Sesungguhnya doa seorang ibu terhadap anaknya adalah doa tanpa hijab di hadapan Allah bagi memastikan anak tersayang dapat menjadi seorang khalifah yang terbaik dimuka bumi ini. Biarpun anak cacat penglihatan, ibu tetap mendoakan yang terbaik buat anak. Begitulah yang dilalui oleh pemuda ini, Azhar Ibrahim, 36, yang cacat penglihatan sejak kecil tetap berjaya bergelar mekanik motosikal di bengkel yang diusahakannya.
Lebih manis, sikap berdikari dalam dirinya telah dibentuk sejak kecil oleh ibunya. Ibunya berpendirian mahu mendidiknya sama dengan adik-beradik yang normal lain. Malah, ibunya pernah dinasihati agar memberikan Azhar tongkat bagi memudahkan pergerakannya.
Namun ibunya tidak mahu berbuat demikian kerana tidak mahu Azhar kelihatan seolah-olah berbeza dengan adik beradiknya lain yang normal. Disebabkan itu, walaupun cacat penglihatan, namun Azhar tidak kekok berjalan tanpa menggunakan tongkat. Nyata, cara didikan sejak kecil menjadi pencetus kejayan anak ke empat daripada lima beradik ini.
Foto: Perak Today
Miliki bengkel baiki motosikal
Bengkel miliknya yang terletak di Kampung Batu Enam, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak, diusahakannya sendiri sejak tahun 2008. di kampungnya.
Bengkel motosikalnya pada awal hanyalah berada di bawah rumahnya dan ia juga bermula daripada beliau membaiki motosikal milik bapa saudaranya dan bapanya.
Ads
“Selepas rakan-rakan kongsikan tentang bengkel saya ini di Facebook, ia mula tular dan pada tahun 2013, saya telah menerima bantuan daripada pelbagai agensi. Alhamdulillah, ia menjadi besar sedikit dan ia seperti sekarang ini,” katanya.
Tambahnya, beliau juga pernah menerima pelanggan yang datang daripada Shah Alam, yang berhajat untuk meminta Azhar memperbaiki motornya.
Urusan dipermudahkan
Ads
Foto: Perak Today
Dalam pada itu, Azhar yang dilihat merendah diri sentiasa berasa bersyukur kerana sepanjang tempoh menjalankan perusahaannya, beliau sentiasa dibantu rakan-rakan selain tidak pernah berasa susah.
Beliau juga bersyukur kerana sehingga kini tidak pernah diambil kesempatan oleh mana-mana pihak cuma katanya baru-baru ini sahaja bengkelnya mengalami kehilangan barang.
“Setakat ini, Alhamdulillah saya tak berasa susah. Saya tidak minta untuk menjadi kaya. Cukup sekadar saya dapat menampung makan, minum, dan pakaian saya.
Ads
“Orang kata, janji duit itu tidak putus,” katanya yang memperoleh pendapatan mencecah RM800 sebulan.
Keluarga: Walaupun punya kekurangan diri, tetap semangat anda sungguh inspirasi.Semoga kejayaan milik Azhar dan dapat membesarkan perniagaan yang diusahakan.
Kenapa Suami yang perlu merancang? Semua ini dijelaskan dengan penuh tersirat oleh doktor ini bahawa pentingnya merancang. Bukannya hendak menolak rezeki yang datang. Tetapi jika mengakibatkan kesihatan dan kebajikan, memang perlu ambil tahu.
Penjelasan doktor Sakinah Sulong di laman facebooknya memang tersirat. Moga bermanfaat.
Posting ni hanya untuk SUAMI2 yang perihatin je. Isteri takyah la baca.
Ini cerita dari pesakit sendiri. “Suami saya yang lemah lutut bila dapat tahu saya mengandung, Dr” “Aik, kenapa pulak?” “Dia kata, kerja awak susah masa mengandung dan bersalin je. Tugas dia sampai anak tu akil baligh jadi manusia dia kena fikir”
Deep, memang deep. Saya terdiam, He earns my respect. Si suami yang memikirkan untuk kesejahteraan keluarga dan ummah. Difikir bagaimana besarnya tanggungjawab membesarkan anak2, amanah Allah. Bukan setakat mulut mahu disuap, tapi juga kebajikan dan sahsiah diri yang perlu dititikberatkan. Yang tidak menyerahkan urusan anak2 di bahu isteri semata2. Yang tahu nak mengasuh dan mendidik anak jadi manusia berguna. Tak guna ummah Nabi yang ramai, tapi ibarat buih di lautan. Hilang saat ombak mencecah pantai.
Kebajikan dan kesihatan isteri pun perlu difikir juga. Setiap kali mengandung, badan ibu akan mengalami perubahan dan adaptasi fisiologi yang berat. Keupayaan jantung terpaksa bekerja 2 kali ganda, hormon HCG mencanak menyebabkan pelbagai perubahan metabolisme badan dan macam2 lagi. Belum disebut lemak yang bertepek di sana sini akibat mengandung. Dari saiz s/m sudah bertukar saiz L/XL. Semuanya dah lari allignment! Bila body isteri dah tak serupa dulu, rasa2nya siapa yang komplen dulu? Tak heran ada isteri yang sibuk cari jamu perapat, ketat dan seribu macam produk lepas bersalin.
Ada isteri2 pula yang trauma bersalin, terpaksa ‘cuti’ tak nak bersama sampai 5-8 bulan. Ada juga yang avoid hubungan intim sepanjang mengandung. Saat ini, saya terpaksa kagum dengan kesabaran suami. Tak hairan juga ada suami buat hal, cari perempuan lain masa isteri dalam pantang.
Eh, ada jugak ke isteri yang baca ni? Kan dah cakap untuk suami je. Takpe, kaum isteri ni memang ada penyakit degil dan penuh rasa ingin tahu. Pesan Doktor, pendek je. Dah jadi ibu, kena pandai jaga kesihatan dan kebajikan diri sendiri. Pandai2 la merancang supaya badan kita tak terbeban sangat. So we can be there to raise our kids.
Remember, nobody can love d kids more than their own mothers.
Apabila video tular memaparkan kes buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar, Perak baru- baru ini, ternyata menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Pun begitu dalam sedar atau tidak, sebenarnya kes buli di zaman belajar bukan lah perkara baru. Malah sudah lama berlaku sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Senior pukul junior, ia seakan satu budaya yang dibawa dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ramai antara kita dahulunya pernah menjadi mangsa buli rakan-rakan. Ini seperti mana kisah peribadi yang dikongsikan oleh pakar motiovasi yang tidak asing lagi namanya, iaitu Dr Tengku Asmadi.
Rupanya siapa sangka dia juga pernah menjadi mangsa buli hingga membuatkan dia nekad untuk melawan keganasan tersebut dengan tindakan yang boleh merosakkan masa depannya.
KISAH BENAR SAYA DIBULI
Dulu sewaktu kecil saya membesar di kampung tanpa ayah. Hanya emak sahaja yang ada. Emak pula turun lepas subuh dan pulangnya ada ketikanya lepas Maghrib kerana mencari rezeki sebagai tukang masak di restoran di bandar Kuala Terengganu.
Al kisahnya, di kampung saya itu memang ada remaja yang nakal dan pembuli. Dan saya antara yang sering dibuli. Mereka pegang saya dan pakat ketuk kepala ramai-ramai. Orang Terengganu kata ‘kherpok’. Bahasa bakunya ‘Luku’. Maklumlah saya ni dulunya kurus dan halus sahaja. Dan semua ini dilakukan atas arahan seorang yang berlagak ketua dan samseng.
Nekad Lawan
Kerana tidak tahan lagi dengan keadaan itu, satu hari saya keluar dan selit pisau daging dalam baju. Niat saya hari ini, siapa yang buli aku, aku tetak.
Entah macam mana hari itu, tiada seorang pun yang datang membuli. Maka terhindarlah dari sebarang petaka. Usia saya masa itu baru 14 tahun. Apa lah sangat anak usia 14 tahun, membesar tanpa ayah dan terbiar ini tahu berfikir panjang.
Jika berlakulah perkara yang tidak baik masa itu, maka hidup dan nasib saya mungkin tidak seperti hari ini. Tiadalah insan bernama Dr. Tengku Asmadi seperti hari ini.
Syukur, asbab berkat doa ibu, Allah lindungi saya. Apa yang saya nak beritahu, buli boleh membawa kepada pelbagai perkara buruk. Yang membuli boleh lakukan perkara buruk. Yang dibuli kerana mempertahankan diri juga boleh melakukan perkara buruk.
Petang ini kita dikejutkan dengan perkhabaran sekurang-kurang 30 orang termasuk 23 kanak-kanak dilaporkan maut dalam serangan berdarah di sebuah pusat jagaan di Thailand pada Khamis, 6 Oktober 2022.
Penyerang yang merupakan Seorang bekas pegawai polis bersenjatakan senapang patah, pistol dan pisau, melepaskan tembakan ke arah pusat jagaan kanak-kanak di wilayah Nong Bua Lam Phu pada kira-kira 12:30 tengah hari sebelum melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan, sebelum membunuh dirinya dan keluarganya, kata polis.
“Angka kematian akibat insiden tembakan… sekurang-kurangnya 30 orang,” kata Anucha Burapachaisri, jurucakap pejabat perdana menteri Thailand.
Kolonel polis Jakkapat Vijitraithaya, dari wilayah di mana serangan itu berlaku, mengenal pasti lelaki bersenjata itu sebagai Panya Khamrab, seorang leftenan kolonel polis yang menurutnya telah dipecat daripada pasukan tahun lalu kerana menggunakan dadah.
Jakkapat berkata terdapat 23 kanak-kanak maut, berumur dua hingga tiga tahun.
Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku kurang sebulan selepas seorang pegawai tentera yang sedang berkhidmat menembak mati dua rakan sekerja di pangkalan latihan tentera di ibu negara Bangkok.
Walaupun Thailand mempunyai kadar pemilikan senjata yang tinggi, penembakan besar-besaran amat jarang berlaku.
Tetapi pada tahun lalu, terdapat sekurang-kurangnya dua kes tembakan membabitkan tentera, menurut Bangkok Post.
Pada 2020, dalam salah satu insiden terburuk pernah dicatatkan, seorang askar menembak mati 29 orang dalam kejadian amuk 17 jam dan mencederakan lebih banyak lagi sebelum dia ditembak mati oleh komando.
Tembakan beramai-ramai itu dikaitkan dengan pertikaian hutang antara lelaki bersenjata Sarjan-Mejar Jakrapanth Thomma dan seorang pegawai kanan tentera.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.