Bisikkan kepada mereka.
Inilah doa kita..doa ibu ayah yang ikhlas mengiringi perjuangan anak-anak insyaAllah. Moga Allah menjaga mereka dengan sebaik-sebaik penjagaan. Amin.
Hidup berumah tangga ni kena saling memberi dan menerima. Apa jua keputusan dibuat bersama tanpa didorong oleh orang lain. Meskipun kita ini sudah biasa berbuat demikian, namun apabila memiliki keluarga sendiri, perlu ada keputusan sendiri .
Namun tak salah andai mahu merujuk sesuatu masalah atau pandangan dari pihak ketiga. Asalkan anda suami isteri bersetuju dan tidak saling tuduh menuduh andai berlaku hal berbangkit.
Demikian juga bab tinggal bersama ahli keluarga. Sebaiknya bagi suami isteri yang mahu membina rumah tangga sendiri, carilah privacy dan berdikari untuk anda dan pasangan dengan tinggal berasingan.
Selama mana mahu bergantung dengan keluarga, jika berlaku sesuatu hal, mana satu suara yang perlu anda dengar? Itu yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin.
Cakap siapa yang kita nak dengar?
Situasi 1 –
Isteri : Abang, malam ni kita makan luar nak tak…lama tak makan chicken chop…
Mak suami : Tak payah, membazir, makan ja apa yang ada…lauk tengah hari tadi banyak lagi…
Situasi 2 –
Isteri : Ayang ingat, bulan ni nak bagi duit kat mak ayang 300, sebab mak nak beli dapur baru…dapur lama dah rosak…
Mak suami : 300? Banyak tu…dapur apa sampai 300…bagi 100 cukup kat mak kau…200 lagi guna untuk beli barang dapur umah ni…
Situasi 3 –
Isteri : Abang, raya pertama kat umah mak ayang bleh tak…sebab sekarang kita tinggal dengan mak abang, so raya umah mak ayang, ok tak…
Mak suami : Man, kau suami…dia isteri kau, kau ikut dia ke, atau dia ikut kau…? Kau raya umah mak.
Bawah 1 bumbung, tak boleh ada 2 permaisuri….sebab?
Kita tak tahu permaisuri mana yang kita perlu turutkan…itulah yang kebiasaannya banyak suami gagal…sebab memilih untuk tidak mendengar suara isteri disebabkan patuh dan taat kepada perintah si ibu…
Nak keluar makan Western salah x? Membazir x? Tak, lagipun bukan selalu makan pun…lauk kat umah memang ada, dah tekak teringin nak maakn yang lain…
Nak bagi duit kat ibu kandung isteri 300 untuk beli dapur salah x? Tak salah…duit isteri, so hak dia nk bagi berapa pun…boleh bagi 100 je ke? Boleh…tapi org tua isteri nak guna untuk beli dapur je? tak guna untuk barang2 lain…?
Nak balik beraya raya pertama umah org tua isteri salah x? X salah…suami ikut cakap isteri salah x? Tak salah…dah tu, tak boleh bersikap ehsan dengan isteri sebab hari biasa dah hari2 duduk dengan mak kita?
Susah kalau kita tempatkan 2 permaisuri dibawah 1 bumbung…nak berlaku adil terhadap kedua2nya, nak fahamkan kedua2nya dan tak nak kedua2nya terasa hati dengan keputusan yang kita buat sebagai seorang suami dan anak itu bukanlah sesuatu yang mudah…
Sebab tu kalau boleh, kurangkan penglibatan org luar dalam rumah tangga kita, kurangkan mendedahkan apa yang kita suami isteri selalu buat kepada org luar dan apa saja urusan yang ada, selesaikan within diri kita dan pasangan…
Jangan sampai ke pengetahuan org luar dari rumah tangga kita sebab susah nak bagi dia faham untuk setiap keputusan yang kita buat…dan kalau boleh, tinggallah berasingan…hati kedua2nya lebih senang dijaga dengan cara ini…?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.