Sesungguhnya doa seorang ibu terhadap anaknya adalah doa tanpa hijab di hadapan Allah bagi memastikan anak tersayang dapat menjadi seorang khalifah yang terbaik dimuka bumi ini. Biarpun anak cacat penglihatan, ibu tetap mendoakan yang terbaik buat anak. Begitulah yang dilalui oleh pemuda ini, Azhar Ibrahim, 36, yang cacat penglihatan sejak kecil tetap berjaya bergelar mekanik motosikal di bengkel yang diusahakannya.
Lebih manis, sikap berdikari dalam dirinya telah dibentuk sejak kecil oleh ibunya. Ibunya berpendirian mahu mendidiknya sama dengan adik-beradik yang normal lain. Malah, ibunya pernah dinasihati agar memberikan Azhar tongkat bagi memudahkan pergerakannya.
Namun ibunya tidak mahu berbuat demikian kerana tidak mahu Azhar kelihatan seolah-olah berbeza dengan adik beradiknya lain yang normal. Disebabkan itu, walaupun cacat penglihatan, namun Azhar tidak kekok berjalan tanpa menggunakan tongkat. Nyata, cara didikan sejak kecil menjadi pencetus kejayan anak ke empat daripada lima beradik ini.
Foto: Perak Today
Miliki bengkel baiki motosikal
Bengkel miliknya yang terletak di Kampung Batu Enam, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak, diusahakannya sendiri sejak tahun 2008. di kampungnya.
Bengkel motosikalnya pada awal hanyalah berada di bawah rumahnya dan ia juga bermula daripada beliau membaiki motosikal milik bapa saudaranya dan bapanya.
Ads
“Selepas rakan-rakan kongsikan tentang bengkel saya ini di Facebook, ia mula tular dan pada tahun 2013, saya telah menerima bantuan daripada pelbagai agensi. Alhamdulillah, ia menjadi besar sedikit dan ia seperti sekarang ini,” katanya.
Tambahnya, beliau juga pernah menerima pelanggan yang datang daripada Shah Alam, yang berhajat untuk meminta Azhar memperbaiki motornya.
Urusan dipermudahkan
Ads
Foto: Perak Today
Dalam pada itu, Azhar yang dilihat merendah diri sentiasa berasa bersyukur kerana sepanjang tempoh menjalankan perusahaannya, beliau sentiasa dibantu rakan-rakan selain tidak pernah berasa susah.
Beliau juga bersyukur kerana sehingga kini tidak pernah diambil kesempatan oleh mana-mana pihak cuma katanya baru-baru ini sahaja bengkelnya mengalami kehilangan barang.
“Setakat ini, Alhamdulillah saya tak berasa susah. Saya tidak minta untuk menjadi kaya. Cukup sekadar saya dapat menampung makan, minum, dan pakaian saya.
Ads
“Orang kata, janji duit itu tidak putus,” katanya yang memperoleh pendapatan mencecah RM800 sebulan.
Keluarga: Walaupun punya kekurangan diri, tetap semangat anda sungguh inspirasi.Semoga kejayaan milik Azhar dan dapat membesarkan perniagaan yang diusahakan.
Perkara paling sukar bila anak-anak jatuh sakit adalah waktu memberi ubat, itulah yang dikongsikan pelakon, Elfira Loy menerusi laman Instagramnya.
Ibu muda yang sedang hamil anak kedua ini bagaimanapun tidak berputus asa. Sebaliknya dia menggunakan trik tersendiri kepada anak kesayangannya Rayyan yang kini sedang sakit.
“Bila kena bagi Rayyan makan ubat sorang- sorang ni, memang kena perketatkan permainan kita sebagai seorang ibu .
1. balut dia & lift his head a bit.
2. Duduk atas dia bagi tangan tak gerak ( jangan duduk betul pulak )
3. Pegang muka dia kuat kuat
4. Bagi dia nganga , spray ubat near to the throat. (near tu maksudnya dekat ye ibu-ibu bukan pada ) cara ini jugak di demokan oleh doktor.
“Fuhhh mommy setiap kali bagi ubat , bukan sebab dia tapi sebab kaki mommy memang akan auto lemah bila tengok ubat. So ni memang cabaran paling mencabar .
“Orang yang tak suka ubat, kena bagi orang lain makan ubat,” tulis Elfira menerusi kapsyennya yang mengundang perhatian ramai.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang berkongsi pengalaman tak kurang yang memberi idea. Malah ada juga yang berterima kasih atas tip yang dikongsikan Elfira.
bieazizazlan Salah satu tips… Masa dia ludah keluar ubat, sbelum dia ludah tuh, cepat² picit idung dia utk dia automatik telan ubat yg diberikan..
miminajmuddinTiup sekali muka dia. Dia akan auto telan ubat tu. 😍
wan_nooraisikinI bg tips cara bg ubat dan ubat tu anak tak akan luah walaupun sikit..balut badan anak dgn kain(mcm bedung) tu.. amik picagari lepas tu masukkan ubat tu kat btl2 tepi mulut(bahagian tepi pipi) salurkan picagari smpu ke hujung gigi dalam tu..so ubat tu akan masuk terus tanpa tersentuh lidah..so anak akan telan semua ubat ..
nur_atiqah94Cabaran sungguh bagi mak2 😂 tp time Anak bawah setahun je payah makan ubat 😂 bila da masuk setahun senang sangat bagi makan ubat siap minta lagi 🤣
_fatin.ghaniThe dinosaur part! Thanks mommy bg idea, smoga Rayyan cepat sihat active mcm biasa ❤️
nrsyhdhnsrPandai mommy trick dia dgn dinosaur 😆😆 cute sgt rayyan 😍 get well soon !
Elfira Loy sebelum itu memaklumkan anak sulungnya itu kerap demam, batuk, selesema. Selepas mendapatkan rawatan, Rayyan disahkan doktor mengalami jangkita kuman di bahagian paru-paru atau pneumonia.
Di bulan puasa selain kita menahan lapar dan dahaga, kita juga di minta untuk banyakkan bersabar melawan hawa nafsu.
Semalam, satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku kepada sebuah keluarga yang menetap di Kajang.
Hanya kerana menegur anaknya yang membaca doa makan dengan terlalu laju ketika berbuka puasa, seorang bapa cedera akibat dipukul dengan kerusi makan dalam kejadian yang berlaku di rkediaman mereka.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata, dalam kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa yang berusia 63 tahun telah dipukul oleh anak lelakinya yang berusia 34 tahun.
Anak mangsa yang marahkan bapanya kerana menegur dia membaca doa makan terlalu laju ketika mereka sekeluarga mahu menikmati juadah berbuka puasa di rumah mereka.
“Suspek yang tidak berpuas hati dengan teguran itu kemudian menghayunkan kerusi meja makan ke kepala mangsa sehingga patah kaki kerusi.
“Salah seorang anak mangsa kemudian meleraikan pergaduhan itu dan menghubungi pihak polis.”
Tambah Mohd Zaid, tangkapan dibuat ke atas suspek dan polis turut merampas barang kes iaitu kerusi meja makan yang digunakan untuk memukul mangsa.
“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di dahi dan tapak tangan kanan dalam kejadian itu.
Difahamkan kes ini masih di dalam siasatan. Semoga di bulan Ramadan yang mulia ini hubungan sesama keluarga akan semakin rapat dan utuh. Segala persengketaan kekeluargaan dapat terlerai.
Lama menantikan berita anak bongsu pasangan ini, akhirnya Datin Almy Nadia mendedahkan nama yang dipilih iaitu Nur Afrina Aisyah.
Lahir pada 8 disember tahun lalu, Pelakon Dan juga isteri kepada Dato’Fizz Fairuz ini bersyukur atas perkembangan positif puteri kesayangannya itu.
“Nur afrina aisyah nama diberi. Puteri nombor empat.
“Lahirnya 37 minggu seberat 2.7kg. Syukur alhamdulillah. Sihat cukup sifat syukur sangat-sangat, alhamdulillah.
“Cukup 1 bulan berat sudah 4kg. Bulan ni 8/2 cukup usia 2 bulan. Kita tunggu berapa berat dia,” ujar Almy yang memuatnaik perkara tersebut menerusi satu perkongsian di Instagramnya.
Untuk rekod, Almy Nadia dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, Afrina Aurora dan Afrina Ayra.
Almy sebelum ini pernah mengalami dua kali keguguran dalam tempoh beberapa bulan pada pertengahan tahun 2020 lalu.